Sejak akhir akhir ni aku selalu perasan yang aku ada instinct yang betul. Maksudnya bila naluri aku kata begitu dan ia nya betul. Adakah aku ada kelebihan kuasa? Muahaha. Berangan sungguh!
Contoh macam hari tu aku nak mencari rumah seseorang tanpa menggunakan map or gprs sekalipun hanya menggunakan direction mulut dari tuan punya badan melalui telefon. Tapi biasa lah dah cakap guna mulut mana nak ingat direction suma. Ni kejadian bukan aku yang drive. Aku hanya memandu mulut saja duduk di belakang. Bila dah si driver tersalah belok aku lihat ada simpang dan instinct aku mengatakan itu lah simpang yang sepatutnya kita masuk. Ah! si driver tak nak lalu. Katanya tak mungkin macam jalan mati je. Dah penat pusing pusing, patah balik ke jalan tadi dengan niat tawakal je la. Kalau bukan itu jugak simpang balik je lah. Bila dah masuk simpang tu hah amik kau dah jumpa. Kan naluri aku betul.
Ikot jalan mati lu mati! |
Lagi satu naluri aku selalu banyak berfikiran negatif dari positif. Sebab aku ni seorang yang selalu mementingkan keburukan dahulu sebelum kebaikan muncul. Contoh macam ada kawan aku ni dapat kerja jadi guru di pusat pendidikan apa ntah. Baru bukak. Dahulunya lot kedai tu pusat tuisyen tapi ntah macam mana kena tutup pulak. Kawan aku ni pulak dapat jawatan guru tu. Dan kau nak tahu bila dapat je jawatan tu kena bayar RM200 untuk seminar perguruan macam mana nak ajar budak budak tu nanti. RM200 tu akan dibayar kemudian. Aku tengok dekat offer letter tu tak ada pun no pendaftaran syarikat. Kalau betul pusat pendidikan tu cawangan ipoh dan menggunakan ibu pejabat di Melaka sebagai cawangan utama mesti ada nombor pendaftaran syarikat. Ini tak ada. Dah la mintak RM200 tu pada hari yang sama dapat jawatan tu. Kan ke tak macam gelojoh je? Seminar tu pulak akan diadakan esok nya. Aku cakap tak payah! Menipu je. No telefon yang dekat Melaka tu pun tak ada. Padahal head letter tu letak alamat yang kat Melaka tu. Kau tahu apa jadi lepas tu? pusat pendidikan tu tutup terus. Mana ada orang. Mana aku tahu? Sebab kawan bapak aku rumah dia depan lot kedai pusat pendidikan tu. Lega RM200 tak melayang. Tak tahu la berapa ramai lagi yang dah bayar. Kenyang. Yang aku sedih orang yang buka pusat pendidikan tu mamak. Ketiga nya perempuan Islam. Lantak korang kalau korang menipu jawab lah kat sana!
Lagi satu naluri aku bila nak mencari cardigan aku. Memang tak ada dalam almari aku. Ni dah sah kakak aku amik. Aku tanya dia tak ambil. Ah! naluri aku kata memang dia amik. Cari dalam almari dia pun tak ada. Cari punya cari aku cari kar kereta dia pulak. Sedap je dia sangkut kat seat dia. Ceh! muda muda dah nyanyuk.
ignore your doubt trust your instinct |
Macam semalam aku pergi pasar malam. Aku nak derma kat orang cacat tu. Aku tak nak derma dekat anak yatim. Entah lah naluri aku kata macam aku nak derma kat orang cacat lagi. Tapi entah macam mana aku nak derma kat anak yatim tu. And kau tahu bila aku masuk je duit kat tabung anak yatim tu orang yang jaga tu ucap terima kasih. Slang nye macam bahasa indon. Tengok rupa macam orang indon. Aku tak tahu la betul ke tak tu untuk tabung anak yatim. Kalau betul aku ikhlas kan tapi kalau tak betul aku haram kan duit aku derma tu. Aku memang dah asing kan duit nak bagi kat anak yatim dengan orang cacat tu tapi entah lah kenapa aku masuk duit tu kat tabung anak yatim. Menyesal pulak duit yang sepatutnya aku asing kan tu tak bagi kat orang cacat. Tak apa la bukan rezeki dia. Tapi aku yakin sangat la yang jaga duit anak yatim tu memang slang indon la. Haish. Seolah macam niat aku tu jadi tak ikhlas pulak nak menderma. Yang ini instinct ni aku tak pasti betul ke tak. Nanti aku tengok minggu depan orang tu ada lagi ke tak. Redha je la. Kalau duit tu bukan untuk anak yatim aku haram kan duit tu. Jawab saja kat sana.
Banyak lagi yang aku dapat rasa naluri aku semuanya betul akhirnya. Hahaha. Tapi aku dah tak ingat. Lepas ni tak payah susah susah aku tanya bomoh kan? boleh tanya naluri aku je. Hahaha. Tak ada la cuma aku rasa apa yang aku fikirkan banyak yang kena. Tepat lak tu. huhu. Ok chow. Ada hal.
No comments:
Post a Comment