Wednesday, February 16, 2011

Jodoh

Jodoh?
Pening aku fikir pasal jodoh ni.
Entah lah, kalau bicara pasal jodoh serius aku memang tak terfikir pun hal tu.
Tak terfikir pun siapa lah jodoh aku.
Malas.....
Malas nak fikir. Bukan tak ada calon. Tapi, entah calon yang ada ni pun belum tentu boleh buat aku bahagia nanti. Belum tentu boleh terima aku seada nya. Belum tentu boleh bersama dengan aku selamanya.

Kenapa aku tak rasa CINTA?
Kenapa?
Atau aku memang betul betul tak bersedia?
Atau aku memang tak ada perasaan untuk mencintai orang?

Aku pening...
Berfikir sedirian..

............................................

Tadi aku saja post Wall di Facebook Nori.
Kawan baik aku masa di politeknik.
Profile picture gambar baby.
Untuk pengetahuan u all, nori sudah pun berkahwin semasa umur 19 tahun lagi.
Masa aku berkawan dengan dia pun dia sudah ada anak sorang.
Bila masing masing dah bekerja, dia lahirkan seorang lagi baby lelaki. Aiman Hakim
Tak silap aku bulan 6 tahun lepas 2010.
Hari ni plak dia kata menagandung lagi.
Sudah 2 bulan. huhuhu.
Hebat kau Nori..hehehe. Aku tumpang gembira dengan kau.
Seusia dia 26 tahun bakal anak 3 tau tak?
Aku?
25 tahun masih lagi tak kahwin.
Membujang la aku sampai ke tua. hahahaha.

..................................................

Mak sekarang dah ok bila tahu aku sedang berkawan dengan sesorang.
Sesorang ni plak sangat serius dengan aku hingga kan mahu hujung tahun ni kami berkahwin.
Gila!
Aku tak bersedia.
Tak bersedia kenapa? - Entah

Aku tak rasa mahu kahwin.
Jodoh belum sampai

............................................................

Untuk yang belum berkahwin atau mahu mencari jodoh yang sesuai untuk kamu, doa ini bagus untuk kamu amal kan.


Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

*Semoga kita bertemu jodoh yang membawa ke syurga. Amin~

Saturday, February 12, 2011

:(

Tadi, lebih kurang 830 pm nak keluar bersama family makan kat bawah pokok macam biasa.
Tapi kali ni lain sebab nak celebrate birthday Ain anak owner kedai tu. Dorang memang sangat baik ngan family ktorang..

So, aku pun drive kereta..
Bila tengah nak reverse memang tak terasa pape pun.
Bila dah nak gerak mulakan perjalanan aku tengok tempat park kete. Tengok anak kucing "Comot" menggelupur macam terkena air panas. Aku ingatkan die sedang bermain ngn ank kucing lain.
Bila aku perhatikan lama die sedang menggelupur tahan kesakitan.
Aku dgn segera turun dari kereta tengok, menjerit..
Ya Allah apa aku dah buat ni? Aku dah langgar Comot. Kaki aku macam dah tak sekuat bertapak di tanah.
Rasa macam mahu rebah melihat Comot menahan kesakitan.
Aku langgar betul betul dekat kepala. Terburai segala isi kepala.
KOrang dapat bayang kan tak macam mana tika saat perassaan aku saat tu?
Apatah lagi keadaan Comot yang bertarung menahan sakit akibat dipenyek kereta..

Ya Allah, aku mohon Kau ampun kan lah dosa aku..
Dengan tetibe aku teringat video perempuan jepun yang pernah pijak ank kucing sampai mati dengan kasut tinggi die..
Seolah aku macam perempuan tuh. Aku dah jadi pembunuh.
PEMBUNUH KUCING!

Menangis aku dlm perjalanan ke bwk pokok. Aku tak terdaya nak drive. Aku bagi kaka aku drive.
Kaki aku rasa lemah sangat. Maafkan lah aku Comot. Aku tak sengaja nak langgar kau. :(
Terasa macam baru saja bunuh orang.
Perasaan yang bersalah amat.
Seolah macam berbuat satu dosa yang amat amat besar.
Ampun kan lah aku Ya Allah kerna membunuh salah satu makhluk cipataan Mu.

Comot. :(
* Comot yang kaler putih+kuning+hitam. emm :|