Friday, December 14, 2012

Alone

Alhamdulillah aku masih dapat merasai kenikmatan hidup.
Masih ada lagikah hari esok untuk aku?
Masih adakah lagi ruang masa untuk aku menikmati setiap inci kehidupan yang Allah ciptakan untuk hambaNya?
Aku sunyi.
Aku cemburu.
Aku penat.
Aku marah.
Aku geram.
Semuanya...
Aku tidak suka akan perasaan ini.
Aku mahu pergi.
Pergi mencari diri aku yang hilang.
Diri aku yang dulu nya periang.
Yang dulu nya ketawa setan.
Mana perginya kegembiraan aku itu semua?
Mungkin kerana itu...
Kerana itu aku begini....
Kerana itu mereka tidak kenal lagi siapa aku.
Kerana itu mereka menjauhi aku.
Kerana itu aku lebih suka bersendiri.
Marah dengan setiap semua yang terjadi.
Kerana itu....aku hilang aku...aku hilang dia....
Bagaimana untuk aku cari semula?

Monday, November 26, 2012

Suram

Assalamualaikum..

macam macam perkara yang sedang aku fikir kan sekarang ni.
semuanya pasal kehidupan.
kehidupan yang aku lalui ketika ini.
mencari sinar kehidupan...
mencari arah tuju hidup ku.
kabur..
gelap tanpa cahaya.
apa yang aku ingin kan dalam hidup aku?
apakah matlamat hidup yang sepatut nya aku kejar?




suram...


sunyi...


hati menangis tak siapa yang tahu...


kamu tahu aku sedih?

kamu tahu aku menangis?

kamu tahu aku terluka dengan apa yang kamu lakukan pada aku?

tahu?

aku pendam semuanya.


biarlah Allah sahaja yang tahu isi hati ku.
Dia sahaja yang mengetahui seluruh isi hati ku.
Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku.
Ku serah padaMu ya Allah.


Benarlah kata orang...
Kalau kita mahu berubah baik, semakin banyak rintangan dan dugaan yang datang.


Berilah aku petunjuk serta hidayah Mu supaya aku kuat menghadapi semuanya.
Sungguh aku tak kuat menghadapi semua ini.




Thursday, October 25, 2012

Mulut Longkang

Bila dapat kawan yang bemulut longkang...
bau pun sudah tahu busuk..
apa tah lagi kata kata yang dikeluarkan....
busuk!
keji!

dah lama dah bersabar....
selama ini aku diam saja dengan mulut busuk kau....
tapi kali ini memang dah tak boleh sabar....
peduli apa aku dengan kau...
kau tak nak cakap dengan aku?
ada aku kisah?
lama lama orang sendiri akan tahu mulut busuk kau tuh...
perangai macam haram...

pagi pagi dah buat aku hilang mood..
geram dengan perangai betina macam ni...
puieeeee!!!....

Wednesday, October 10, 2012

Aku Tak Kuat

Aku tak kuat untuk hadapi semua ni.
apa yang aku lalui kini memang perit untuk aku lalui...
perlukah aku diuji sebegini rupa?

perasaan ku diuji.
kesabaran ku juga perlukah untuk aku bersabar?

kenapa?
kenapa aku yang dipilih untuk melalu semua ini.
aku tak minta semua ini berlaku.

saat aku mula untuk membenih rasa sayang aku pada dia..
kenapa dia pergi tinggalkan aku untuk selamanya..

pergi yang tak akan kembali.
pergi yang meninggalkan aku untuk selamanya..

sungguh!!
aku tak kuat untuk hadapi semua ini.
ini kenyataan yang perlu aku hadapi.

bagaikan cerita dongeng...
cerita pabila kisah cinta yang ingin disatukan untuk menjadikan ianya halal.
tapi mengapa?
niat ku menerima dia untuk bersama dia.
belajar untuk mengenal nya.
belajar untuk memberi kasih sayang aku pada dia..
tapi....
dia pergi yang tak akan kembali..

cita dia untuk bersama aku hanya tinggal kenangan sahaja.
tidak akan pernah terjadi nanti.

dia pergi....
pergi tinggalkan aku.


kuat kah aku untuk semua ini?.................

Thursday, May 17, 2012

Hurt


Sudah biasa disakiti.

Sakit bila bukan jadi pilihan.

Biarlah hati yang menangis.

La Tahzan.

Bukan tidak pernah diperlakukan begini.

Ada hikmah tersembunyi.

Sabar ye hati.

Monday, April 23, 2012

It's been 4 years without love

4 tahun sudah. tanpa cinta.




aku okey aje. tiada istilah couple dan tiada istilah cinta selepas cinta pertama yang memakan masa selama 5 tahun. selepas 5 tahun ada juga cinta yang datang singgah tapi tak lama, dan aku merasakan itu bukan cinta yang sebenar jika nak dibanding kan dengan usia cinta 5 tahun. 




buku lama sudah aku tutup. 






pada aku 4 tahun tanpa cinta,
tanpa panggilan sayang, abang, papa, mama, hubby, mahupun b
sedikit pun tidak aku rasa cemburu. 
mahupun seperti rasa mahu bercinta.
entah! mungkin sudah serik agak nya.




umur semakin lanjut ramai pula yang mendesak berkahwin.
lebih lagi ramai kawan yang akan tamat usia bujang. 
tahniah!
* cemburu.




biarlah. sudah sampai jodoh mereka.
mungkin aku lambat.
tunggu kan aja..

Monday, December 26, 2011

Can u Please STOP?!

Tolong lah....
kepada makhluk makhluk sekalian alam yang suka kata aku sombong tu berhenti lah. Perlukah untuk aku explain banyak kali? Explanation lebih pada 1 untuk pada seorang individu.

Tak faham bahasa ke?


Please lah!..


Aku tak sombong lah! Aku busy


Aku sekarang betul betul busy. Nak balik kampung pun aku tak dibenarkan balik sebab aku kena kerja hujung minggu. Aku juga perlukan masa unutk berehat.


Tolong lah faham aku tak sombong cuma aku tiada masa untuk berbual kosong dengan kau. Kerja aku memerlukan aku.




Bye!