Wednesday, July 6, 2011

Isteri Berkejaya Adalah Wanita Hebat

Isteri bekerjaya adalah wanita yang terhebat pernah diciptakan di muka bumi ini. Pada aku wanita sebigini adalah ciptaan Allah yang sangat hebat kerana mereka bukan sahaja memikul tanggungjawab sebagai seorang pekerja malah di rumah juga melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang isteri mahupun ibu.



Aku merasakan begini apabila sejak akhir ini makcu aku selalu merungut perihal letih pada aku. Maklum lah aku kan satu pejabat dengan makcu aku. Katanya menjadi seorang pekerja, isteri serta ibu pada suatu masa merupakan tugas yang sangat berat. Bayangkan mereka terpaksa bangun seawal pagi semata untuk menyiapkan sarapan pagi untuk perut si suami dan juga anak. Menyiapkan kelengkapan untuk si suami dan juga anak ke sekolah. Kalau tidak cukup si isteri/ibu kena marah. Pagi pagi lagi sudah menghantar anak ke sekolah. Masuk pejabat seawal 8 pagi dan keluar 5 petang. Itu belum di campurkan lagi dengan masalah di pejabat. Boleh jadi tension tahu? Balik dari pejabat ambil pula anak dari sekolah. Masak makan malam pula untuk keluarga. Kalau tak masak dikata nya si suami kamu isteri pemalas, tak pandai masak. Kalau dapat suami yang celaka mereka memberi alasan mahu isteri baru hanya kerana si isteri tidak mahu masak sebab penat bekerja seharian. Selesai melantak di gosok nya pula baju suami dan anak untuk hari esok. Basuh, lipat, sidai baju dan segala macam baju lah si isteri perlu jaga.




Apa tidak hebat kan tenaga wanita bekerjaya ini yang bergelar isteri? Tenaga yang sangat luar biasa sehingga kan aku yang masih bujang ini pun merasakan tenaga aku selepas waktu kerja sangat lemah. Aku tidak tahu bagaimana isteri berkerjaya ini mendapatkan kekuatan melakukan semua kerja berikut. Kamu wahai suami jangan lah merungut apa yang tidak sempurna yang dilakukan oleh isteri. Selain dia yang bertarung nyawa memberi kamu zuriat, isteri juga lah yang memberi kamu makan. Memasak untuk kamu, mencuci pakaian kamu, mengemas rumah dan sebagai nya mereka ini lah yang membuat semua kerja yang tak mampu kamu lakukan. Yang kamu tahu semuanya mesti sudah disiap kan. Kalau tak buat dibilang nya isteri derhaka. Hargailah si isteri. Mereka pun penat juga bekerja apa salah nya kerja di rumah kamu bantu. Sedikit sebanyak ringan juga beban si isteri di rumah selepas penat bekerja.




Aku pun tak tahu lah bila tiba masa aku menjadi seorang isteri, mampukah aku melakukan kerja semua ini sedangkan hidup membujang yang masih dijaga oleh orang tua ini pun aku merasa letih selepas pulang bekerja. Mana nak mencari tenaga untuk menguruskan hal rumah tangga? Itu lah hebatnya isteri berkerjaya. Untuk si suami jangan lah berat kan telor anda saja, bantu lah juga isteri di rumah. Kalau anda penat mereka lagi penat tahu?




*Aku tak bersedia lagi mahu berkahwin.


Ok bye!

1 comment:

  1. Casino Roll
    Casino Roll - Full Information 브라 벗기 미션 and Overview 사설바카라 - This casino is part of the Casino Rewards Network. It provides a full casino bet365 gaming platform, including video slots,  먹튀신고 Rating: 4.1 · 다 파벳 먹튀 ‎Review by Casino Roll

    ReplyDelete