Friday, January 4, 2013

Sampai Bila?

8.09am
04 Jan 2013
Jumaat


Assalamualaikum...


Pagi jumaat. sepatutunya hati akan berasa tenang.
hari yang semulia mulia ini lah mood kene ok.
penghulu segala hari.


pagi jumaat.
hati suram.
memikirkan 100 hari.
genap 12.1.2013, 100 hari dia meninggalkan....
ironinya keesokan 13.1.2013 adalah hari penting untuk aku...
sepatutnya...
tapi tu semua tinggal kenangan...
apa yang sepatutnya terjadi tarikh tu tak akan menjadi.
semuanya seperti dirancang.
hari yang menyakitkan aku...
bagaimana aku nak hadapi kenyataaan hidup begini.
hidup yang sentiasa deselubungi dengan kesedihan yang tak bersudah.

masalah memang tidak pernah akan selesai.
ada sahaja masalah sampingan yang datang pada aku..
kuatkah aku?
tolonglah...
cukuplah dengan masalah yang ada.
ditambah pula dengan housemate...
salahkah aku pindah rumah?
aku sendiri tak tahu kenapa aku pindah?
kadang keputusan aku seakan tidak waras.
aku tak dapat fikir dengan betul sekarang ni.
kenapa?

biarkan lah mereka nak fikir aku jahat.
meninggalkan mereka.
biar...
biar mereka fikir yang bukan bukan tentang aku..
sampai bila aku harus menjaga hati orang...
sedangkan orang sekeliling tak amik pusing pun tentang perasaan dan masalah aku.
lebih baik aku fikirkan masalah yang terbeban di bahu aku.

biarlah mereka menganggap aku keluar dari rumah tu sebab aku ada masalah ngn housemate.
aku cuma mahu mencari siapa aku.
mencari ketenangan.
aku tak mahu roomate aku (farah) nampak kesedihan aku..
tak kan setiap hari dia nak tengok aku menangis melolong memikirkan kisah lampau aku?
biar aku bawa diri...
bawa pergi semua kesedihan aku...


ntah sampai bila??

Monday, December 17, 2012

Biarkan Saja

Assalamualaikum..


Ketika ini aku sedang dalam satu konflik perasaan.
pelbagai perasaan yang aku alami sekarang ini.
terasa dipinggirkan.
mungkin salah aku kerana mahu menyendiri.
menyendiri kerana aku cuma mahu mencari kekuatan diri.
bukan sengaja untuk aku menjauhi diri dengan kawan aku.
mungkin mereka merasakan aku dingin dengan mereka.
maka dengan sebab itu mereka pun menjauhi diri dengan aku.

bukannya aku mahukan semua ini.
cuma aku perlukan ruang untuk aku mencari kekuatan diri.
aku ingin mencari diri aku yang hilang.
aku pun sudah tidak kenal siapa aku sebenarnya.
aku bukan lagi aku yang dahulu.
aku hilang aku sejak aku hilang dia.

bukan aku tidak mahu berkongsi masalah aku pada mereka.
cuma...perlukah aku?
perlukah aku berkongsi rahsia hidup aku pada mereka.
paling tidak mereka hanya berkata "sabarlah. mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi"

itu sahaja perkataan yang mampu mereka berikan pada aku.
mereka hanya tahu berkata.
tapi yang menanggung kesabaran itu adalah aku.
sebab itu aku tidak hendak berkongsi masalah dengan sesiapa.
malah kawan baik aku sendiri.

"sabar"

sampai bila?

sudah...

aku sudah lama bersabar.
orang tidak mengerti perasaan aku.
aku yang sedang dalam konflik begini.
tiada siapa yang faham.
hanya blog ini sahaja untuk aku luahkan semuanya.

aku balik kerja lambat bukan kerana aku berjumpa kawan.
tapi aku berjumpa tuhan.
aku menyendiri di mana sahaja masjid.
mencari kekuatan untuk aku mengenal takdir Illahi.
tapi aku tewas...
tewas dengan perasaan kucar kacir aku.
aku tak kuat.
tak kuat untuk menghadapi semua ini.
aku hanya tersenyum girang.
tapi tiada siapa yang tahu hati aku terluka dalam.

kamu semua tak mengerti.
biar lah apa sahaja kamu mahu fikirkan.
fikirkan aku jahat atau apa sahaja.

aku hilang diri aku....
hilang....
di mana aku harus cari?
mana?

