Wednesday, May 18, 2011

Marah Amat!

Salam.




Aku memang tengah marah sangat ni. Super marah ni.
Dah marah marah pandai pulak nak bagi salam kan? Ape punya manusia la aku  ni.
Memandang kan aku ni jenis manusia yang suka memaki ini lah aku. Seorang perempuan yang kau tak perlu tahu siapa aku. Ceh! tak payah nak ulang boleh tak? Readers kau memang dah tahu kau ni macam mana! Tengok profile pun sudah tahu!

Damn! Muka aku lagi buruk kot kalau marah! Macam SETAN!




Aku marah sangat sebab bila aku tanya soalan dijawab nya dengan KENAPA?
Wadefak kau jawab soalan macam tu?
Susah sangat ke soalan aku tu sampai kau jawab kenapa?
Memang bodoh tahap manusia bongok la kau ni.
Kalau sekali aku tanya kau jawab kenapa boleh la aku terima. Ini aku tanya 3 kali dan kau jawab perkataan yang sama iaitu kenapa?
Kau memang mintak maki betul la dengan aku.


Kenapa la kau tanya kenapa bila aku tanya. Kenapa?




Soalan aku tak de la susah sangat pun nak jawab.
Budak murid kau pun boleh jawab soalan yang susah ni dengan senang.




"Kau dekat mana?"
-"Kenapa?"
[sabar]


"Kau dekat mana?"
-"Kenapa?!"
[yang ni hilang separuh sabar]

"Kau dekat mana!!!!"
-"Kenapa?"
[memang aku dah tak boleh sabar]

"Aku dekat hospital ni, kau dekat mana?"
"Dekat hospital la"

"Aku tahu la kat hospital, aku pun dekat hospital. Hospital tu besar. Kat belah mana?"
"Aku on the way nak balik dah"
[macam cilaka punya jawapan!]


Kau ni kan memang makan burit ayam tahu tak?! Cakap macam tak ada otak? Macam ni ye kau ajar murid kau jawab soalan? Sila jawab soalan dengan kenapa ya murid murid sebab cikgu suka jawab dengan kenapa.



Pangggg!!! Hancur otak murid kau macam ni dapat cikgu macam kau! Nak saja aku sekolah kan kau pulak. Jawapan macam jadah! 




Tuesday, May 17, 2011

Jangan Nak Perasan Sangat!

Salam



Jangan nak perasan sangat la der.
Aku layan chat facebook dengan kau bukan sebab aku syok dekat kau!
Aku chat dengan semua orang kot kalau ade yang tegur aku dulu.
Kalau aku layan chat kau bermakna aku suka kau la ek?



Jangan nak perasan sangat la der.
Tak bermakna bila kau ajak aku  keluar then aku tolak mentah mentah permintaan kau tu tak bermakna aku tak suka kau.
Aku cuma nak ambik masa sikit je berfikir nak keluar dengan jantina yang berlawanan ni.
Aku cuma nak test kau sama ada kau ni boleh bersabar ke tak dengan aku kan?
Lelaki kan suka perempuan jual mahal ni.
Aku ni pulak bukan nya suka jual murah murah.
Lagi kau bersabar dengan aku lagi tu aku suka. sebab dari situ aku boleh nilai kan kau yang kau ni memang ikhlas mahu berkawan dengan aku.
Rilex. aku pasti akan jumpa dengan kau jugak satu hari nanti.



Jangan nak perasan sangat la der.
Aku layan chat kau kat facebook bukan main lagi kau ingat aku suka kau ek.
Konon nya macam kau tak bertepuk sebelah tangan la kan.
Macam macam kau ayat aku kan. kata kat sekolah kau memang dah lama usha aku la. kau cuba nak ngorat aku la. kau kata kau suka aku la jadah bagai.
Kau ingat aku amik port sangat ke bila kau kata macam tu kat aku?
Kau ingat aku akan suka kat kau balik la bila aku layan je chat dengan kau?
Sori la der! aku layan chat dengan kau pun sebab kau tu satu sekolah dengan aku jer.
Aku layan chat dengan kau pun sebab aku anggap kau macam kawan saja. tak lebih dari tu pun.
So kau jangan la pulak nak melepasi garisan yang telah aku tetap kan.



