Bersawang sudah blog aku nih. Kesian sama en.blog dipinggirkan. Maklum lah aku sedang mengalami proses tekanan jiwa sejak akhir akhir ni. Eh? aku bukan pesakit mental ya!. Cuma kadang kadang manusia akan mengalami perasaan murung bila terdapat masalah untuk diatasi sendiri. Maaf! tidak dapat berkongsi di sini. Ia nya terlalu peribadi :)
"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian kecuali orang orang yang beriman, dan mengerjakan amal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran serta kesabaran"
Okey! kali ini aku nak cerita tentang kisah bertaubat. Tahu apa itu TAUBAT?
Ya! pandai. Taubat tu kalau di ikut kan dari pencarian Google iaitu kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau melakukan larangannya. Maksud nya dengan jelas ialah korang rasa dah buat sesuatu yang sangat tak patut korang buat dan korang menyesal sangat sangat dengan perbuatan korang tu dan yang paling penting tak akan ulang perbuatan tu lagi. Contoh nya macam ni la, masa korang kecik kecik dulu korang pernah curi rambutan belakang rumah Pak Mail kan? Bila dah kena hambat dengan Pak Mail baru lah korang teghoyak minta maaf. Itu pun kalau korang dah betul betul menyesal tak nak curi lagi. Ada budak dah kena bantai kat buntot pun still degil jugak. Okey! itu tak termasuk dalam kategori taubat ek!
Hendak bertaubat senang sahaja. Korang hanya perlukan hati yang sangat bersih serta ikhlas untuk bertaubat. Jangan hari ini korang kata taubat esok korang buat benda yang sama lagi. Itu memang dah sah Taubat yang korang nangis macam nak banjir Malaysia ni memang tak akan terima lah kan.
Perkara yang paling susah sekali bila sudah bertaubat ni adalah untuk mengekal kan nya. Ingat senang? Kalau tak cukup iman jangan harap lah. Okey! kat sini ade la beberapa tips macam mana nak meninggalkan apa yang korang nak tinggal kan dan tak patut untuk buat lagi.
1. Hati
Sebelum korang Solat Sunat Taubat tu korang ada fikir tak untuk apa korang buat solat tu? Okey! tanya hati anda sekarang. Ingat! untuk bertaubat korang perlu sucikan hati korang tu dulu. Pastikan hati korang betul betul bersedia untuk bertaubat. Kalau tak, korang kiv lah dulu. Jangan main main dengan taubat ni. Sekali korang dah kata bertaubat bermakna korang dah tak akan buat lagi. Kalau hati kata was was lebih baik jangan. Tunggu lah sehingga hati korang benar benar dah bersedia untuk bertaubat dan bersujud kepada Illahi meminta pengampunan terhadap dosa korang tu. Bila korang dah kata taubat itu bermakna korang dah janji ngn Tuhan yang korang tak akan buat perbuatan tu lagi. Jangan hari ini kata taubat esok buat benda yang sama. Contoh macam nak pakai tudung. Dari yang tak bertudung sebelum ni tiba tiba nak pakai tudung kononnya nak berubah la. Konon la. Tapi tak lama je bertudung lepas tu dah bukak balik tudung tu. Sebab apa? Pelbagai sebab. Antaranya sebab suami / bf suruh. Hey! memang jadah la kalau korang nak berubah sesuatu yang baik tu disebab kan seseorang bukan sebab hati? Bila dah berpisah dengan suami / bf sibuk plak nak buka tudung balik? Jadah tak? Aku paling benci kalau ada manusia berubah sebab tu!.Jadi tanya sama hati. Bersedia atau tidak? Ikhlas untuk meninggalkan perkara lama?
2. Kawan
Yang ni pun sangat penting. Kawasan sekeliling pun sangat mempengaruhi. Tak dapat? Okey! Kata kan lah korang tinggal dengan kawan bujang korang yang sangat sosial. Tonggang arak, kaki perempuan, kaki pukul, kaki judi dan segala macam kaki setan lah. Korang jangan nak tipu lah kalau korang sanggup untuk tengok je kehidupan macam tu. Dalam hati pun nak jugak kan merasa macam tu kan? Tak baik tipu! Kalau aku lah yang sedang menjalani proses bertaubat ni aku keluar je dari rumah setan tu. Buat apa lah korang merosakkan iman dan akidah tinggal dekat rumah tu. Lebih baik korang cari kawan yang boleh tunjuk kan kau ke jalan yang boleh buat iman korang mantap. Carilah kawan yang boleh iring kamu ke syurga, bukannya yang mengheret kamu ke pintu neraka. Nauzubillah. Korang ada akal berfikir lah baik dan buruknya. Aku pernah ada seorang kawan yang mana setiap petang akan berikan aku sedikit tazkirah. Dia selalu bawa aku buku buku ilmiah yang berkaitan dengan agama. Insyaallah hati korang akan lebih tenang dan terbuka untuk meneruskan perjuangan korang. Tak percaya? Cuba cari sorang!
3. Bahan Bacaan / Ilmiah
Yang ni lagi penting. Bahan bacaan ini semua sangat lah diperlukan untuk memantapkan lagi iman korang pada Dia. Di ulang sangat penting ek. Tak kira lah dekat celah mana korang nak dapat kan bahan ilmiah ni dekat internet ke, POPULAR ke, pergi dengar ceramah Ustaz Kazzim ke, cd ceramah agama ke, bacaan ayat ayat alquran, macam macam lagi lah. Nak mantap kan ilmu agama ni sangat lah mudah cuma nak dengan tak nak je. Kalau tak mampu nak beli buku internet kan ada. Bukak je laman web I Luv Islam , Ukhwah kat situ banyak sangat yang korang boleh belajar tentang Islam. Banyak lagi laman web islam kat internet tu. Google saje. Tak tahu mengaji? Download je lah bacaah surah surah dari internet. Melambak lah. Jangan kata tatau aku lempang kang. Setiap malam sebelum tidur play je surah surah tu hantu setan pun tak berani nak masuk bilik korang kacau sebab bilik korang dibacakan ayat suci alquran. Kalau dah setiap korang asik play ayat alquran tu mustahil la korang tak dengar kan? cubalah korang sekali baca ayat tu bila korang tengah play kan ayt suci dari ustaz tersebut. Tak kan lah berat sangat mulut nak membaca. Tak kan? Tak payah la nak malu malu lah kawan kita kan nak belajar. Mana ada orang pandai sejak lahir? Mereka pun belajar dari bawah. Tak tahu bertanya.
4. Handphone.
Ape kena mengena? Ada lah! Kalau korang fikir tak ada kena mengena memang silap lah. Ini merupakan salah satu cara jugak lah. Korang pergi je dekat sini cari lah lagu Taubat Seorang Hamba. Pergi cut bahagian chorus Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini dan set kan sebagai caller ringtone. Untuk lagi afdal lebih baik korang set kan saja sebagai bunyik mesej sebab kalau mesej sudah tentu banyak kali berbunyi kan dan sudah tentu fikiran korang akan sentiasa di ingatkan untuk bertaubat. Kan? Tak percaya? Mesti kena cuba. Sangat berkesan!!
Itu je lah tips yang boleh aku share untuk korang. Kalau ada lagi sila jangan segan silu untuk share pendapat anda. Kita nak berubah kepada kebaikan kan? Jadi jangan kedekut. Ilmu untuk dikongsi bersama. Pada yang hendak atau sudah bertaubat marilah kita sama sama memantapkan iman kita pada Allah SWT. Kita hidup hanya untuk Dia sebenarnya. Ingat! setiap hari dunia ini adalah Ujian untuk kita semua.