Thursday, June 9, 2011

Nak Tapi Tak Sedia

Salam




Apa yang nak? Penampar nak? Tak nak? Duk diam. Ni nak tapi tak sedia ni bukan macam apa korang tengah fikir. Lambat lagi aku nak kahwin ye. Haha.




Nak yang aku maksudkan ni dari segi pemakaian aku. Aku memang nak sangat berpenampilan menutup aurat yang memang nampak sangat macam muslimah sejati. Bukan nya maksud sekarang aku tak menutup aurat kekadang aurat aku ni macam tak sempurna je. Pakai je tudung tapi baju ketat jugak. Pakai je baju kurung tapi bila angkat tangan atau tangan digerak kan nampak jugak tangan tu. Pakai je tudung tapi stoking tak pakai. Rasa macam tak guna je aku bertudung tapi masih nampak aurat tu pada pandangan orang. Orang kata kalau nak makan biar bagi habis berdosa membazir. Begitu jugak dengan aurat. Buat penat aku betudung tapi masih nampak jugak aurat aku.


Teringin mahu berpenampilan begini,
Tapi tak ada lah tudung seperti ustazah.
Cuma yang penting kalau berfesyen harus lah tudung menutup dada.
Yang penting tudung menutup dada kan? Eh! maksud aku menutup aurat lah




Aku bukan nak kata aku baik kan. Tapi ye la, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Aku sedang cuba nak merubah. Tak nak terlalu drastik. Aku takut bila berubah drastik nanti dengan senang aku boleh berubah balik. Uishhhh, simpang. Kalau boleh memang tak nak jadi semua tu. Sekarang ni aku pakai baju kurung pun dah pakai sarung tangan. Tatau la mana datang nya niat nak pakai. Adui masa aku mula mula pakai memang agak janggal jugak kan sebab aku tak pernah sangat pakai sarung tangan bila pakai baju kurung, cuma aku pakai bila pakai baju lengan pendek dan harus aku pakai sarung tangan. Ni baju kurung pun nak pakai?




Untuk stoking aku belum lagi ada niat nak pakai. Memang nak pakai. Kalau boleh biarlah sempurna kan aurat tapi tu lah aku belum sedia lagi nak pakai stoking kalau aku ke mana mana. Tengok lah aku rasa aku dah dapat jiwa nak pakai stoking aku pakai la. Tudung sekarang ni aku macam 50-50 nak labuhkan ke tak. Kejap aku labuh kejap aku singkatkan, terutama bila aku pakai shawl kan. Kalau yang jenis tudung bawal tu memang aku labuhkan. tapi kalau shawl memang nampak dada. Tu pun aku tengah cuba cari fesyen shawl yang boleh tutup sampai ke dada. Haish boleh ke aku? huhu. Aku cuba. nak berubah bukan senang. Nak kena ada jiwa juga untuk berubah.




Ada yang menegur hairan kenapa aku memakai sarung tangan berbaju kurung.
Aku senyum je :)





Harap aku dapat la berubah sikit pemakaian aku ni walaupun tak sempurna. Aku kena beli baju yagn besar besar pulak lepas ni. Untuk jimat aku kena kurus kan la badan aku so tak payah aku beli baju baru. Muahahaha. Adoi! Harap aku boleh berubah lah kan. Doakan aku.

No comments:

Post a Comment