Tuesday, May 31, 2011

Makin Menjadi Pulak Kau Ni!

Salam




Apehal lak kau ni? Asal macam makin menjadi plak kau nak kacau aku ni? Aku dah tak nak kat kau lagi lah. Nape nak kacau aku lagi? Aku tak layan mesej kau sibuk pulak call aku. Kau kenapa? Hilang akal? Ke memang dah gila?




Kau jangan sampai aku publish url facebook kau kat wall aku.
Kau jangan sampai aku buruk kan nama kau kat wall aku.
Ingat sikit kau tu satu sekolah dengan aku.
Ingat sikit mutual friend kau dengan aku banyak.
Jangan sampai semua orang tahu perangai setan kau tu.
Kau sendiri jugak yang malu.
Aku ada bukti yang boleh jatuh kan maruah kau kalau aku nak buat!
Jangan ingat kau kerja kat radio semua orang ingat kau baik.
Baik babih kau!
Kalau setakat tempat kerja kau tu sedara aku belambak kerja kat situ.
Anytime aku boleh suruh bapak aku cerita perangai setan kau tu dekat sedara aku.
Sedara aku lagi senior dari kau!
Lahanat betol la kau ni!
Macam hanjing dah ludah jilat balik.

Monday, May 30, 2011

Color Apa Nak Pakai Ek?

Salam



Aku ni kalau nak pergi mana pun yang melibatkan pemakaian baju mesti aku akan termenung panjang berfikir nak pakai baju warna apa ek? Warna ni sesuai ke tak dengan kulit aku yang agak macam putih tipu ni. Kadang warna baju ni memainkan peranan penting tau untuk mood seseorang tu. Aku ada lah terlihat dekat facebook Heliza Helmi tentang pemilihan warna pakaian mengikut hari. Haaa? Nak pakai baju pun ada warna tersendiri? Aku pun sebelum ni memang tak endah pun pasal warna sebab aku main pakai je. Mana yang aku rasa baju tu macam dah lama tak pakai so aku pakai. Mana baju tu yang aku rasa nampak macam bidadari [orang yang pandang aku sampai tak cukup nak pandang sekali] aku pakai. Hahaha. Okey! ni aku nak kongsi warna apa yang patut korang pakai untuk hari tu.




Isnin - Putih
Hari paling sesuai untuk mencetuskan idea baru, merangsang semangat dan melahirkan keazaman baru. Isnin juga hari terbaik untuk menyelesaikan segala masalah yang tertunggak , kerana penyelesaian pada hari Isnin adalah lebih kreatif dan efisyen.


Selasa - Pink
Hari warna kasih sayang. Amat sesuai digunakan pada hari selasa. Lelaki pun boleh pakai warna pink. jugak! Tak de masalah punya. Warna pink juga mampu meningkatkan kuasa pujukan terhadap seseorang. Tak kiralah samada pujuk anak yang degil ke, kekasih yang nakal ke, atau pesakit yang mahu bunuh diri. Kalau nak date pada hari ni pun boleh. Kata kasih sayang? Hehehe




Rabu -  Biru
Hari yang amat sesuai untuk berucap, berkata-kata, berhujah, bersidang, bermesyurat, berpidato dan sebagainya. Aku rasa kalau ada interview pun okey jugak sebab boleh meningkatkan tahap keyakinan bila berkata kata. Kan?



Khamis - Kuning / Oren
kuning ialah warna rangsangan sistem penghadaman. Kemuncak warna kuning ialah sepanjang siang hari. Disebabkan itu, dinasihatkan agar pada hari khamis ini kita tidak makan terlalu banyak pada waktu siang untuk memberi peluang sistem penghadaman menjalankan fungsi dengan sepenuhnya. Digalakkan puasa pada hari khamis! 

oren pula ialah warna kesuburan, hormon dan sistem reproduksi. Warna oren merangsang sistem kesuburan lalaki dan wanita. Oleh itu, hari khamis ialah hari yang terbaik untuk merancang zuriat yang sihat. Itu pasal la digalakkan ehem ehem pada hari khamis malam Jumaat. Opssss.....



Jumaat - Hijau
didapati aktiviti klorofil sangat aktif dan membebaskan oksigen pada tahap yang paling maksimum. Kemuncak aktiviti klorofil berlaku pada waktu tengah hari iaitu sejam setelah matahari tergelincir ke barat (sejam setelah solat Jumaat). Pakaian warna hijau la amat sesuai dipakai pada hari Jumaat, kerana hijau ialah tahap vibration yang menyamai tenaga yang merangsang fungsi Jantung



Sabtu - Merah
hari yang paling sesuai untuk keluar bersosial, berjumpa rakan-rakan dan saudara mara di samping menjalankan aktiviti seperti bersukan. Warna yang sesuai untuk hari sabtu ialah warna merah. Warna merah ialah warna yang menyamai vibration bahagian Usus, Otot, Darah, Tulang dan Saraf. Organ yang berwarna merah ini banyak menjalankan aktiviti fizikal tubuh.



