Thursday, June 9, 2011

Nak Tapi Tak Sedia

Salam




Apa yang nak? Penampar nak? Tak nak? Duk diam. Ni nak tapi tak sedia ni bukan macam apa korang tengah fikir. Lambat lagi aku nak kahwin ye. Haha.




Nak yang aku maksudkan ni dari segi pemakaian aku. Aku memang nak sangat berpenampilan menutup aurat yang memang nampak sangat macam muslimah sejati. Bukan nya maksud sekarang aku tak menutup aurat kekadang aurat aku ni macam tak sempurna je. Pakai je tudung tapi baju ketat jugak. Pakai je baju kurung tapi bila angkat tangan atau tangan digerak kan nampak jugak tangan tu. Pakai je tudung tapi stoking tak pakai. Rasa macam tak guna je aku bertudung tapi masih nampak aurat tu pada pandangan orang. Orang kata kalau nak makan biar bagi habis berdosa membazir. Begitu jugak dengan aurat. Buat penat aku betudung tapi masih nampak jugak aurat aku.


Teringin mahu berpenampilan begini,
Tapi tak ada lah tudung seperti ustazah.
Cuma yang penting kalau berfesyen harus lah tudung menutup dada.
Yang penting tudung menutup dada kan? Eh! maksud aku menutup aurat lah




Aku bukan nak kata aku baik kan. Tapi ye la, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Aku sedang cuba nak merubah. Tak nak terlalu drastik. Aku takut bila berubah drastik nanti dengan senang aku boleh berubah balik. Uishhhh, simpang. Kalau boleh memang tak nak jadi semua tu. Sekarang ni aku pakai baju kurung pun dah pakai sarung tangan. Tatau la mana datang nya niat nak pakai. Adui masa aku mula mula pakai memang agak janggal jugak kan sebab aku tak pernah sangat pakai sarung tangan bila pakai baju kurung, cuma aku pakai bila pakai baju lengan pendek dan harus aku pakai sarung tangan. Ni baju kurung pun nak pakai?




Untuk stoking aku belum lagi ada niat nak pakai. Memang nak pakai. Kalau boleh biarlah sempurna kan aurat tapi tu lah aku belum sedia lagi nak pakai stoking kalau aku ke mana mana. Tengok lah aku rasa aku dah dapat jiwa nak pakai stoking aku pakai la. Tudung sekarang ni aku macam 50-50 nak labuhkan ke tak. Kejap aku labuh kejap aku singkatkan, terutama bila aku pakai shawl kan. Kalau yang jenis tudung bawal tu memang aku labuhkan. tapi kalau shawl memang nampak dada. Tu pun aku tengah cuba cari fesyen shawl yang boleh tutup sampai ke dada. Haish boleh ke aku? huhu. Aku cuba. nak berubah bukan senang. Nak kena ada jiwa juga untuk berubah.




Ada yang menegur hairan kenapa aku memakai sarung tangan berbaju kurung.
Aku senyum je :)





Harap aku dapat la berubah sikit pemakaian aku ni walaupun tak sempurna. Aku kena beli baju yagn besar besar pulak lepas ni. Untuk jimat aku kena kurus kan la badan aku so tak payah aku beli baju baru. Muahahaha. Adoi! Harap aku boleh berubah lah kan. Doakan aku.

Tuesday, June 7, 2011

Cerita Dah Tamat

Salam.





Semalam aku ada cerita kan pasal aku diaibkan. Pagi tadi pukul 8 lebih kawan aku tu reply inbox aku kata sorry. Bukan niat dia nak malukan aku ke apa. Dan dia pun dah delete gambar aku yang tak bertudung tu. Terima kasih la kawan sebab delete gambar aku yang tak sepatut nya ditunjukkan pada public. Cerita dulu tak payah nak tunjuk. Itu cerita lama. Cerita baru bukak buku baru. Semuanya dah settle. Aku pun cakap elok elok dengan dia tak ada lah macam nak gaduh ke apa. Harap dia tak la fikir bukan bukan ke apa kan.



The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it.



Ye lah aku ni bukan lah baik sangat pun kan. Aku mengaku dulu aku free hair tak pakai tudung. Tapi itu dulu la kan. Aku cuba nak merubah jadi baik tapi bukan sempurna. Pada kawan yang ada gambar aku tak bertudung tu kalau nak upload mintak izin daripada aku dulu. Benda macam ni memang aku kisah. Sebab nya kalau aku dengan kau tengok tak pe la ini semua kawan kawan kau yang kenal tak kenal pun tengok aurat aku. Mintak maaf, yang ini memang aku kesah sekarang. Minta izin aku dulu ye. Kalau aku kata tak boleh sila hormat pendirian aku.



