Entri kali ini aku cuma nak review balik jenis - jenis telefon bimbit yang pernah aku pakai sejak aku mula kenal dengan teknologi komunikasi ni.
1. 2003 - Nokia 3310
Kali pertama aku pakai handphone jenis ni. model telefon ni memang sangat popular pada masa ni. sapa yang ada handphone waktu ni memang kaya la. hendak pula masa ni aku masih lagi belajar form 5. memang agak teruja la bila nak menunjuk dekat member lain. hehe. tapi bawak pun kena sorok sorok kalau tidak kantoi la dengan pengawas. rasanya telefon jenis ni dah 3 kali aku pakai. ayik hilang je aku buat. pening bapak aku nak membeli je keje die untuk aku. masa ni handphone jenis ni bukan nye murah macam sekarang. tapi sebab kan aku ni jenis yang suke merengek kalau tak dapat benda maka dapat la. :)
dari segi function apa lah sangat fungsi telefon jenis ni kan? setakat boleh mesej dan call je la. masa ni mana ada lagi 3G, mms, gprs ke ape. kalau ade pun tak mampu nak beli time tuh. hehe
2. 2004 - Nokia 8250 (butterfly)
Setelah malang 3 kali aku asyik menghilang kan handphone 3310 aku bertukar la kepada handphone jenis ni. yang ni memang aku beli sendiri. lepas je aku SPM aku terus kerja. dapat la aku tukar handphone kan. bosan plak asyik pakai 3310 je kan. dah la besar gedabak. letak dalam poket berat je. bile naik moto tak sedar telefon jatuh. yela naik skuter kan. mana nak perasan. dalam berat tu pun boleh jatuh tercicir. telefon ni plaj jenis kecik. yang ni pun memang tengah zaman kegemilangan. perempuan memang suka la telefon jenis macam ni sebab ia nya kecil dan muat letak dalam purse. fungsi handphone ni aku rasa sama jugak macam 3310 tak ada yang menarik. call dan mesej.
3. 2005 - nokia
maaf! yang ni aku tak dapat nak google model nye sebab aku memang dah lupe. cari cari kat nokia pun memang tak ada. kenapa ntah! kalau aku masih ingat handphone ni aku beli dengan harga rm220 masa tu. telefon ni ada radio. masa ni handphone ni la paling funtionable untuk aku. sebab nya selain daripada mesej dan call boleh la dengar radio. hehe so bila aku nk tido tu aku layan la kejap lagu kan. aku beli handphone ni body die warna putih tapi kat button die kaler pink dan jugak ungu tak silap. 2 kaler tu macam bulatan yang bersambung. dapat imagine tak? ade satu lagi model kaler hitam campur cket warna kelabu. tapi disebabkan jiwa aku perempuan so aku amik warna tu hehe
4. 2006 - k500i
Selepas aku rasa macam nokia ni tak berapa nak memenuhi citarasa aku so aku pun bertukar kepada model jenama lain iaitu Sony Ericsson. kali ini nokia tu bukan aku hilang kan atau tercicir tapi aku saje yang gedik nak tukar. handphone ni aku beli dengan duit PTPTN aku. diulang!! duit PTPTN!! hahaha. yang ni kalau tak silap aku beli dengan harga RM 500. itu pun setelah aku trade in dengan handphone nokia aku tu. tolak RM100 je. so kira harga masa tu RM600 okeh! mahal nya bagi seorang student nak beli telefon jenis ini huhu. ape yang best tentang hp ni ialah ade mms. hahaha. so boleh la bermain tangkap2 gambar kan. nak mms gambar pun tak ada la macam nokia gmbr kartun hitam putih. at least phone ni gmbr kartun pun gambar color screen. huhu. lain ada radio. itu penting! penting untuk orang yang suka muzik macam aku! hehe
5. 2007 - Z610i
disebabkan aku ni jenis yang cepat bosan dan tiap tahun bertukar hp without reason so aku tukar lagi sekali hp aku nih. masa ni aku dah bekerja so memang tanpa berfikir panjang la aku nak tukar kan. lagipun masa ni ade duit lebih cket so why not aku nk tukar kan? harga hp ni pun tak silap aku beli dlm RM 700+. tak ingat exactly how much kan. hp ni sangat best sebab hp model lipat ni mmg sangat popular. sape yang tengok cite korea tu memang akan gilakan hp yg jenis flip ni kan? termasuk lah aku yang kena penangan akibat tgok cite korea. macam style je dorg pakai hp flip ni. hehehe. ape yag best tentang hp ni msg, call, camera (sgt clear ok), boleh 3G hahaha. keypad pun boleh tahan. sangat best! memang berbaloi aku beli hp ni. ringtone pun bukan polifonik ye. tapi mp3. aku pakai pun lama jugak dekat 2 tahun lebih jugak la..hahaa. rekod beb! memang takde rosak ke ape. tapi jodoh aku tak panjang dengan hp ni. org curi! lahanat org yg curi ni!
