Tuesday, June 7, 2011

Cerita Dah Tamat

Salam.





Semalam aku ada cerita kan pasal aku diaibkan. Pagi tadi pukul 8 lebih kawan aku tu reply inbox aku kata sorry. Bukan niat dia nak malukan aku ke apa. Dan dia pun dah delete gambar aku yang tak bertudung tu. Terima kasih la kawan sebab delete gambar aku yang tak sepatut nya ditunjukkan pada public. Cerita dulu tak payah nak tunjuk. Itu cerita lama. Cerita baru bukak buku baru. Semuanya dah settle. Aku pun cakap elok elok dengan dia tak ada lah macam nak gaduh ke apa. Harap dia tak la fikir bukan bukan ke apa kan.



The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it.



Ye lah aku ni bukan lah baik sangat pun kan. Aku mengaku dulu aku free hair tak pakai tudung. Tapi itu dulu la kan. Aku cuba nak merubah jadi baik tapi bukan sempurna. Pada kawan yang ada gambar aku tak bertudung tu kalau nak upload mintak izin daripada aku dulu. Benda macam ni memang aku kisah. Sebab nya kalau aku dengan kau tengok tak pe la ini semua kawan kawan kau yang kenal tak kenal pun tengok aurat aku. Mintak maaf, yang ini memang aku kesah sekarang. Minta izin aku dulu ye. Kalau aku kata tak boleh sila hormat pendirian aku.



Ok daaa!~

No comments:

Post a Comment