Salam
Memandangkan hari ini hari Jumaat jadi aku nak bagi sedikit tazkirah la kan. Asyik setiap kali entri nak memaki je so entri kali ini biar lah lebih kepada muhasabah diri. Aku pun bukan lah perfect mana pun nak menasihat kan orang. Sebab aku ni bukan lah perempuan yang baik baik. Tapi bagi aku tak salah kan kalau aku nak menegur asalkan teguran itu tidak menyakiti mana mana pihak. Kalau ia nya ada mencalit kelukaan aku mohon maaf sebab aku memang tak ada niat lansung nak tunjuk baik kat sini. Aku sekadar mahu menegur pada yang lupa.
Ada seorang makhluk Allah ni share something yang ilmiah dekat facebook so sebagai makhluk Allah juga aku mahu berkongsi juga sama korang apa yang aku dapat kan. Sebagai peringatan bersama. Tak salah kan? kan? :)
|
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya."
Sedarlah wahai muslimah~ Apabila kalian MENGIZINKAN ATAU MERELAKAN LELAKI YANG BUKAN MAHRAM MENYENTUH kalian, Itu sudah cukup MEMBUKTIKAN betapa MURAHNYA HARGA DIRI kalian. Dan tidak mustahil lah kalian akan melakukan lebih dari itu kerana ketika itu, harga diri kalian sudah tidak wujud lagi.
”Kedua mata dapat berzina, dan zina keduanya adalah melihat. Kedua telinga dapat berzina, dan zina keduanya adalah mendengar. Lidah zinanya dengan bicara. Tangan zinanya dengan menyentuh. Kaki zinanya dengan melangkah. Hati zinanya dengan berhasrat dan menginginkan. Dan kemaluan akan membenarkan atau mendustakannya.” (HR Muslim)
Sabda Nabi: “Bergerombolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahramnya.” [Riwayat Ibnu Majah]
Berdasarkan hadith di atas, menunjukkan Islam sangat melarang lelaki dan perempuan bukan mahram bersentuh. Nabi mengibaratkan menyentuh kulit khinzir adalah lebih baik daripada menyentuh kulit orang yang bukan mahram kita. Khinzir tu dah dikira sehina-hina makhluk pada pandangan orang Islam. Tapi lihatlah, ternyata rupa rupanya, ada lagi yang lebih hina daripada tu. Perempuan yang membiarkan dirinya disentuh oleh orang yang bukan mahram itulah yang ternyata lebih hina daripada khinzir. Nauzubillahi min zalik.
Sedangkan menyentuh anjing/khinzir tidaklah berdosa dan hanya perlu disucikan melalui samak (bukan bertaubat!). Ini kerana, yang diharamkan ke atas kita adalah untuk memakan dagingnya, dan bukanlah menyentuhnya. Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh pasangan bukan mahram yang tidak halal bagi seseorang itulah yang dikira sebagai dosa dan maksiat!!!!
Meremang bulu roma aku bila baca ni. Ye lah dulu masa aku couple dulu pun tipu lah kalau aku kata aku tak pernah berpegangan tangan dengan ex ex bf aku dulu kan? Peh! ex? ex? hahaha. Amik kau lebih dari seorang aku pernah berpegangan tangan. Ce bayangkan penghinaan diri macam mana? Lebih hina daripada khinzir. Sedih aku betapa jahil nya aku dulu tak tahu pun berpegangan tangan ini di samakan seperti khinzir. Rasa macam nak sujud taubat pula mohon ampun. Ya Allah ampunkan lah dosa hamba mu ini. Sesungguh nya diri terasa amat jahil dan hina sekali. Nak menyesal pun tak guna kan sebab benda dah lepas. Jadi apa yang perlu kita buat solat taubat mohon keampunan. Harap selepas ini kalau aku ada jumpa cinta hati mintak jauh kan lah aku daripada berpegangan tangan dengan kekasih. Aku tahu memang sangat bahagia bila tangan dipimpin tapi yang menaggung dosa dan azab neraka kau jugak. Nak ke? Kita hanya mampu berdoa, hasutan syaitan ada di mana sahaja. Hanya iman sahaja menjadi benteng menghalang nafsu jahat ini.
|
Ingat jodoh ada 3 kategori Jodoh Syaitan, Jodoh Jin, dan Jodoh Allah.
1. Jodoh Syaitan - sepasang kekasih yang bertemu dimulai dengan pandangan mata, seterusnya bersentuhan tangan, bercinta dan akhirnya terlanjur di dalam percintaan itu. Dan akhirnya berkahwin, tetapi selepas terlanjur. Itulah Jodoh Pertemuan yang dipanggil Jodoh Syaitan.
2. Jodoh Jin - berlaku bilamana sepasang kekasih yang menjalin hubungan melalui bantuan Jin seperti membomohkan orang lain agar jatuh hati kepadanya sehinggalah mereka dapat berkahwin.
3. Jodoh Allah - Jodoh yang lahir hasil pertemuan melalui mata, turun ke hati dan dijaga batas perhubungan antara mereka sehinggalah akad (perkahwinan) berlangsung. Dan inilah yang dinamakan sebagai Syurga Cinta…"
No comments:
Post a Comment