Jangan nak perasan la der!
Aku kata nak cari heels merah sibuk sangat kau post photos kat wall aku.
Kau post banyak gila heels merah.
Habis semua budak sekolah angkat kening.
Confirm dorang ingat aku ada scandal dengan kau!
Jangan perasan la der kalau kau post semua tu aku akan jatuh hati dengan kau!
Lagi aku benci ada lah.
Wadefak kau nak penuhkan wall aku dengan heels merah kau tu.
Bajet kau tahu la taste aku nak cari heels macam mane? pigidahhh...


kalau kau belikan aku yang ini pun kau ingat aku suka kau? 



Jangan nak perasan la der!
Ape kau ingat aku setuju keluar dengan kau sebab aku suka dekat kau ke?
Tolong jangan nak perasan boleh tak?
Aku keluar dengan kau pun sebab aku bosan kot time tu.
Lagipun alasan kuat lain yang aku nak keluar dengan kau pun sebab kau satu sekolah dengan aku.
Faham tak?!!!
Engkau satu sekolah dengan aku. so memang dah sah sah la aku akan anggap kau ni K A W A N.
Tak lebih dari tu der.


Aku dengan kau HANYA KAWAN. Tahu tak?


Jangan nak perasan sangat la der!
Aku letak status SINGLE tu bermakna aku memang SINGLE la bahlol!
Kenapa kau nak tanya lagi aku ni dah ada yang punya ke belum?
Apa kau buta ke tak boleh nak tengok Info kat profile aku tuh?
Ke kau memang buta hati?
Kalau aku SINGLE sekali pun memang jadah la kalau kau cakap "nak ngorat boleh?"
Kau gila ape? kau tu satu sekolah dengan aku? yang kau sangat poyo panggil saya awak ni kenapa?
Kau tahu tak aku ni satu sekolah dengan kau?
Kau tahu tak mutual friend kau dengan aku beratus orang?
Yang jadah kau cakap nak ngorat aku apehal?
Pulak kau memang sangat desprate nak cari awek pergi post kat wall kau nak cari teman.
Kau memang lelaki sangap! sangap kan perempuan agak nya. sampai semua kawan perempuan aku yang post dekat wall aku kau pergi add.
Jadah ape kau pergi add dorang kalau kau tak tak kenal? bila dah approve bukan kau nak tegur pun kawan aku yang kau add tu.
Ke kau nak stalk aku jer?
Memang perasan betul la kau ni!

Ya! aku SINGLE. So what?! Got problem?



Memang perasan sangat la kan?
Malas aku nak layan la der der.
Desprate sangat kot.



p/s : merujuk kepada lebih dari seorang yang sama sekolah dengan aku! Aku pun hairan kenapa ramai sangat lelaki lelaki dari sekolah yang sama cuba mahu mengorat aku? Bukan seorang tapi lebih dari seorang tahu tak! kenapa ya? Hairan!

Sunday, May 8, 2011

Tahu Tak SINGLE Itu Membosankan?!

Salam


Tahu tak SINGLE itu membosan kan? Tahu?!!!!
tak tahu?!!!
mari pakat kumpul ramai ramai aku nk habaq mai nih.
kalau nk panggil pokcu, mokcu, pakteh makteh sume mai la cni...
aku nk menjerit meluah kan perasaan bengang dan loser nye aku hari ini!


Aku sangat bosan sekarang nih!!!
Bosan yang teramat sangat!
Bosan tau tak kehidupan single nih.
Bosan bila tak de sape nak di ajak keluar!!
Bosan bila aku ajak kakak aku klua makan laksa Oldtown pun dia tak mahu!
Bosan bila aku tak ada bf nak ajak date!!! shit!!
Bosan bila ajak kawan keluar semua tak nak klua. Bz kata nya. " sori la wei, aku ada hal " 
damn! aku bengang tau tak?!
loser giler aku bila tak ada sapa nk klua ngn aku nih.
Bosan bila plan nk gi arau petang ni terpaksa di cancel last minute atas sebab tertentu! yg ni mmg bullshit!! aku dah semangat nk g tahu? semangat nak menggembirakan hati aku yang tengah kekosongan nih!
semangat nak lari dari situasi kerja yang agak stress.
Tahu tak aku sekarang ni tengah down gila?
One word untuk aku......




