Baru aku tahu kenapa Dato Siti Nurhaliza sampai sekarang tak nak bertudung litup dengan sempurna. Yelah pergi umrah dan haji sudah banyak kali tapi tiap kali balik Malaysia tak pernah nak menutup aurat dengan sempurna. Korang yang duk mengata dia tu sempurna sangat ke aurat korang tu?. Kalau setakat pakai tudung tapi kain terbelah nampak betis baik kau bukak je tudung kau tu. Kadang berbulu mata aku tengok perempuan spisis macam ni kepala betutup kemas siap tutup dada kau! Tapi kain terbelah nampak betis kau yang berlemak tu. Elok kau bogel je lagi bagus.
Pada aku Siti ni memang ada niat nak berubah. Maksud aku mungkin dari hati? Atau insyaallah penampilan juga. Kau tahu kenapa dia tak nak bertudung litup dengan sempurna? Sebab dia tak bersedia. Apa kau ingat senang nak merubah penampilan? Kalau hati kau tak ikhlas nak membuat perubahan baik kau jangan. Apatah lagi perubahan kau tu merubah pada yang baik. Pada aku biarlah hati dia sudah dibersihkan sesucinya dulu dan kemudian bila hati sudah bersedia kau tak payah nak paksa dia bertudung litup sempurna dia sendiri yang akan lakukan. Yang merubah nya hati bukan penampilan. Kalau takat penampilan kau bertudung labuh pakai stoking bagai tapi hati kau kotor macam loji indahwater pergi jahanam. Orang nampak kebaikan kau pada hati bukan pada tudung labuh yang kau pakai. Ingat! nak merubah biar hati dulu bukan pada pakaian. Pakaian tu akan ikut kemudian. Dengan ikhlas tanpa paksa rela. Jadi aku nasihatkan pada peminat atau pengkutuk Siti tak payah la nak obses sangat suruh dia bertudung sempurna kau pun bukan bagus sangat. Kau kutuk dia pun ada dia kisah? Bukan kau bagi dia makan pun!
Aku bukan lah nak bodek sangat Siti tu. Bukan aku dapat apa pun aku tulis entri ni pasal dia. Bukan dia kenal aku pun. Tapi aku just nak bagitahu tak payah la sangat nak tunjuk baik nak perbetulkan orang. Kau sendiri pun tak betul jangan nak betul kan orang. Kau tu dah macam ibu ketam mengajar anak nya berjalan lurus padahal kau yang jalan senget. Faham? Sebenarnya kalau seseorang itu nak merubah patut kau beri sokongan moral kat dia. Nasihat dia yang berbentuk kebaikan bukannya kutukan. Basuh hati nya sebersih bersih nya baru lah nanti dapat membentuk muslimah yang soleh solehah. Penampilan tu memang penting tapi pada aku hati tu yang penting. Nak berubah kebaikan bukan senang. Mengambil masa. Kadang makan bertahun juga. Bergantung.
“ Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan”
Ingat kita sesama hamba muslim hendak lah menjalankan tanggungjawab kita kepada orang sebigini yang memerlukan tunjuk ajar. Aku ingat lagi petikan filem Nur Kasih The Movie di mana Adam sebagai penceramah bebas mengajar anak anak melayu yang liar yang telah menyimpang jauh dari islam. Adam cuba untuk mengembalikan dorang jalan balik. Sebagai satu langkah Adam menjemput seorang Ustaz untuk menerangkan pasal Puasa (kalau tak silap). Bila ustaz tu tengok budak budak yang liar tu tadi (mereka yang akan dengar ceramah) lansung ustaz tu cancel ceramah sebab nya ada budak budak tu duduk bercampur laki dan perempuan. Yang perempuan tak pakai tudung. Disuruhnya ustaz tu pula perempuan dipakai tudung. Disebabkan penampilan budak budak tu yang tak menutup aurat ustaz tu tak nak bagi ceramah. Macam ni tak boleh lah ustaz. Kalau dah ustaz pun tak nak merubah anak anak yang terliar ini kembali ke pangkal jalan Allah siapa lagi?
Tiada seorang manusia pun yang dapat masuk ke surga melainkan mereka menjalankan tugas sebagai seorang rasul dan pesuruh Allah.....
No comments:
Post a Comment