Tuesday, March 8, 2011

Tanda Lelaki Sayang Pada Kekasih

Nak tahu tak tanda tanda lelaki sayang pada seseorang perempuan. I mean kekasih.
Kadang kadang kita ni sebagai perempuan susah sangat nak faham lelaki ni kan. Even aku pun kadang tak faham dengan perangai lelaki ni. 
Kejap kita rasa dia sayang kita, kejap ase tak sayang?
So untuk meyakin kan korang tentang perasaan bf / suami korang terhadap korang maybe ni boleh bantu.
Sekurang kurang nya korang boleh bukak mata seluasnya bahawa selama ni sikap yang ditunjukkan oleh bf /suami korang yg betul betul sayang kan korang padahal kite sendiri yang buta. 
Benda yang terang lagi mahu guna sportlight cam stadium tu. Lu mau terang cane lagi beb?!
Mari kaji selidik perangai lelaki ni bila sudah sayang sama kita (perempuan) 




1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan



Dalam semua di atas aku paling suka nombor 20. Sebab sangat susah mahu melihat lelaki menangis kerana perempuan. Bila kita dapat melihat mereka dalam keadaan begitu baru lah kite tahu yang sebenarnya mereka sangat sayang kan perempuan itu.
Jadi untuk kamu wahai wanita, bersyukur lah dan terima lah seada nya kekasih hati kamu.
Terima kekurangan nya.
Terima lah seada nya dia bukan terima dia dengan apa yang dia ada :)