Ok daaa!~

Betul Punye. Tak Tipu!

Salam.





Sejak akhir akhir ni aku selalu perasan yang aku ada instinct yang betul. Maksudnya bila naluri aku kata begitu dan ia nya betul. Adakah aku ada kelebihan kuasa? Muahaha. Berangan sungguh!




Contoh macam hari tu aku nak mencari rumah seseorang tanpa menggunakan map or gprs sekalipun hanya menggunakan direction mulut dari tuan punya badan melalui telefon. Tapi biasa lah dah cakap guna mulut mana nak ingat direction suma. Ni kejadian bukan aku yang drive. Aku hanya memandu mulut saja duduk di belakang. Bila dah si driver tersalah belok aku lihat ada simpang dan instinct aku mengatakan itu lah simpang yang sepatutnya kita masuk. Ah! si driver tak nak lalu. Katanya tak mungkin macam jalan mati je. Dah penat pusing pusing, patah balik ke jalan tadi dengan niat tawakal je la. Kalau bukan itu jugak simpang balik je lah. Bila dah masuk simpang tu hah amik kau dah jumpa. Kan naluri aku betul.



Ikot jalan mati lu mati!




Lagi satu naluri aku selalu banyak berfikiran negatif dari positif. Sebab aku ni seorang yang selalu mementingkan keburukan dahulu sebelum kebaikan muncul. Contoh macam ada kawan aku ni dapat kerja jadi guru di pusat pendidikan apa ntah. Baru bukak. Dahulunya lot kedai tu pusat tuisyen tapi ntah macam mana kena tutup pulak. Kawan aku ni pulak dapat jawatan guru tu. Dan kau nak tahu bila dapat je jawatan tu kena bayar RM200 untuk seminar perguruan macam mana nak ajar budak budak tu nanti. RM200 tu akan dibayar kemudian. Aku tengok dekat offer letter tu tak ada pun no pendaftaran syarikat. Kalau betul pusat pendidikan tu cawangan ipoh dan menggunakan ibu pejabat di Melaka sebagai cawangan utama mesti ada nombor pendaftaran syarikat. Ini tak ada. Dah la mintak RM200 tu pada hari yang sama dapat jawatan tu. Kan ke tak macam gelojoh je? Seminar tu pulak akan diadakan esok nya. Aku cakap tak payah! Menipu je. No telefon yang dekat Melaka tu pun tak ada. Padahal head letter tu letak alamat yang kat Melaka tu. Kau tahu apa jadi lepas tu? pusat pendidikan tu tutup terus. Mana ada orang. Mana aku tahu? Sebab kawan bapak aku rumah dia depan lot kedai pusat pendidikan tu. Lega RM200 tak melayang. Tak tahu la berapa ramai lagi yang dah bayar. Kenyang. Yang aku sedih orang yang buka pusat pendidikan tu mamak. Ketiga nya perempuan Islam. Lantak korang kalau korang menipu jawab lah kat sana!




Lagi satu naluri aku bila nak mencari cardigan aku. Memang tak ada dalam almari aku. Ni dah sah kakak aku amik. Aku tanya dia tak ambil. Ah! naluri aku kata memang dia amik. Cari dalam almari dia pun tak ada. Cari punya cari aku cari kar kereta dia pulak. Sedap je dia sangkut kat seat dia. Ceh! muda muda dah nyanyuk.


ignore your doubt trust your instinct




Macam semalam aku pergi pasar malam. Aku nak derma kat orang cacat tu. Aku tak nak derma dekat anak yatim. Entah lah naluri aku kata macam aku nak derma kat orang cacat lagi. Tapi entah macam mana aku nak derma kat anak yatim tu. And kau tahu bila aku masuk je duit kat tabung anak yatim tu orang yang jaga tu ucap terima kasih. Slang nye macam bahasa indon. Tengok rupa macam orang indon. Aku tak tahu la betul ke tak tu untuk tabung anak yatim. Kalau betul aku ikhlas kan tapi kalau tak betul aku haram kan duit aku derma tu. Aku memang dah asing kan duit nak bagi kat anak yatim dengan orang cacat tu tapi entah lah kenapa aku masuk duit tu kat tabung anak yatim. Menyesal pulak duit yang sepatutnya aku asing kan tu tak bagi kat orang cacat. Tak apa la bukan rezeki dia. Tapi aku yakin sangat la yang jaga duit anak yatim tu memang slang indon la. Haish. Seolah macam niat aku tu jadi tak ikhlas pulak nak menderma. Yang ini instinct ni aku tak pasti betul ke tak. Nanti aku tengok minggu depan orang tu ada lagi ke tak. Redha je la. Kalau duit tu bukan untuk anak yatim aku haram kan duit tu. Jawab saja kat sana.





