Saturday, July 9, 2011

Eeee, Tak Suka Lah Membaca!

Aku ni bukan lah jenis ulat buku, yang suka membaca. Tak kira lah surat khabar, buku, majalah atau pun apa segala bahan bacaan. Sebab memang bukan hobi atau sikap aku untuk membaca. Sejak dari kecil memang aku jarang membaca. Kalau tengok kan buku Nilam di sekolah boleh dikira berapa buah buku yang telah aku baca.




Aku mula berjinak membaca novel cinta sejak tingkatan 2. Itupun terpengaruh dengan rakan sekolah. Fantasi cinta dari novel memang mengasyikkan. Maklum lah remaja perempuan yang bersekolah perempuan sahaja memang sangat mudah terjebak dengan dunia fantasi cinta dari novel lebih lebih lagi usia yang baru mahu mengenal dunia cinta sebenar. Padahal semua yang aku baca tidak mungkin terjadi dalam realiti. Hanya rekaan cinta semata sekadar untuk menghiburkan hati pembaca sendiri. Cis! Tipah tertipu.



Aku gian benovel cinta selama setahun. Masuk tingkatan 3 aku dah stop membaca. Mungkin sebab aku cepat bosan atau memang tak mampu nak beli novel. Yelah masa tu kan student mana ada duit poket sangat nak beli novel. Lama juga aku tinggalkan bahan bacaan. Tapi tidak lah sampai aku tak membaca. Aku still membaca cuma baca suratkhabar je la kan. Cuma kebelakangan ini minat membaca aku kembali. Bukan novel cinta tapi ia nya adalah bahan bacaan yang berunsurkan motivasi diri.





Baru lagi aku menjinakkan diri membeli buku ilmiah, dalam tahun ni juga. Buku pertama untuk tahun ini yang aku beli ialah Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia yang ditulis oleh Dr. Aidh Bin Abdullah Al Qarni. Buku ini banyak memberikan kata semangat kepada aku ketika membaca. Berkisar tentang wanita yang diuji oleh Allah dengan pelbagai dugaan, sehingga kan apa yang diterima tidak adil baginya. Penulisan berkisarkan kata kata semangat untuk terus bangun daripada terjatuh. 







Selesai je aku baca buku pertama aku beli lagi buku berjudul Nikmatkah Maksiat? Ditulis oleh Drs. Haji Hanafi Mohamaed bersama Hajah Siti Zaimah Ab. Rahman. Menceritakan 10 jenis dosa anggota yang seringkali kita tidak sedar antaranya :
  1. Akal, 
  2. Hati, 
  3. Mata, 
  4. Telinga, 
  5. Kaki, 
  6. Perut, 
  7. Tangan, 
  8. Tubuh Badan, 
  9. Mulut [lidah], 
  10. Faraj [kemaluan]. 
Setiap satu anggota tubuh badan kita diceritakan satu persatu bagaimana yang dikatakan dosa maksiat yang telah kita lakukan. Banyak juga hadis dalam buku ini yang wajib kita jadikan panduan hidup.






Buku ini baru sahaja aku beli semalam [jumaat]. Memandangkan buku Nikmatkah Maksiat telah habis aku baca maka aku belilah buku ini. Buku ini lebih kurang dengan buku Jadilah Wanita Yang Paling Bahagia yang aku beli sebelum ini. Berkisah kan cerita untuk membangkitkan semangat wanita yang telah hilang. Buku La Tahzan Jangan Bersedih ini ditulis Mohd Sofwan Amrullah. Aku baru je baca sikit buku ni jadi tak boleh la aku nak komen lebih kan. So far memang bagus initipati buku ini. Banyak kata semangat yang diberikan. 




Aku pun tak tahu kenapa buku jenis begini yang aku pilih untuk dibaca. Sekarang ni aku dah tak pandang novel cinta. Bagi aku itu semua menipu je. Tak tahu lah kenapa kakak kakak pejabat aku suka sangat baca novel cinta. Dah kahwin beranak cucu pun masih nak berfantasi dengan cerita cinta palsu penulis. Tak faham aku! Lagi elok korang baca buku buku sebigini, tak ada nak menipu pembaca sebab nya siap diselitkan lagi dengan hadis dan surah tau. Realiti lagi tu. Aku tengok buku motivasi ni tak adalah mahal sangat. Bawah RM50 je. Setakat ini buku yang aku beli tu pun bawah RM20. Tak mahal lah kalau nak dikira dengan ilmu yang kau dapat. Terpulang lah kan ada setengah orang suka baca komik, novel cinta, ataupun buku yang berunsurkan agama. Jangan korang baca Playboy sudah. Huh!




Bye!

No comments:

Post a Comment