Ahad - Hitam
hari yang sesuai untuk beristirehat. Sebaik-baiknya bercutilah pada dari Ahad. Hari rehat ini ialah hari terbaik untuk bersama keluarga tercinta. Menjalankan sebarang aktiviti terutamanya aktiviti lasak hanya akan mendatangkan kemudaratan terhadap tubuh. Memandangkan hari Ahad mempunyai penyerakkan zarah yang tidak stabil, pakaian berwarna mengelakkan dari daripada terdedah kepada golombang asing yang boleh memudaratkan.




Disebabkan aku baru tahu so hari ini aku tak ada lah pakai baju putih. Sebab aku memang tak ada kot baju kurung putih. Esok aku akan pakai baju Pink. Warna kasih sayang. Mesti esok ramai yang menyayangi aku. Hahahaha! Okey aku nak print table color ni nak lekat kat dinding so nanti aku tak lupa nak pakai baju warna apa. :)
Bye!

Saturday, May 28, 2011

Pehal Kau Ni?

Salam.




Semalam aku ke taiping macam biasa pekena yong tau fu dengan family. Boleh dikatakan tiap minggu kami akan ke sana makan makanan tu. Dah jadi ketagih pulak kan makan yong tau fu. Bukan apa yong tau fu sana memang sedap. Kuah dia pehhh wa cakap lu memang pekat dan sedap. Yang penting murah. Memang berbaloi la kan kau makan kat situ.


Terbaikkkkk..




Okey! Sebenarnya bukan itu yang aku nak cerita. Ni aku nak cerita tentang lelaki physco yang pernah aku cerita dulu kan. Apehal lak aku asyik nak cerita pasal dia kan? Macam dah tak ada bahan lain aku nak cerita. Ke kau memang tak boleh lupa dia? Jadah la weh, kau ingat aku ada hati kat dia lagi ke? Minta maaf la aku memang dah tak ada hati lansung dengan jantan tu. Tapi entah macam mana aku rasa semakin aku membenci jantan tu makin tu pulak dia datang balik pada aku. Macam anjing la kau. Dah meludah pergi jilat balik. Apa kau tak reti bahasa ke masa aku nak putus dengan kau dulu aku tak nak ambil tahu sikit pun pasal kau tahu? Yang kau terhegeh sangat contact aku balik kenapa? Macam hanjing!





Melalut sudah. Lari dari plot yang aku nak cerita. Hahaha. Asyik memaki je aku. Lepas aku balik dari taiping aku sampai rumah kul 8.40 pm macam tu. Aku tak balik rumah pun just hantar mak dengan abah. Aku dengan kakak aku nak pergi The Store ada sale 80% hokey! Sempat gi tu. Yela lagipun kakak aku esok nya nak masuk maktab so dia nak beli barang sikit. So aku drive la. Masa aku tengah drive tu aku dapat mesej Salam, hye awak siap hantar mesej ni 2 nombor lagi tu celcom dengan maxis. Aku tengok nombor. Macam kenal. Aku tak save pun nombor dia. Perlu ke aku nak save nombor dia dalam hand phone aku? Gi mampos dulu. Babih. Haram jadah. Hanjing betol mamat ni ada hati mesej aku balik. Muka kau taruk mana? Celah buntot agak nya. Celaka! Aku tak reply. Aku mengomel dekat kakak aku. Terbuka rahsia kenapa aku putus dengan dia pulak. Hahaha.





Itu tak pe lagi aku tak reply mesej dia kan. So lepas je aku teman kakak aku pergi beli barang dalam 10.30 aku keluar lagi dengan kawan aku. Ajak minum pulak. Haish sabar je la.. Ikut kan hati malas nak keluar tapi kesian sebab tak jadi tengok movie dengan dia so keluar je lah. Jalan punya jalan mencari port nak minum terlajak aku dekat tambun. Sampai satu simpang traffic light X-Treme aku nampak kereta myvi yang macam aku kenal. Aku tengok no plat aku macam ingat ingat lupa. Pergi depan sikit tengok pulak rim kereta dia color merah. Peh! sah memang dia. Terus aku undur sikit kereta aku nyorok sebelah lori. Actually masa di perhentian trafic light tu kira nya lori tu tengah tengah, dia sebelah kanan, aku sebelah kiri so aku menyorok di sebalik lori bila aku cam sangat itu memang dia. Tapi aku pelik kenapa dia terus je? Padahal rumah dia simpang sebelah kiri tempat yang aku berhenti tu? Ahh! lantak la bukan hal aku lagi. Tapi memang pellik lah dalam banyak banyak orang pasal ape aku terjumpa dia. Kawan aku pun pelik pasal aku undur kereta aku tu. Hehehe lantak kau la wan. Ingat aku kantoi dengan boyfriend la tu. Ceh tak da makna. Tapi memang pelik la dia mesej aku lebih kurang 9 mlm tu then terjumpa kat jalan 11 lebih. Tak kebetulan ke tu? Jangan kata aku dengan dia ada jodoh. Tak nak aku jantan macam tu. Wadefak!