Banyak lagi yang aku dapat rasa naluri aku semuanya betul akhirnya. Hahaha. Tapi aku dah tak ingat. Lepas ni tak payah susah susah aku tanya bomoh kan? boleh tanya naluri aku je. Hahaha. Tak ada la cuma aku rasa apa yang aku fikirkan banyak yang kena. Tepat lak tu. huhu. Ok chow. Ada hal.

Monday, June 6, 2011

Aku diaibkan. Terima Kasih la

Salam.




Mood kurang baik hari ni. Rasa macam muka aku ni panas menahan marah. Aku macam nak pergi je dekat pompuan tuh dan cakap "Kau ada masalah dengan aku ke?"








Seriously aku tak faham apa masalah kau nak upload gambar tak bertudung aku dekat facebook kau. Gambar tu dah lama okey! Gambar masa praktikal. Dah 6 tahun punya gambar baru sekarang kau nak upload. Yang aku bengang lantak kau lah nak upload gambar tu pun tapi kau ada tanya aku boleh tak upload gambar aku tak bertudung?




Wadefak! Kepala letak kat celah kangkang kot. Lain kali tanya aku dulu. Mutual friend kau ngan aku banyak. Lagipun fikir lah sikit bongok mutual friend kau tu ada yang laki, yang laki tu pulak kenal aku. Apa yang dorang fikir bila dorang tengok aku tak bertudung? Dorang bukan tahu gambar tu 6 tahun lepas? Sebab kau baru je upload gambar tu about an hour ago. Cilaka la dulu kau tak nak pulak upload. Yang kau upload semua gambar yang mengaibkan aku tak bertudung kenapa?. Padahal aku ada album tu, banyak lagi gambar lain kau boleh upload. Kenapa kau nak upload banyak sangat gambar aku yang boleh mengaibkan aku tak bertudung? Gambar aku berendam kat kolam renang pulak tu, padahal kau boleh je upload gambar lain yang ada kena mengena dengan tajuk album kau kursus di sungai petani. Apsal kau nak letak gambar aku berendam kat swimming pool? Gambar kawan kawan lain banyak je boleh kau letak. Gambar kau dalam bilik dengan baju tak ade lengan apsal kau tak letak? Malu? Kau letak gambar aku tak bertudung berendam dalam pool tak malukan aku pulak? Obvious gila dalam album tu kebanyakannya gambar aku.





Serius aku macam benci je tengok kau upload gambar macam tu. Aku rasa kau memang ada something yang tak puas hati dengan aku kan? Ikot hati aku nak je aku upload gambar memalu kan kau tu. Aku dah inbox. Aku tunggu esok. Kalau kau tak delete jugak gambar aku tu memang kau nak kena. Sumpah! aku buat kau malu lebih dari aku rasa sekarang.

Sunday, June 5, 2011

Kawan Pun Macam Adik Beradik Juga Bagai Air Dicincang Tiada Putus

Salam.




Aku ah macam tak ade masa je nak update blog ni. Semakin sibuk aku pulak aku. Baru ni aku dapat bukak en.blog kesayangan. Maaf kan i ye sayang. Sorry i tinggalkan u kejap. I busy dengan kerja. Cuti pulak i sibuk dengan kenduri kahwin. Hukhuk.




Ramai betul ye orang kahwin cuti sekolah ni? Cuti sekolah 3 minggu ni memang full jadual aku pergi kenduri. Ramai kawan aku yang dah selamat jadi bini / suami orang. Seronok la kome. Dah kahwin. Best kot? Hahaha. Erk? Macam aku tau je seronok ke tak kan? Pape pun pada yang aku tak dapat datang kenduri tu minta maaf sangat sebab bukan semua aku leh dapat pergi. Kalau aku ada kuasa terbang dah lama aku pergi semua kenduri. Maaf ye kawan.





Kadang aku hairan bila ada jugak orang yang berfikiran bila aku datang kenduri kau, kau wajib / mesti datang kenduri aku pulak. Kalau kau tak datang jangan harap aku nak datang. Buat apa aku nak datang, kenduri aku pun kau tak datang?




Amboi, kemain lagi. Bukan nya sengaja tak nak datang kenduri kau, tapi mungkin ada hal yang tak boleh di elak kan. Kalau kesihatan tak sihat masa tu tak kan nak datang jugak. Kalau ada sepupu atau sedara mara yang kahwin tak kan nak datang jugak. Memang la kau tu kawan aku tapi faham la sikit dan terima la alasan kenapa tak boleh datang. Jangan la sampai simpan dendam. Pelik aku dengan orang macam ni. Lantak kau lah kan nak fikir ape. Aku dah tak peduli.




Semalam aku pergi kenduri kawan aku di Sungkai, Perak. Kawan baik jugak. Itu memang aku kena pergi kalau tidak mengamuk kot. Hehehe. Tapi ye lah dia tu memang teman rapat aku so aku kena la bersama meraikan hari bahagia dia. Bukan saja hari bahagia dia malah hari bahagia aku jugak. Kenapa? Sebab nya masa kenduri kawan aku tu jugak aku dah berbaik dengan salah seorang kawan aku. Dulu ada la sedikit salah faham hampir 2 tahun jugak la tak contact kan. Tapi tu lah bila masing masing dah matang perkara bodoh macam tu dah lupa. Dan aku tengok dari reaksi dia tak ada lah dia membenci aku. Tak ada lah nampak sangat dia teringat kisah lama. Sumpah tak ada. Siap dia mesej aku lagi tanya datang ke tak kenduri kahwin kawan aku ni. Mana la aku nak balas sebab dia mesej tu nombor lama aku yang dah tak pakai dah. Hehehe. So kira dah tak ingat la lagi persilisihan faham dulu. Alhamdulillah masing masing dah sedar kesilapan sendiri.




So moral of the story bak kata Amir Maharajalawak aku nak tido sebab aku penat sangat dengan kenduri kahwin orang. Hahahaha. Bukan! aku just nak bagitahu hargailah kawan kita selagi kita masih bernafas. Kalau bergaduh tu minta maaf la balik. Tak kemana pun kalau kau nak sombong kan. Dia tu kawan kau jugak. Kawan susah senang. Jangan mudah lupa masa assingment kau tak siap dia lah tempat kau copy. Masa kau sakit dia la yang hantar kau pergi klinik. Ingat lah masa susah yang pernah dia tolong kau dengan itu kau memang berat hati nak tinggalkan kawan macam itu. Terima kasih kawan. Aku gembira bila kau tak membenci aku sebab aku tak nak hidup dibenci orang.

Friday, June 3, 2011

Salam.




Baru aku tahu kenapa Dato Siti Nurhaliza sampai sekarang tak nak bertudung litup dengan sempurna. Yelah pergi umrah dan haji sudah banyak kali tapi tiap kali balik Malaysia tak pernah nak menutup aurat dengan sempurna. Korang yang duk mengata dia tu sempurna sangat ke aurat korang tu?. Kalau setakat pakai tudung tapi kain terbelah nampak betis baik kau bukak je tudung kau tu. Kadang berbulu mata aku tengok perempuan spisis macam ni kepala betutup kemas siap tutup dada kau! Tapi kain terbelah nampak betis kau yang berlemak tu. Elok kau bogel je lagi bagus.




Pada aku Siti ni memang ada niat nak berubah. Maksud aku mungkin dari hati? Atau insyaallah penampilan juga. Kau tahu kenapa dia tak nak bertudung litup dengan sempurna? Sebab dia tak bersedia. Apa kau ingat senang nak merubah penampilan? Kalau hati kau tak ikhlas nak membuat perubahan baik kau jangan. Apatah lagi perubahan kau tu merubah pada yang baik. Pada aku biarlah hati dia sudah dibersihkan sesucinya dulu dan kemudian bila hati sudah bersedia kau tak payah nak paksa dia bertudung litup sempurna dia sendiri yang akan lakukan. Yang merubah nya hati bukan penampilan. Kalau takat penampilan kau bertudung labuh pakai stoking bagai tapi hati kau kotor macam loji indahwater pergi jahanam. Orang nampak kebaikan kau pada hati bukan pada tudung labuh yang kau pakai. Ingat! nak merubah biar hati dulu bukan pada pakaian. Pakaian tu akan ikut kemudian. Dengan ikhlas tanpa paksa rela. Jadi aku nasihatkan pada peminat atau pengkutuk Siti tak payah la nak obses sangat suruh dia bertudung sempurna kau pun bukan bagus sangat. Kau kutuk dia pun ada dia kisah? Bukan kau bagi dia makan pun!




Aku bukan lah nak bodek sangat Siti tu. Bukan aku dapat apa pun aku tulis entri ni pasal dia. Bukan dia kenal aku pun. Tapi aku just nak bagitahu tak payah la sangat nak tunjuk baik nak perbetulkan orang. Kau sendiri pun tak betul jangan nak betul kan orang. Kau tu dah macam ibu ketam mengajar anak nya berjalan lurus padahal kau yang jalan senget. Faham? Sebenarnya kalau seseorang itu nak merubah patut kau beri sokongan moral kat dia. Nasihat dia yang berbentuk kebaikan bukannya kutukan. Basuh hati nya sebersih bersih nya baru lah nanti dapat membentuk muslimah yang soleh solehah. Penampilan tu memang penting tapi pada aku hati tu yang penting. Nak berubah kebaikan bukan senang. Mengambil masa. Kadang makan bertahun juga. Bergantung.



“ Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan”



Ingat kita sesama hamba muslim hendak lah menjalankan tanggungjawab kita kepada orang sebigini yang memerlukan tunjuk ajar. Aku ingat lagi petikan filem Nur Kasih The Movie di mana Adam sebagai penceramah bebas mengajar anak anak melayu yang liar yang telah menyimpang jauh dari islam. Adam cuba untuk mengembalikan dorang jalan balik. Sebagai satu langkah Adam menjemput seorang Ustaz untuk menerangkan pasal Puasa (kalau tak silap). Bila ustaz tu tengok budak budak yang liar tu tadi (mereka yang akan dengar ceramah) lansung ustaz tu cancel ceramah sebab nya ada budak budak tu duduk bercampur laki dan perempuan. Yang perempuan tak pakai tudung. Disuruhnya ustaz tu pula perempuan dipakai tudung. Disebabkan penampilan budak budak tu yang tak menutup aurat ustaz tu tak nak bagi ceramah. Macam ni tak boleh lah ustaz. Kalau dah ustaz pun tak nak merubah anak anak yang terliar ini kembali ke pangkal jalan Allah siapa lagi?






Tiada seorang manusia pun yang dapat masuk ke surga melainkan mereka menjalankan tugas sebagai seorang rasul dan pesuruh Allah.....

Thursday, June 2, 2011

Salam.




Ada 2 jenis lelaki dalam dunia ni.
1. Lelaki yang nak buat kau jadi girlfriend.
2. Lelaki yang nak buat kau jadi isteri




Lelaki yang nak buat kau jadi girlfriend
Lelaki jenis ini kebanyakanya nak body kau je. Cinta? Tak ada makna dia nak cinta kan kau sepenuh jiwa. Kau hanya girlfriend dia je bukannya bini dia pun. Selalunya lelaki begini nak one night stand dengan kau. Mula mula dia ayat kau, couple dengan kau lepas tu pegang tangan, cium pipi, comolot, kemudian tangan mula meraba seluruh badan bila dah stim haaa amik body kau tergadai. Mula mula ringan ringan lama lama berat berat. Hello lelaki ni buat kau girlfriend je kot bila bila masa je dia boleh cari lain. Yang kau bangang sangat pergi serah body kau macam confirm dia jadi suami kau kenapa?!. Nafsu kan? Siapa boleh tahan? Lantak kau! Dosa tanggung sendiri! Bila dah kena tinggal baru kau nak menyesal tak ada dara! Kesian suami kau orang lain dah rasa dulu.




Lelaki yang nak buat kau jadi isteri
Lelaki jenis macam ni aku respect sebab dia tahu menahan nafsu sebelum nikah. Ada orang macam ni? Tak banyak. Aku gerenti kalau ada pun tak banyak. Kalau yang dapat jenis macam ni kira kau beruntung. Lelaki macam ni bukannya nak body kau sangat dia nak cinta kau. Cinta kepada agamanya, tuhannya, nabinya, keluarga nya. Untuk apa? Untuk dia bawa kau bersama ke syurga. Tapi kalau lelaki yang jenis nombor 1 tapi teringin nak beristerikan wanita solehah jadah lah kan. Pandai kau rosak kan anak dara orang tapi bini nak solehah. Biasalah manusia bila hidup mahukan yang terbaik tapi diri sendiri tak nak berubah kepada kebaikan. Tak apa tuhan sendiri dah aturkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Apa kau nak risau? Jika wanita itu solehah sekalipun tapi berlaki kan macam setan kau tahu ke apa hikmahnya kau berlaki kan sebegitu. Mana tahu setelah kau kahwin dengan suami macam setan tu berubah jadi alim? Hati manusia tiada siapa yang tahu. Manusia boleh berubah.  Apa yang dirancang ada seba musabab nya. Jangan nak mengeluh. Sebab bila kau diuji kau adalah hamba yang istimewa sebab terpilih untuk diuji.




Okey! Aku malas nak tulis banyak sebab masing masing ada akal dah boleh bezakan lelaki yang macam mana korang patut cari nak buat SUAMI.