L O S E R




Yeah....
aku LOSER sebab aku SINGLE
aku LOSER sebab aku tak de bf yang nak ajak dating!
aku LOSER sebab kawan semua keluar dating dengan bf mereka!
aku LOSER sebab aku LOSER lah!!!!!!






p/s : cuti yang tiada makna untuk aku lagi hari ini seperti semalam. makan dan tido =,='

Friday, May 6, 2011

Saya Rasa Saya Nak Kahwin Dengan Awak :)

Salam,


Terkejut tak? hahaha.
memang aku rasa nak kahwin je pun sekarang ni.
melompat lompat seronok tak sabar nak kahwin.
siapa tak nak kahwin beb? kau? - rugilah! hahaha
aku nak kahwin!!!! lol [desprate giler kenyataan aku nih! hahaha]
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tenang!
aku pun tak nak kahwin sekarang.
calon pun tak ada lagi.
macam mana nak kahwin kan? hahaha.
tapi bila aku dengar lagu Bruno Mars - Marry You ni rasa macam nak kahwin je! :P
merepek aku ni! lalala!~


Jom layan lagu ni.



Dah dengar?
macam mana? 
ada rasa nak kahwin tak sekarang? hahaha
tok sah nak tipu!!!! heh....

Thursday, May 5, 2011

Telefon Bimbit

Salam,

Entri kali ini aku cuma nak review balik jenis - jenis telefon bimbit yang pernah aku pakai sejak aku mula kenal dengan teknologi komunikasi ni.


1. 2003 - Nokia 3310

Kali pertama aku pakai handphone jenis ni. model telefon ni memang sangat popular pada masa ni. sapa yang ada handphone waktu ni memang kaya la. hendak pula masa ni aku masih lagi belajar form 5. memang agak teruja la bila nak menunjuk dekat member lain. hehe. tapi bawak pun kena sorok sorok kalau tidak kantoi la dengan pengawas. rasanya telefon jenis ni dah 3 kali aku pakai. ayik hilang je aku buat. pening bapak aku nak membeli je keje die untuk aku. masa ni handphone jenis ni bukan nye murah macam sekarang. tapi sebab kan aku ni jenis yang suke merengek kalau tak dapat benda maka dapat la. :)
dari segi function apa lah sangat fungsi telefon jenis ni kan? setakat boleh mesej dan call je la. masa ni mana ada lagi 3G, mms, gprs ke ape. kalau ade pun tak mampu nak beli time tuh. hehe

2. 2004 - Nokia 8250 (butterfly)

Setelah malang 3 kali aku asyik menghilang kan handphone 3310 aku bertukar la kepada handphone jenis ni. yang ni memang aku beli sendiri. lepas je aku SPM aku terus kerja. dapat la aku tukar handphone kan. bosan plak asyik pakai 3310 je kan. dah la besar gedabak. letak dalam poket berat je. bile naik moto tak sedar telefon jatuh. yela naik skuter kan. mana nak perasan. dalam berat tu pun boleh jatuh tercicir. telefon ni plaj jenis kecik. yang ni pun memang tengah zaman kegemilangan. perempuan memang suka la telefon jenis macam ni sebab ia nya kecil dan muat letak dalam purse. fungsi handphone ni aku rasa sama jugak macam 3310 tak ada yang menarik. call dan mesej. 

3. 2005 - nokia
maaf! yang ni aku tak dapat nak google model nye sebab aku memang dah lupe. cari cari kat nokia pun memang tak ada. kenapa ntah! kalau aku masih ingat handphone ni aku beli dengan harga rm220 masa tu. telefon ni ada radio. masa ni handphone ni la paling funtionable untuk aku. sebab nya selain daripada mesej dan call boleh la dengar radio. hehe so bila aku nk tido tu aku layan la kejap lagu kan. aku beli handphone ni body die warna putih tapi kat button die kaler pink dan jugak ungu tak silap. 2 kaler tu macam bulatan yang bersambung. dapat imagine tak? ade satu lagi model kaler hitam campur cket warna kelabu. tapi disebabkan jiwa aku perempuan so aku amik warna tu hehe

