Wednesday, February 16, 2011

Jodoh

Jodoh?
Pening aku fikir pasal jodoh ni.
Entah lah, kalau bicara pasal jodoh serius aku memang tak terfikir pun hal tu.
Tak terfikir pun siapa lah jodoh aku.
Malas.....
Malas nak fikir. Bukan tak ada calon. Tapi, entah calon yang ada ni pun belum tentu boleh buat aku bahagia nanti. Belum tentu boleh terima aku seada nya. Belum tentu boleh bersama dengan aku selamanya.

Kenapa aku tak rasa CINTA?
Kenapa?
Atau aku memang betul betul tak bersedia?
Atau aku memang tak ada perasaan untuk mencintai orang?

Aku pening...
Berfikir sedirian..

............................................

Tadi aku saja post Wall di Facebook Nori.
Kawan baik aku masa di politeknik.
Profile picture gambar baby.
Untuk pengetahuan u all, nori sudah pun berkahwin semasa umur 19 tahun lagi.
Masa aku berkawan dengan dia pun dia sudah ada anak sorang.
Bila masing masing dah bekerja, dia lahirkan seorang lagi baby lelaki. Aiman Hakim
Tak silap aku bulan 6 tahun lepas 2010.
Hari ni plak dia kata menagandung lagi.
Sudah 2 bulan. huhuhu.
Hebat kau Nori..hehehe. Aku tumpang gembira dengan kau.
Seusia dia 26 tahun bakal anak 3 tau tak?
Aku?
25 tahun masih lagi tak kahwin.
Membujang la aku sampai ke tua. hahahaha.

..................................................

Mak sekarang dah ok bila tahu aku sedang berkawan dengan sesorang.
Sesorang ni plak sangat serius dengan aku hingga kan mahu hujung tahun ni kami berkahwin.
Gila!
Aku tak bersedia.
Tak bersedia kenapa? - Entah

Aku tak rasa mahu kahwin.
Jodoh belum sampai

............................................................

Untuk yang belum berkahwin atau mahu mencari jodoh yang sesuai untuk kamu, doa ini bagus untuk kamu amal kan.


Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

*Semoga kita bertemu jodoh yang membawa ke syurga. Amin~

No comments:

Post a Comment