Monday, December 17, 2012

Biarkan Saja

Assalamualaikum..


Ketika ini aku sedang dalam satu konflik perasaan.
pelbagai perasaan yang aku alami sekarang ini.
terasa dipinggirkan.
mungkin salah aku kerana mahu menyendiri.
menyendiri kerana aku cuma mahu mencari kekuatan diri.
bukan sengaja untuk aku menjauhi diri dengan kawan aku.
mungkin mereka merasakan aku dingin dengan mereka.
maka dengan sebab itu mereka pun menjauhi diri dengan aku.

bukannya aku mahukan semua ini.
cuma aku perlukan ruang untuk aku mencari kekuatan diri.
aku ingin mencari diri aku yang hilang.
aku pun sudah tidak kenal siapa aku sebenarnya.
aku bukan lagi aku yang dahulu.
aku hilang aku sejak aku hilang dia.

bukan aku tidak mahu berkongsi masalah aku pada mereka.
cuma...perlukah aku?
perlukah aku berkongsi rahsia hidup aku pada mereka.
paling tidak mereka hanya berkata "sabarlah. mungkin ada hikmah di sebalik yang terjadi"

itu sahaja perkataan yang mampu mereka berikan pada aku.
mereka hanya tahu berkata.
tapi yang menanggung kesabaran itu adalah aku.
sebab itu aku tidak hendak berkongsi masalah dengan sesiapa.
malah kawan baik aku sendiri.

"sabar"

sampai bila?

sudah...

aku sudah lama bersabar.
orang tidak mengerti perasaan aku.
aku yang sedang dalam konflik begini.
tiada siapa yang faham.
hanya blog ini sahaja untuk aku luahkan semuanya.

aku balik kerja lambat bukan kerana aku berjumpa kawan.
tapi aku berjumpa tuhan.
aku menyendiri di mana sahaja masjid.
mencari kekuatan untuk aku mengenal takdir Illahi.
tapi aku tewas...
tewas dengan perasaan kucar kacir aku.
aku tak kuat.
tak kuat untuk menghadapi semua ini.
aku hanya tersenyum girang.
tapi tiada siapa yang tahu hati aku terluka dalam.

kamu semua tak mengerti.
biar lah apa sahaja kamu mahu fikirkan.
fikirkan aku jahat atau apa sahaja.

aku hilang diri aku....
hilang....
di mana aku harus cari?
mana?

Friday, December 14, 2012

Alone

Alhamdulillah aku masih dapat merasai kenikmatan hidup.
Masih ada lagikah hari esok untuk aku?
Masih adakah lagi ruang masa untuk aku menikmati setiap inci kehidupan yang Allah ciptakan untuk hambaNya?
Aku sunyi.
Aku cemburu.
Aku penat.
Aku marah.
Aku geram.
Semuanya...
Aku tidak suka akan perasaan ini.
Aku mahu pergi.
Pergi mencari diri aku yang hilang.
Diri aku yang dulu nya periang.
Yang dulu nya ketawa setan.
Mana perginya kegembiraan aku itu semua?
Mungkin kerana itu...
Kerana itu aku begini....
Kerana itu mereka tidak kenal lagi siapa aku.
Kerana itu mereka menjauhi aku.
Kerana itu aku lebih suka bersendiri.
Marah dengan setiap semua yang terjadi.
Kerana itu....aku hilang aku...aku hilang dia....
Bagaimana untuk aku cari semula?