4. 2006 - k500i 
 Selepas aku rasa macam nokia ni tak berapa nak memenuhi citarasa aku so aku pun bertukar kepada model jenama lain iaitu Sony Ericsson. kali ini nokia tu bukan aku hilang kan atau tercicir tapi aku saje yang gedik nak tukar. handphone ni aku beli dengan duit PTPTN aku. diulang!! duit PTPTN!! hahaha. yang ni kalau tak silap aku beli dengan harga RM 500. itu pun setelah aku trade in dengan handphone nokia aku tu. tolak RM100 je. so kira harga masa tu RM600 okeh! mahal nya bagi seorang student nak beli telefon jenis ini huhu. ape yang best tentang hp ni ialah ade mms. hahaha. so boleh la bermain tangkap2 gambar kan. nak mms gambar pun tak ada la macam nokia gmbr kartun hitam putih. at least phone ni gmbr kartun pun gambar color screen. huhu. lain ada radio. itu penting! penting untuk orang yang suka muzik macam aku! hehe

5. 2007 - Z610i

disebabkan aku ni jenis yang cepat bosan dan tiap tahun bertukar hp without reason so aku tukar lagi sekali hp aku nih. masa ni aku dah bekerja so memang tanpa berfikir panjang la aku nak tukar kan. lagipun masa ni ade duit lebih cket so why not aku nk tukar kan? harga hp ni pun tak silap aku beli dlm RM 700+. tak ingat exactly how much kan. hp ni sangat best sebab hp model lipat ni mmg sangat popular. sape yang tengok cite korea tu memang akan gilakan hp yg jenis flip ni kan? termasuk lah aku yang kena penangan akibat tgok cite korea. macam style je dorg pakai hp flip ni. hehehe. ape yag best tentang hp ni msg, call, camera (sgt clear ok), boleh 3G hahaha. keypad pun boleh tahan. sangat best! memang berbaloi aku beli hp ni. ringtone pun bukan polifonik ye. tapi mp3. aku pakai pun lama jugak dekat 2 tahun lebih jugak la..hahaa. rekod beb! memang takde rosak ke ape. tapi jodoh aku tak panjang dengan hp ni. org curi! lahanat org yg curi ni!


6. 2008 - w200

sony lagi? hahaha. sememang nya aku memang addict dengan sony ni. sebab bagi aku funtion dia best berbanding dengan nokia yang sound macam ntah pape. kualiti kamera pun xbest! haha. actually hp aku bukan la kaler hitam kaler pink! hahaa. tatau la aku google macam tak derk je kan kaler pink ni. wah! pinky betui aku ni kaler pink hehe. ape yg best hp ni em, xde la best pun. aku beli hp ni pun sebab sebagai hp kedua utk aku sebab aku pakai 2 line. so hp ni aku guna utk line celcom. smpi sekarang aku ada simpan lagi hp ni walaupun joystick die yg kat tengah tu dah tak leh nak function. ok la bagi aku. sebab aku suka music. music sangat clear. kan aku dah kata sony music die tidak akan menghampakan :)
lama jugak aku pakai hp ni smpi tahun 2010. haa bayang kan 2 tahun. nampak nya memang aku ni berjodoh dengan sony kan? hehehe

7. 2010 - present Blueberry 9500 

nampak macam blackberry kan? hahaha. kena tipu la korang! ni sebenarnya blueberry. bukan kek bluberry ye. kalau hp ni boleh makan dah lama aku makan sebab aku memang suka sangat dengan flavor blueberry ni. aku pun tatau kenapa aku beli hp jenis ni. mungkin sebab masa mula aku nk beli hp aku tertipu dengan kecantikan design die yg sangat mcm blackberry. lagi pulak harga hp ni tak de lah mahal. aku beli dalam harga RM400. haha. macam2 function ade. ym, fb, twitter, google, tv, radio mcm2 lagi lah. murah kan? RM400 saje tapi anda dapat fungsi sama macam blackberry. dan yang paling penting hp ni boleh guna 2 sim card. so korang memang tak perlu nk on-off hp tukar sim. kedua simcard memang function utk call & mesej. kalau mesej siap tanya nk hantar sim1 ke sim2 hehee..berbaloi kan? tak perlu nak beli hp sampai 2 :P
so far aku pakai hp ni ok la. tak de la rosak lagi. tapi aku rasa macam nk tukar lagi hp lagi lah. sekarang kan sudah tahun 2011. tahun ni aku tak tukar lagi hp. hahaha. tolong suggest aku hp yang best! aku ni jenis bukan nya 'internet' sgt pun tentang hp. maksudnye aku ni jenis bukan nk update status aku trough fon kan. aku biasa2 je asal kan dapat mesej / call dapt wifi cukup. simple kan aku? :)

