Salam
“Kalau kita sukakan seseorang, jgn beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya & Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah, mohonlah kpd Allah. Allah Maha Mengetahui.Dia tahu jodoh kita siapa. Dia sengaja beri kita yang salah agar kita dpt belajar sesuatu.. Kemudian Allah akan temukan kita dgn jodoh kita yg sebenar..Yakinlah pd Allah..InsyaAllah mudah dalam semua perkara :)"
Jodoh adalah sesuatu perkara yang sukar untuk ditemui. Tapi dengan berdoa insyaAllah segalanya dipermudahkan |
Ayat ni aku copy daripada status kawan aku di fb. Aku just nak share apa yang aku alami berdasarkan status ni yang ada kena mengena dengan aku.
"Kalau kita sukakan seseorang, jgn beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya & Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah, mohonlah kpd Allah."
Aku pernah suka kan seseorang. Actually lelaki yang aku suka ni adalah budak sekolah aku. Sebaya. Dia selalu mengomen dekat fb aku. So bila dah selalu mengomen, chatting tipulah aku tak ada feeling dekat dia kan? Memandang kan dia pun bukan takat tanya khabar aku di fb je malah dekat phone dia sangat prihatin tanya pasal aku. Macam dah jatuh cinta pulak kan? Wekkkk! Tapi entah macam mana aku dengan dia dah macam senyap. Dah tak rajin nak chat macam dulu. Tapi still lah dia komen fb aku. Ada satu ketika sampai hati aku tak tahan menenggung rindu [erkkk? nak muntah aku. sebenarnya lonely je] aku mohon berdoa pada Allah menyeru nama dia dalam doa aku [masa ni aku ingat lagi aku doa waktu solat asar]. Kau tahu malam tu je dia chat dengan aku, bergurau seperti macam dulu. Dan lagi pula selepas chat dia mesej aku. Mujarab betul doa aku. Tak tahu lah ia nya kebetulan atau pun entah lah. Aku sendiri hanya tersenyum lebar bila tiba-tiba dia chat dengan aku setelah lama tak chat even memang kami tiap hari pun on9.
"Allah Maha Mengetahui.Dia tahu jodoh kita siapa. Dia sengaja beri kita yang salah agar kita dpt belajar sesuatu.. Kemudian Allah akan temukan kita dgn jodoh kita yg sebenar..Yakinlah pd Allah..InsyaAllah mudah dalam semua perkara :)"
Selepas tu aku berdoa lagi kalau betul dia jodoh aku maka dekatkanlah hati dia pada aku, satukan lah hati kami. Tapi tu lah tak lama je dia kembali dekat dengan aku adalah dalam seminggu kot macam tu. Dan sekarang dia kembali menyepi. Tiada chat, tiada mesej tapi masih lagi komen dekat fb aku. Mungkin Allah sengaja temukan aku dengan orang yang salah supaya di kemudian hari Dia akan beri aku yang lebih baik. Dan betul lah kot dia memang bukan jodoh aku. Aku rasa lah kan. Sebab aku stalk profile dia, dia macam tengah mengayat la sorang perempuan ni. Well, aku tak kisah pun kau nak ngorat siapa. Tapi just aku nak bagitahu doa itu adalah satu amalan yang kita sendiri tak dapat jangka. Aku tersenyum sendiri je bila macam doa aku tu macam betul betul terjadi. Tersenyum syukur aku sebab rintihan doa aku Dia dengar.
Berdoa selagi daya. Dengan doa lah ianya mendekatkan diri kita pada Allah. |
Jadi, kesimpulan nya jangan sesekali lupa untuk memohon dari Allah, sesungguh nya Dia Maha Mendengar segala keluhan hati setiap hambaNya. Doa untuk dilaksanakan hanya masa yang menentukan. Kadang makan masa bertahun juga doa untuk dimakbulkan, bergantung kepada jenis doa yang kita minta la kan.
Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment