Hari ini hari jumaat. 1 Julai 2011. Hari yang paling bahagia yang telah sekian lama aku nanti kan. Kegembiraan melonjak seperti mana saat aku menerima keputusan mendapat Anugerah Ketua Jabatan semasa semester akhir di Politeknik dulu. Tak ada orang lain yang aku fikirkan dalam kepala aku ini melainkan mak aku. Ya! dia lah satunya yang harus menerima khabar gembira ini dulu. Sebab pada aku dia layak untuk mendapat berita ini setelah sekian lama berdoa mengharapkan yang terbaik untuk aku.
Gembira? Aku sangat bersyukur setelah sekian lama aku berdoa ini lah hadiah paling besar yang Allah dah berikan pada aku setakat ini. Doa yang pada aku memang memberikan tangisan gembira ketika ini. Telah lama aku doakan sesuatu seperti ini dan akhirnya hari jumaat yang penuh keberkatan ini Dia menghadiah kan apa yang aku minta.
Aku merayu, menangis, sujud memohon apa yang aku ingin kan. Aku rasa kan dulu Dia tak sayang aku sebab Dia mengambil masa yang terlalu lama untuk berikan aku hadiah ini. Betul lah kata ustaz yang pernah aku lihat dalam tv sebelum ini, mengatakan kalau doa kita itu lambat diperkenan kan oleh Allah sebenarnya Dia tersangat rindu hendak mendengar rintihan dan rayuan seseorang hambaNya. Benarlah. Allah itu Maha Mendengar. Doa aku telah dimakbulkan pada hari ini. Alhamdulillah. Syukur sangat. Tiada kata indah mampu aku ucapkan. Hanya tangisan kegembiraan sahaja yang mampu mengalir di sisi pipi wajah ku.
*Anugerah Ketua Jabatan sama seperti Dean List. Menerima anugerah sebab pointer above 3.5 :p
No comments:
Post a Comment