kalau tengok balik senarai hp aku kat atas tadi memang tiap tahun aku akn bertukar hp kan? haha. aku ni jenis cepat bosan. aku tak kisah sangat hp canggih ke tak canggih ke asalkan aku bertukar model fon sebab hp memang tak kan kekal lama dengan aku sebab mungkin akn hilang or rosak. so tahun ni aku nk tukar fon ape ek? hahaha. lol :P

Sunday, April 10, 2011

bertaubat

Assalamualaikum.


Bersawang sudah blog aku nih. Kesian sama en.blog dipinggirkan. Maklum lah aku sedang mengalami proses tekanan jiwa sejak akhir akhir ni. Eh? aku bukan pesakit mental ya!. Cuma kadang kadang manusia akan mengalami perasaan murung bila terdapat masalah untuk diatasi sendiri. Maaf! tidak dapat berkongsi di sini. Ia nya terlalu peribadi :)




"Demi Masa, sesungguhnya manusia itu benar benar berada dalam kerugian kecuali orang orang yang beriman, dan mengerjakan amal soleh dan berpesan pesan dengan kebenaran serta kesabaran"


Okey! kali ini aku nak cerita tentang kisah bertaubat. Tahu apa itu TAUBAT? 
Ya! pandai. Taubat tu kalau di ikut kan dari pencarian Google iaitu kembali taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah Allah atau melakukan larangannya. Maksud nya dengan jelas ialah korang rasa  dah buat sesuatu yang sangat tak patut korang buat dan korang menyesal sangat sangat dengan perbuatan korang tu dan yang paling penting tak akan ulang perbuatan tu lagi. Contoh nya macam ni la, masa korang kecik kecik dulu korang pernah curi rambutan belakang rumah Pak Mail kan? Bila dah kena hambat dengan Pak Mail baru lah korang teghoyak minta maaf. Itu pun kalau korang dah betul betul menyesal tak nak curi lagi. Ada budak dah kena bantai kat buntot pun still degil jugak. Okey! itu tak termasuk dalam kategori taubat ek! 


Hendak bertaubat senang sahaja. Korang hanya perlukan hati yang sangat bersih serta ikhlas untuk bertaubat. Jangan hari ini korang kata taubat esok korang buat benda yang sama lagi. Itu memang dah sah Taubat yang korang nangis macam nak banjir Malaysia ni memang tak akan terima lah kan.


Perkara yang paling susah sekali bila sudah bertaubat ni adalah untuk mengekal kan nya. Ingat senang? Kalau tak cukup iman jangan harap lah. Okey! kat sini ade la beberapa tips macam mana nak meninggalkan apa yang korang nak tinggal kan dan tak patut untuk buat lagi.


1. Hati
Sebelum korang Solat Sunat Taubat tu korang ada fikir tak untuk apa korang buat solat tu? Okey! tanya hati anda sekarang. Ingat! untuk bertaubat korang perlu sucikan hati korang tu dulu. Pastikan hati korang betul betul bersedia untuk bertaubat. Kalau tak, korang kiv lah dulu. Jangan main main dengan taubat ni. Sekali korang dah kata bertaubat bermakna korang dah tak akan buat lagi. Kalau hati kata was was lebih baik jangan. Tunggu lah sehingga hati korang benar benar dah bersedia untuk bertaubat dan bersujud kepada Illahi meminta pengampunan terhadap dosa korang tu. Bila korang dah kata taubat itu bermakna korang dah janji ngn Tuhan yang korang tak akan buat perbuatan tu lagi. Jangan hari ini kata taubat esok buat benda yang sama. Contoh macam nak pakai tudung. Dari yang tak bertudung sebelum ni tiba tiba nak pakai tudung kononnya nak berubah la. Konon la. Tapi tak lama je bertudung lepas tu dah bukak balik tudung tu. Sebab apa? Pelbagai sebab. Antaranya sebab suami / bf suruh. Hey! memang jadah la kalau korang nak berubah sesuatu yang baik tu disebab kan seseorang bukan sebab hati? Bila dah berpisah dengan suami / bf sibuk plak nak buka tudung balik? Jadah tak? Aku paling benci kalau ada manusia berubah sebab tu!.Jadi tanya sama hati. Bersedia atau tidak? Ikhlas untuk meninggalkan perkara lama?