Friday, December 14, 2012

Alone

Alhamdulillah aku masih dapat merasai kenikmatan hidup.
Masih ada lagikah hari esok untuk aku?
Masih adakah lagi ruang masa untuk aku menikmati setiap inci kehidupan yang Allah ciptakan untuk hambaNya?
Aku sunyi.
Aku cemburu.
Aku penat.
Aku marah.
Aku geram.
Semuanya...
Aku tidak suka akan perasaan ini.
Aku mahu pergi.
Pergi mencari diri aku yang hilang.
Diri aku yang dulu nya periang.
Yang dulu nya ketawa setan.
Mana perginya kegembiraan aku itu semua?
Mungkin kerana itu...
Kerana itu aku begini....
Kerana itu mereka tidak kenal lagi siapa aku.
Kerana itu mereka menjauhi aku.
Kerana itu aku lebih suka bersendiri.
Marah dengan setiap semua yang terjadi.
Kerana itu....aku hilang aku...aku hilang dia....
Bagaimana untuk aku cari semula?

Monday, November 26, 2012

Suram

Assalamualaikum..

macam macam perkara yang sedang aku fikir kan sekarang ni.
semuanya pasal kehidupan.
kehidupan yang aku lalui ketika ini.
mencari sinar kehidupan...
mencari arah tuju hidup ku.
kabur..
gelap tanpa cahaya.
apa yang aku ingin kan dalam hidup aku?
apakah matlamat hidup yang sepatut nya aku kejar?




suram...


sunyi...


hati menangis tak siapa yang tahu...


kamu tahu aku sedih?

kamu tahu aku menangis?

kamu tahu aku terluka dengan apa yang kamu lakukan pada aku?

tahu?

aku pendam semuanya.


biarlah Allah sahaja yang tahu isi hati ku.
Dia sahaja yang mengetahui seluruh isi hati ku.
Dia sahaja yang mengetahui apa yang terbaik untuk ku.
Ku serah padaMu ya Allah.


Benarlah kata orang...
Kalau kita mahu berubah baik, semakin banyak rintangan dan dugaan yang datang.


Berilah aku petunjuk serta hidayah Mu supaya aku kuat menghadapi semuanya.
Sungguh aku tak kuat menghadapi semua ini.




Thursday, October 25, 2012

Mulut Longkang

Bila dapat kawan yang bemulut longkang...
bau pun sudah tahu busuk..
apa tah lagi kata kata yang dikeluarkan....
busuk!
keji!

dah lama dah bersabar....
selama ini aku diam saja dengan mulut busuk kau....
tapi kali ini memang dah tak boleh sabar....
peduli apa aku dengan kau...
kau tak nak cakap dengan aku?
ada aku kisah?
lama lama orang sendiri akan tahu mulut busuk kau tuh...
perangai macam haram...

pagi pagi dah buat aku hilang mood..
geram dengan perangai betina macam ni...
puieeeee!!!....

Wednesday, October 10, 2012

Aku Tak Kuat

Aku tak kuat untuk hadapi semua ni.
apa yang aku lalui kini memang perit untuk aku lalui...
perlukah aku diuji sebegini rupa?

perasaan ku diuji.
kesabaran ku juga perlukah untuk aku bersabar?

kenapa?
kenapa aku yang dipilih untuk melalu semua ini.
aku tak minta semua ini berlaku.

saat aku mula untuk membenih rasa sayang aku pada dia..
kenapa dia pergi tinggalkan aku untuk selamanya..

pergi yang tak akan kembali.
pergi yang meninggalkan aku untuk selamanya..

sungguh!!
aku tak kuat untuk hadapi semua ini.
ini kenyataan yang perlu aku hadapi.

bagaikan cerita dongeng...
cerita pabila kisah cinta yang ingin disatukan untuk menjadikan ianya halal.
tapi mengapa?
niat ku menerima dia untuk bersama dia.
belajar untuk mengenal nya.
belajar untuk memberi kasih sayang aku pada dia..
tapi....
dia pergi yang tak akan kembali..

cita dia untuk bersama aku hanya tinggal kenangan sahaja.
tidak akan pernah terjadi nanti.

dia pergi....
pergi tinggalkan aku.


kuat kah aku untuk semua ini?.................

Thursday, May 17, 2012

Hurt


Sudah biasa disakiti.

Sakit bila bukan jadi pilihan.

Biarlah hati yang menangis.

La Tahzan.

Bukan tidak pernah diperlakukan begini.

Ada hikmah tersembunyi.

Sabar ye hati.