Sunday, April 10, 2011

bertaubat

Assalamualaikum.


Bersawang sudah blog aku nih. Kesian sama en.blog dipinggirkan. Maklum lah aku sedang mengalami proses tekanan jiwa sejak akhir akhir ni. Eh? aku bukan pesakit mental ya!. Cuma kadang kadang manusia akan mengalami perasaan murung bila terdapat masalah untuk diatasi sendiri. Maaf! tidak dapat berkongsi di sini. Ia nya terlalu peribadi :)




"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian kecuali orang orang yang beriman, dan mengerjakan amal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran serta kesabaran"


Okey! kali ini aku nak cerita tentang kisah bertaubat. Tahu apa itu TAUBAT? 
Ya! pandai. Taubat tu kalau di ikut kan dari pencarian Google iaitu kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau melakukan larangannya. Maksud nya dengan jelas ialah korang rasa  dah buat sesuatu yang sangat tak patut korang buat dan korang menyesal sangat sangat dengan perbuatan korang tu dan yang paling penting tak akan ulang perbuatan tu lagi. Contoh nya macam ni la, masa korang kecik kecik dulu korang pernah curi rambutan belakang rumah Pak Mail kan? Bila dah kena hambat dengan Pak Mail baru lah korang teghoyak minta maaf. Itu pun kalau korang dah betul betul menyesal tak nak curi lagi. Ada budak dah kena bantai kat buntot pun still degil jugak. Okey! itu tak termasuk dalam kategori taubat ek! 


Hendak bertaubat senang sahaja. Korang hanya perlukan hati yang sangat bersih serta ikhlas untuk bertaubat. Jangan hari ini korang kata taubat esok korang buat benda yang sama lagi. Itu memang dah sah Taubat yang korang nangis macam nak banjir Malaysia ni memang tak akan terima lah kan.


Perkara yang paling susah sekali bila sudah bertaubat ni adalah untuk mengekal kan nya. Ingat senang? Kalau tak cukup iman jangan harap lah. Okey! kat sini ade la beberapa tips macam mana nak meninggalkan apa yang korang nak tinggal kan dan tak patut untuk buat lagi.


1. Hati
Sebelum korang Solat Sunat Taubat tu korang ada fikir tak untuk apa korang buat solat tu? Okey! tanya hati anda sekarang. Ingat! untuk bertaubat korang perlu sucikan hati korang tu dulu. Pastikan hati korang betul betul bersedia untuk bertaubat. Kalau tak, korang kiv lah dulu. Jangan main main dengan taubat ni. Sekali korang dah kata bertaubat bermakna korang dah tak akan buat lagi. Kalau hati kata was was lebih baik jangan. Tunggu lah sehingga hati korang benar benar dah bersedia untuk bertaubat dan bersujud kepada Illahi meminta pengampunan terhadap dosa korang tu. Bila korang dah kata taubat itu bermakna korang dah janji ngn Tuhan yang korang tak akan buat perbuatan tu lagi. Jangan hari ini kata taubat esok buat benda yang sama. Contoh macam nak pakai tudung. Dari yang tak bertudung sebelum ni tiba tiba nak pakai tudung kononnya nak berubah la. Konon la. Tapi tak lama je bertudung lepas tu dah bukak balik tudung tu. Sebab apa? Pelbagai sebab. Antaranya sebab suami / bf suruh. Hey! memang jadah la kalau korang nak berubah sesuatu yang baik tu disebab kan seseorang bukan sebab hati? Bila dah berpisah dengan suami / bf sibuk plak nak buka tudung balik? Jadah tak? Aku paling benci kalau ada manusia berubah sebab tu!.Jadi tanya sama hati. Bersedia atau tidak? Ikhlas untuk meninggalkan perkara lama?