2. Kawan
Yang ni pun sangat penting. Kawasan sekeliling pun sangat mempengaruhi. Tak dapat? Okey! Kata kan lah korang tinggal dengan kawan bujang korang yang sangat sosial. Tonggang arak, kaki perempuan, kaki pukul, kaki judi dan segala macam kaki setan lah. Korang jangan nak tipu lah kalau korang sanggup untuk tengok je kehidupan macam tu. Dalam hati pun nak jugak kan merasa macam tu kan? Tak baik tipu! Kalau aku lah yang sedang menjalani proses bertaubat ni aku keluar je dari rumah setan tu. Buat apa lah korang merosakkan iman dan akidah tinggal dekat rumah tu. Lebih baik korang cari kawan yang boleh tunjuk kan kau ke jalan yang boleh buat iman korang mantap. Carilah kawan yang boleh iring kamu ke syurga, bukannya  yang mengheret kamu ke pintu neraka. Nauzubillah. Korang ada akal berfikir lah baik dan buruknya. Aku pernah ada seorang kawan yang mana setiap petang akan berikan aku sedikit tazkirah. Dia selalu bawa aku buku buku ilmiah yang berkaitan dengan agama. Insyaallah hati korang akan lebih tenang dan terbuka untuk meneruskan perjuangan korang. Tak percaya? Cuba cari sorang!


3. Bahan Bacaan / Ilmiah
Yang ni lagi penting. Bahan bacaan ini semua sangat lah diperlukan untuk memantapkan lagi iman korang pada Dia. Di ulang sangat penting ek. Tak kira lah dekat celah mana korang nak dapat kan bahan ilmiah ni dekat internet ke, POPULAR ke, pergi dengar ceramah Ustaz Kazzim ke, cd ceramah agama ke, bacaan ayat ayat alquran, macam macam lagi lah. Nak mantap kan ilmu agama ni sangat lah mudah cuma nak dengan tak nak je. Kalau tak mampu nak beli buku internet kan ada. Bukak je laman web I Luv Islam , Ukhwah kat situ banyak sangat yang korang boleh belajar tentang Islam. Banyak lagi laman web islam kat internet tu. Google saje. Tak tahu mengaji? Download je lah bacaah surah surah dari internet. Melambak lah. Jangan kata tatau aku lempang kang. Setiap malam sebelum tidur play je surah surah tu hantu setan pun tak berani nak masuk bilik korang kacau sebab bilik korang dibacakan ayat suci alquran. Kalau dah setiap korang asik play ayat alquran tu mustahil la korang tak dengar kan? cubalah korang sekali baca ayat tu bila korang tengah play kan ayt suci dari ustaz tersebut. Tak kan lah berat sangat mulut nak membaca. Tak kan? Tak payah la nak malu malu lah kawan kita kan nak belajar. Mana ada orang pandai sejak lahir? Mereka pun belajar dari bawah. Tak tahu bertanya. 


4. Handphone.
Ape kena mengena? Ada lah! Kalau korang fikir tak ada kena mengena memang silap lah. Ini merupakan salah satu cara jugak lah. Korang pergi je dekat sini cari lah lagu Taubat Seorang Hamba. Pergi cut bahagian chorus Ku akui kelemahan diri, Ku insafi kekurangan ini, Ku kesali kejahilan ini,Terimalah, terimalah, terimalah taubatku ini dan set kan sebagai caller ringtone. Untuk lagi afdal lebih baik korang set kan saja sebagai bunyik mesej sebab kalau mesej sudah tentu banyak kali berbunyi kan dan sudah tentu fikiran korang akan sentiasa di ingatkan untuk bertaubat. Kan? Tak percaya? Mesti kena cuba. Sangat berkesan!!


