Monday, May 30, 2011

Color Apa Nak Pakai Ek?

Salam



Aku ni kalau nak pergi mana pun yang melibatkan pemakaian baju mesti aku akan termenung panjang berfikir nak pakai baju warna apa ek? Warna ni sesuai ke tak dengan kulit aku yang agak macam putih tipu ni. Kadang warna baju ni memainkan peranan penting tau untuk mood seseorang tu. Aku ada lah terlihat dekat facebook Heliza Helmi tentang pemilihan warna pakaian mengikut hari. Haaa? Nak pakai baju pun ada warna tersendiri? Aku pun sebelum ni memang tak endah pun pasal warna sebab aku main pakai je. Mana yang aku rasa baju tu macam dah lama tak pakai so aku pakai. Mana baju tu yang aku rasa nampak macam bidadari [orang yang pandang aku sampai tak cukup nak pandang sekali] aku pakai. Hahaha. Okey! ni aku nak kongsi warna apa yang patut korang pakai untuk hari tu.




Isnin - Putih
Hari paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman baru. Isnin juga hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak , kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen.


Selasa - Pink
Hari warna kasih sayang. Amat sesuai digunakan pada hari selasa. Lelaki pun boleh pakai warna pink. jugak! Tak de masalah punya. Warna pink juga mampu meningkatkan kuasa pujukan terhadap seseorang. Tak kiralah samada pujuk anak yang degil ke, kekasih yang nakal ke, atau pesakit yang mahu bunuh diri. Kalau nak date pada hari ni pun boleh. Kata kasih sayang? Hehehe




Rabu -  Biru
Hari yang amat sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. Aku rasa kalau ada interview pun okey jugak sebab boleh meningkatkan tahap keyakinan bila berkata kata. Kan?



Khamis - Kuning / Oren
kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Disebabkan itu, dinasihatkan agar pada hari khamis ini kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Digalakkan puasa pada hari khamis! 

oren pula ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Itu pasal la digalakkan ehem ehem pada hari khamis malam Jumaat. Opssss.....



Jumaat - Hijau
didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat). Pakaian warna hijau la amat sesuai dipakai pada hari Jumaat, kerana hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung



Sabtu - Merah
hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan aktiviti seperti bersukan. Warna yang sesuai untuk hari sabtu ialah warna merah. Warna merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.



Ahad - Hitam
hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan.




Disebabkan aku baru tahu so hari ini aku tak ada lah pakai baju putih. Sebab aku memang tak ada kot baju kurung putih. Esok aku akan pakai baju Pink. Warna kasih sayang. Mesti esok ramai yang menyayangi aku. Hahahaha! Okey aku nak print table color ni nak lekat kat dinding so nanti aku tak lupa nak pakai baju warna apa. :)
Bye!

No comments:

Post a Comment