2. Kawan
Yang ni pun sangat penting. Kawasan sekeliling pun sangat mempengaruhi. Tak dapat? Okey! Kata kan lah korang tinggal dengan kawan bujang korang yang sangat sosial. Tonggang arak, kaki perempuan, kaki pukul, kaki judi dan segala macam kaki setan lah. Korang jangan nak tipu lah kalau korang sanggup untuk tengok je kehidupan macam tu. Dalam hati pun nak jugak kan merasa macam tu kan? Tak baik tipu! Kalau aku lah yang sedang menjalani proses bertaubat ni aku keluar je dari rumah setan tu. Buat apa lah korang merosakkan iman dan akidah tinggal dekat rumah tu. Lebih baik korang cari kawan yang boleh tunjuk kan kau ke jalan yang boleh buat iman korang mantap. Carilah kawan yang boleh iring kamu ke syurga, bukannya  yang mengheret kamu ke pintu neraka. Nauzubillah. Korang ada akal berfikir lah baik dan buruknya. Aku pernah ada seorang kawan yang mana setiap petang akan berikan aku sedikit tazkirah. Dia selalu bawa aku buku buku ilmiah yang berkaitan dengan agama. Insyaallah hati korang akan lebih tenang dan terbuka untuk meneruskan perjuangan korang. Tak percaya? Cuba cari sorang!


3. Bahan Bacaan / Ilmiah
Yang ni lagi penting. Bahan bacaan ini semua sangat lah diperlukan untuk memantapkan lagi iman korang pada Dia. Di ulang sangat penting ek. Tak kira lah dekat celah mana korang nak dapat kan bahan ilmiah ni dekat internet ke, POPULAR ke, pergi dengar ceramah Ustaz Kazzim ke, cd ceramah agama ke, bacaan ayat ayat alquran, macam macam lagi lah. Nak mantap kan ilmu agama ni sangat lah mudah cuma nak dengan tak nak je. Kalau tak mampu nak beli buku internet kan ada. Bukak je laman web I Luv Islam , Ukhwah kat situ banyak sangat yang korang boleh belajar tentang Islam. Banyak lagi laman web islam kat internet tu. Google saje. Tak tahu mengaji? Download je lah bacaah surah surah dari internet. Melambak lah. Jangan kata tatau aku lempang kang. Setiap malam sebelum tidur play je surah surah tu hantu setan pun tak berani nak masuk bilik korang kacau sebab bilik korang dibacakan ayat suci alquran. Kalau dah setiap korang asik play ayat alquran tu mustahil la korang tak dengar kan? cubalah korang sekali baca ayat tu bila korang tengah play kan ayt suci dari ustaz tersebut. Tak kan lah berat sangat mulut nak membaca. Tak kan? Tak payah la nak malu malu lah kawan kita kan nak belajar. Mana ada orang pandai sejak lahir? Mereka pun belajar dari bawah. Tak tahu bertanya. 


4. Handphone.
Ape kena mengena? Ada lah! Kalau korang fikir tak ada kena mengena memang silap lah. Ini merupakan salah satu cara jugak lah. Korang pergi je dekat sini cari lah lagu Taubat Seorang Hamba. Pergi cut bahagian chorus Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini dan set kan sebagai caller ringtone. Untuk lagi afdal lebih baik korang set kan saja sebagai bunyik mesej sebab kalau mesej sudah tentu banyak kali berbunyi kan dan sudah tentu fikiran korang akan sentiasa di ingatkan untuk bertaubat. Kan? Tak percaya? Mesti kena cuba. Sangat berkesan!!


Itu je lah tips yang boleh aku share untuk korang. Kalau ada lagi sila jangan segan silu untuk share pendapat anda. Kita nak berubah kepada kebaikan kan? Jadi jangan kedekut. Ilmu untuk dikongsi bersama. Pada yang hendak atau sudah bertaubat marilah kita sama sama memantapkan iman kita pada Allah SWT. Kita hidup hanya untuk Dia sebenarnya. Ingat! setiap hari dunia ini adalah Ujian untuk kita semua. 