Itu je lah tips yang boleh aku share untuk korang. Kalau ada lagi sila jangan segan silu untuk share pendapat anda. Kita nak berubah kepada kebaikan kan? Jadi jangan kedekut. Ilmu untuk dikongsi bersama. Pada yang hendak atau sudah bertaubat marilah kita sama sama memantapkan iman kita pada Allah SWT. Kita hidup hanya untuk Dia sebenarnya. Ingat! setiap hari dunia ini adalah Ujian untuk kita semua. 



Tuesday, March 8, 2011

Tanda Lelaki Sayang Pada Kekasih

Nak tahu tak tanda tanda lelaki sayang pada seseorang perempuan. I mean kekasih.
Kadang kadang kita ni sebagai perempuan susah sangat nak faham lelaki ni kan. Even aku pun kadang tak faham dengan perangai lelaki ni. 
Kejap kita rasa dia sayang kita, kejap ase tak sayang?
So untuk meyakin kan korang tentang perasaan bf / suami korang terhadap korang maybe ni boleh bantu.
Sekurang kurang nya korang boleh bukak mata seluasnya bahawa selama ni sikap yang ditunjukkan oleh bf /suami korang yg betul betul sayang kan korang padahal kite sendiri yang buta. 
Benda yang terang lagi mahu guna sportlight cam stadium tu. Lu mau terang cane lagi beb?!
Mari kaji selidik perangai lelaki ni bila sudah sayang sama kita (perempuan) 




1. Lelaki akan bersungguh-sungguh melakukan sesuatu perkara ntuk kekasihnya dengan rela hati bukan kerana terpaksa atau dipaksa.

2. Lelaki akan sentiasa ingin menghiburkan kekasih hatinya dan berubah menjadi orang yang suka berbual.

3. Lelaki akan kerap menasihati dan memberi pandangan kepada kekasihnya sebagai tanda dia menyayangi kekasihnya itu.

4. Kadangkala lelaki cuba menyekat kebebasan kekasihnya kerana wujudnya perasaan cemburu dan curiga.

5. Lelaki sentiasa berasa takut akan kehilangan kekasihnya.

6. Lelaki tidak menyukai sekiranya kekasih hatinya rapat atau berkawan dengan lelaki lain.

7. Apabila kekasihnya tidak memberi tumpuan sepenuhnya, lelaki akan mudah berasa cemburu dan sensitif.

8. Adakalanya lelaki bersikap seperti keanak-anakan kerana mahukan perhatian dan layanan daripada kekasihnya.

9. Lelaki akan berubah menjadi seorang yang rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa sahaja.

10. Lelaki mula pandai merajuk kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

11. Lelaki akan mula berasa risau dan curiga apabila kekasihnya berjauhan darinya dalam tempoh yang lama.

12. Lelaki akan sentiasa memastikan keselamatan kekasihnya kerana dia lebih mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

13. Lelaki akan kerap bertanyakan sedalam mana cinta kekasihnya terhadap dirinya.

14. Lelaki tidak akan melayan perempuan lain jika tiada urusan penting.

15. Lelaki akan cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu.

16. Lelaki akan cuba membanggakan kekasihnya di depan kawan-kawan atau orang lain.

17. Apabila putus cinta, lelaki mudah berasa serik dan wujudnya rasa tidak percaya dengan cinta perempuan lain. Pada masa yang sama, dia mengharapkan kekasihnya kembali.

18. Lelaki menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup berkorban apa sahaja termasuk harta mahupun nyawa.

9. Lelaki tidak akan berlaku curang terhadap kekasihnya. Tetapi apabila mereka curang ini bermakna kasih sayang terhadap kekasihnya itu belum sepenuhnya.

20. Tidak semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya kerana seoran perempuan



Dalam semua di atas aku paling suka nombor 20. Sebab sangat susah mahu melihat lelaki menangis kerana perempuan. Bila kita dapat melihat mereka dalam keadaan begitu baru lah kite tahu yang sebenarnya mereka sangat sayang kan perempuan itu.
Jadi untuk kamu wahai wanita, bersyukur lah dan terima lah seada nya kekasih hati kamu.
Terima kekurangan nya.
Terima lah seada nya dia bukan terima dia dengan apa yang dia ada :)