6. 2008 - w200
sony lagi? hahaha. sememang nya aku memang addict dengan sony ni. sebab bagi aku funtion dia best berbanding dengan nokia yang sound macam ntah pape. kualiti kamera pun xbest! haha. actually hp aku bukan la kaler hitam kaler pink! hahaa. tatau la aku google macam tak derk je kan kaler pink ni. wah! pinky betui aku ni kaler pink hehe. ape yg best hp ni em, xde la best pun. aku beli hp ni pun sebab sebagai hp kedua utk aku sebab aku pakai 2 line. so hp ni aku guna utk line celcom. smpi sekarang aku ada simpan lagi hp ni walaupun joystick die yg kat tengah tu dah tak leh nak function. ok la bagi aku. sebab aku suka music. music sangat clear. kan aku dah kata sony music die tidak akan menghampakan :)
lama jugak aku pakai hp ni smpi tahun 2010. haa bayang kan 2 tahun. nampak nya memang aku ni berjodoh dengan sony kan? hehehe
7. 2010 - present Blueberry 9500
nampak macam blackberry kan? hahaha. kena tipu la korang! ni sebenarnya blueberry. bukan kek bluberry ye. kalau hp ni boleh makan dah lama aku makan sebab aku memang suka sangat dengan flavor blueberry ni. aku pun tatau kenapa aku beli hp jenis ni. mungkin sebab masa mula aku nk beli hp aku tertipu dengan kecantikan design die yg sangat mcm blackberry. lagi pulak harga hp ni tak de lah mahal. aku beli dalam harga RM400. haha. macam2 function ade. ym, fb, twitter, google, tv, radio mcm2 lagi lah. murah kan? RM400 saje tapi anda dapat fungsi sama macam blackberry. dan yang paling penting hp ni boleh guna 2 sim card. so korang memang tak perlu nk on-off hp tukar sim. kedua simcard memang function utk call & mesej. kalau mesej siap tanya nk hantar sim1 ke sim2 hehee..berbaloi kan? tak perlu nak beli hp sampai 2 :P
so far aku pakai hp ni ok la. tak de la rosak lagi. tapi aku rasa macam nk tukar lagi hp lagi lah. sekarang kan sudah tahun 2011. tahun ni aku tak tukar lagi hp. hahaha. tolong suggest aku hp yang best! aku ni jenis bukan nya 'internet' sgt pun tentang hp. maksudnye aku ni jenis bukan nk update status aku trough fon kan. aku biasa2 je asal kan dapat mesej / call dapt wifi cukup. simple kan aku? :)
kalau tengok balik senarai hp aku kat atas tadi memang tiap tahun aku akn bertukar hp kan? haha. aku ni jenis cepat bosan. aku tak kisah sangat hp canggih ke tak canggih ke asalkan aku bertukar model fon sebab hp memang tak kan kekal lama dengan aku sebab mungkin akn hilang or rosak. so tahun ni aku nk tukar fon ape ek? hahaha. lol :P
No comments:
Post a Comment