Tuesday, March 8, 2011

Tanda Lelaki Sayang Pada Kekasih

Nak tahu tak tanda tanda lelaki sayang pada seseorang perempuan. I mean kekasih.
Kadang kadang kita ni sebagai perempuan susah sangat nak faham lelaki ni kan. Even aku pun kadang tak faham dengan perangai lelaki ni. 
Kejap kita rasa dia sayang kita, kejap ase tak sayang?
So untuk meyakin kan korang tentang perasaan bf / suami korang terhadap korang maybe ni boleh bantu.
Sekurang kurang nya korang boleh bukak mata seluasnya bahawa selama ni sikap yang ditunjukkan oleh bf /suami korang yg betul betul sayang kan korang padahal kite sendiri yang buta. 
Benda yang terang lagi mahu guna sportlight cam stadium tu. Lu mau terang cane lagi beb?!
Mari kaji selidik perangai lelaki ni bila sudah sayang sama kita (perempuan) 




1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan



Dalam semua di atas aku paling suka nombor 20. Sebab sangat susah mahu melihat lelaki menangis kerana perempuan. Bila kita dapat melihat mereka dalam keadaan begitu baru lah kite tahu yang sebenarnya mereka sangat sayang kan perempuan itu.
Jadi untuk kamu wahai wanita, bersyukur lah dan terima lah seada nya kekasih hati kamu.
Terima kekurangan nya.
Terima lah seada nya dia bukan terima dia dengan apa yang dia ada :)

Wednesday, February 16, 2011

Jodoh

Jodoh?
Pening aku fikir pasal jodoh ni.
Entah lah, kalau bicara pasal jodoh serius aku memang tak terfikir pun hal tu.
Tak terfikir pun siapa lah jodoh aku.
Malas.....
Malas nak fikir. Bukan tak ada calon. Tapi, entah calon yang ada ni pun belum tentu boleh buat aku bahagia nanti. Belum tentu boleh terima aku seada nya. Belum tentu boleh bersama dengan aku selamanya.

Kenapa aku tak rasa CINTA?
Kenapa?
Atau aku memang betul betul tak bersedia?
Atau aku memang tak ada perasaan untuk mencintai orang?

Aku pening...
Berfikir sedirian..

............................................

Tadi aku saja post Wall di Facebook Nori.
Kawan baik aku masa di politeknik.
Profile picture gambar baby.
Untuk pengetahuan u all, nori sudah pun berkahwin semasa umur 19 tahun lagi.
Masa aku berkawan dengan dia pun dia sudah ada anak sorang.
Bila masing masing dah bekerja, dia lahirkan seorang lagi baby lelaki. Aiman Hakim
Tak silap aku bulan 6 tahun lepas 2010.
Hari ni plak dia kata menagandung lagi.
Sudah 2 bulan. huhuhu.
Hebat kau Nori..hehehe. Aku tumpang gembira dengan kau.
Seusia dia 26 tahun bakal anak 3 tau tak?
Aku?
25 tahun masih lagi tak kahwin.
Membujang la aku sampai ke tua. hahahaha.

..................................................

Mak sekarang dah ok bila tahu aku sedang berkawan dengan sesorang.
Sesorang ni plak sangat serius dengan aku hingga kan mahu hujung tahun ni kami berkahwin.
Gila!
Aku tak bersedia.
Tak bersedia kenapa? - Entah

Aku tak rasa mahu kahwin.
Jodoh belum sampai

............................................................

Untuk yang belum berkahwin atau mahu mencari jodoh yang sesuai untuk kamu, doa ini bagus untuk kamu amal kan.


Doa Minta Jodoh dan Keturunan yang Baik


Maksudnya :”Ya Tuhanku, janganlah Engkau membiarkan aku hidupku seorang diri, dan Engkaulah pewaris yang paling baik.” (AlQuran: Al-Anbiya’: 89).

