Tuesday, July 5, 2011

Kantor

Memandang kan aku bekerja di tempat yang agak ramai juga pekerja maka aku pun nak cerita sikit lah perihal bekerja dengan ramai peringkat usia ni. Banyak cabaran nya bekerja dengan pelbagai kaum dan juga peringkat umur ni kan. Kau tak boleh lah nak expect yang pekerja lain walaupun usia nya lagi banyak tua dari kau mereka tak boleh ngam atau ngam dengan kau. Ada yang peringkat tua ini suka sangat bergaul dengan peringkat muda.




Satu perkara yang aku sangat tak suka atau tempat lain tak perlu amalkan perkara ini di tempat kerja korang adalah dengan mengasingkan meja antara orang atasan dan juga bawahan. Ketara dalam pejabat aku ratanya di luar adalah semua pembantu tadbir iaitu gred 17. Yang di dalam bilik semua adalah gred yang melebihi gred 17. Nampak ketara bukan? Orang bawahan di kelompok kan di dalam satu kawasan bersama peringkat mereka manakala peringkat tertinggi mereka dengan golongan mereka. Aku? Dah tentu lah di dalam bilik khas. Hehehe walaupun gred aku tidak lah tinggi sangat tapi ini lah yang di amal kan dalam pejabat aku. Pejabat aku memang banyak pekerja yang bergred 17 ini. Lagi ramai dari pegawai atasan. Sebab itu mereka diletakkan di luar bilik dari orang atas. Kasihan bukan?






Bila perkara ini berlaku aku yang telah diasing kan bilik dari mereka ini mula ditempias fitnah. Mengatakan pegawai baru [muda, sebab kebanyakan gred 17 ini adalah peringkat mak-mak] yang kami pihak atasan sangat sombong. Tidak seperti pegawai pada zaman mereka yang begitu ramah walaupun tegas. Adakah aku tak cukup tegas? Bila dikatakan tegas ada bisikan jahat ke telinga aku mengatakan aku berlagak bagus walhal pengalaman kerja tak seberapa. Buat itu salah buat ini pun salah. Bagaimana?




Kadang aku rasa macam rimas juga bila bekerja dengan pelbagai peringkat umur ni. Bukan semua mereka boleh masuk. Yang tua mereka lebih suka bergaul dengan peringkat mereka manakala yang sebaliknya. Pada aku, aku lebih suka bergaul dengan yang tua pada aku maksudnya tak ada lah terlalu tua. Dalam 30 an mungkin. Sebab mereka ini masih ada lagi sikap remaja. Bukan aku tak sudi bergaul dengan kakak kakak super senior ni tapi tahu lah bila bergaul dengan mereka ada sahaja umpatan keji mereka terhadap orang lain yang disampaikan kepada aku. Aku sebetulnya tak suka mendengar kalau orang lain datang pada aku dan down habis habisan orang lain. Motif? Agak tangan letih buat kerja diganti kan pula dengan mulut. Sebab itu jangan ada yang tanya kenapa aku kurang bercampur gaul dengan peringkat yang super senior ini. Kadang manusia ni depan sahaja baik, menurut perintah tapi di belakang kau tahu apa yang mereka perkata kan pasal kau dengan golongan gred mereka? Aku dalam bilik khas mana aku nak dengar segala umpatan keji pasal aku kan?



Kalau lah aku jadi pengarah [berangan] tempat aku bekerja ini aku nak saja tukarkan konsep pengGREDan jawatan ini. Tak perlu di longgok kan sesuatu gred itu di sesuatu tempat. Biar becampur semua pekerja tanpa ikut gred jawatan. Sebab kalau aku pun berada di tempat mereka aku berasa macam hamba abdi sahaja yang menurut perintah TUAN mereka. Sebab aku tak suka persekitaran kerja yang negatif ini. Please aku tak suka cara pemisahan meja pekerja mengikut gred jawatan. Patut lah orang bawahan tak suka dengan orang atasan T.T

No comments:

Post a Comment