Maksudnya: “Ya Tuhanku, berilah aku dari sisi-Mu seorang anak yang baik. Sungguh Engkau Maha Pendengar doa.” (Surah Al ‘Imran: 38).
Penjelasan:
Doa di atas baik sekali dibaca oleh orang-orang yang belum mempunyai keturunan dan pasangan hidup. Juga baik sekali dibaca oleh setiap muslim agar diberi keturunan yang soleh.
Kedua ayat diatas merupakan doanya Nabi Zakaria A.S. agar diberi keturunan sebagai penerus perjuangannya menegakkan agama Allah.
Kisah Nabi Zakaria boleh dilihat dalam Al-Our’an Surah Al-Anbiya’ ayat, 89-90; Al-Imran, 38-41.

*Semoga kita bertemu jodoh yang membawa ke syurga. Amin~

Saturday, February 12, 2011

:(

Tadi, lebih kurang 830 pm nak keluar bersama family makan kat bawah pokok macam biasa.
Tapi kali ni lain sebab nak celebrate birthday Ain anak owner kedai tu. Dorang memang sangat baik ngan family ktorang..

So, aku pun drive kereta..
Bila tengah nak reverse memang tak terasa pape pun.
Bila dah nak gerak mulakan perjalanan aku tengok tempat park kete. Tengok anak kucing "Comot" menggelupur macam terkena air panas. Aku ingatkan die sedang bermain ngn ank kucing lain.
Bila aku perhatikan lama die sedang menggelupur tahan kesakitan.
Aku dgn segera turun dari kereta tengok, menjerit..
Ya Allah apa aku dah buat ni? Aku dah langgar Comot. Kaki aku macam dah tak sekuat bertapak di tanah.
Rasa macam mahu rebah melihat Comot menahan kesakitan.
Aku langgar betul betul dekat kepala. Terburai segala isi kepala.
KOrang dapat bayang kan tak macam mana tika saat perassaan aku saat tu?
Apatah lagi keadaan Comot yang bertarung menahan sakit akibat dipenyek kereta..

Ya Allah, aku mohon Kau ampun kan lah dosa aku..
Dengan tetibe aku teringat video perempuan jepun yang pernah pijak ank kucing sampai mati dengan kasut tinggi die..
Seolah aku macam perempuan tuh. Aku dah jadi pembunuh.
PEMBUNUH KUCING!

Menangis aku dlm perjalanan ke bwk pokok. Aku tak terdaya nak drive. Aku bagi kaka aku drive.
Kaki aku rasa lemah sangat. Maafkan lah aku Comot. Aku tak sengaja nak langgar kau. :(
Terasa macam baru saja bunuh orang.
Perasaan yang bersalah amat.
Seolah macam berbuat satu dosa yang amat amat besar.
Ampun kan lah aku Ya Allah kerna membunuh salah satu makhluk cipataan Mu.

Comot. :(
* Comot yang kaler putih+kuning+hitam. emm :|

Wednesday, October 6, 2010

Semakin

Semakin lama aku menafikan perasaan aku ni semakin hari aku sayang kat dia...
Tuhan tolong lah aku, jika benar dia adalah jodoh ku dekat kan dia kepada ku..
Jika dia dapat membimbing ku dunia akhirat dekat kan lah dia kepada ku..
Jika semua itu tidak, maka jauhkan lah hatinya pada ku...
jauhkan lah persaan ini pada nya...

*Tuhan kirimkan lah aku
Kekasih yang baik hati
Yang mecintai aku apa adanya...

Friday, September 24, 2010

Syair Imam Shafi'e ketika sakit

Kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan
Sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah
Tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku
Kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu
Hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

Bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.
Bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?
Dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku
Semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku
Dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

Sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan
Kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa
Sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka
dia menjadi ramah ketika mengingat Tuhannya
Tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku
Cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu
Dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar
Di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap
Yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,
Maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini
Dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).

Thursday, September 16, 2010

Baru

Blog yang dahulu dah kena hack.
entah siapa la yang hack account google..
tak boleh open lagi blog yang lama...
so create je la account baru...
lagipun tangan ni rasa gatal sangat nak menulis