p/s : Masih lagi pelik ni. =.='

Friday, May 27, 2011

Sorry, I'm Not Beautiful Enough For You

Salam




Aku tidak secantik bidadari syurga, cuma aku bersyukur dibentukkan wajah sebigini rupa kerana aku takot jika aku cantik aku menjadi riak. Dengan begini aku tahu pasti ada mata yg memandang ikhlas bukan hanya nafsu semata.

Thursday, May 26, 2011

Tiada Tajuk.

Aku sekarang sedang mengalami simpton kemarahan yang sangat super dasyat.
Entah kenapa ada saja yang buat kan aku marah.
Maaf! aku tak dapat kawal diri aku!
Aku pun tak tahu kenapa.
Aku bukan macam ni.

Wednesday, May 25, 2011

Kemain Lagi Yer

Salam




Kemain lagi kau yer. Masa nak ngorat dulu kemain lagi ayat manis bagai. Belum dapat lah kata kan. Tapi bila kau dah dapat perempuan tu tak de makna nya kau nak bermanis mulut lagi dah. Siap kau maki lagi ada lah. Apa punya jantan lah kau kan? Tak reti nak menghargai perempuan lansung. Perempuan tu pula yang ambil tempat kau nak ngorat kau balik. Sebab nya dia sayang kan kau. Takut kehilangan kau sebab dia dah sayang kat kau sangat. Tu lah bermain kata lagi. Sekarang kau dah main kan perasaan dia. Tahu tak permainan jiwa tu menyakitkan? Cuba kalau perempuan tu buat benda yang sama dekat kau balik? Ada jugak yang terjun bangunan 88tingkat klcc tuh.




Wei, engkau kalau rasa macam tak boleh nak go on dengan perempuan tu tak payah la nak ngorat dia. Kau ingat tak sakit ke kau main kan perasaan dia? Pedih tau tak? Makan bertahun jugak nak lupakan kau. Kalau kau tak serius baik awal awal kau cabut. Tak baik la weh kau main kan perasaan dia. Cer bila kau main kan perasaan dia lepas tu kau putus ngan dia then perempuan tu pulak doa bukan bukan dekat kau. Doa orang teraniaya ni kau jangan main main weh. Tuhan tu Maha Mendengar hamba Dia yang dalam kesulitan. Kalau kau tak dapat balasan dunia, akhirat nanti kau dapat jugak. Jangan main main hal begini. Nampak macam remeh tapi ingat sikit bro perempuan yang kau main kan perasaan dia tu manusia, hamba Allah, bukannya patung.



Doa itu pelindung dan senjata kepada setiap orang mukmin dari godaan dan hasutan syaitan serta dari kejahatan manusia.




Aku pun pernah kena aniaya spisies laki yang suka main perasaan perempuan ni. Aku berdoa pada Tuhan supaya tunjuk kan kebenaran kelakuan hina dia tu. Allah tu Maha Kuasa bro, tak lama je dia tunjuk kat aku esok nya aku putus dengan dia. Kantoi dengan aku. Kau tau tak betapa bersyukur nya aku sebab di tunjukkan perangai sebenar jantan tuh! Aku doa tak de lah dia accident sampai mati ke apa just aku berdoa kalau betul perangai dia begini tunjukkan lah dia jalan pulang. Sedarkan dia dari mimpi mainan syaitan dia tu. Peh! kau tau bro 3 minggu lepas tu dia contact aku ballik minta maaf bagai nak baik semula dengan aku. Tengok? betapa hebat kuasa Maha Pencipta? Tak lama je Dia nak tunjuk. Kejap je. Kau ingat aku nak terima jantan tu balik? Jadah la. Gua dah tahu perangai setan dia jangan harap gua nak balik semula dengan dia. Banyak lelaki lain yang sedia menanti gua. Hahahaha.


Jadah aku nak terima kau balik. Kau ciom buntot rimau dulu!




Dah! aku tak nak cakap banyak. Kau ada otak Allah dah bagi cukup nikmat pada kau untuk berfikir. Kau kalau dah jumpa perempuan yang kau suka jaga lah hati dia. Jangan sekali sakit kan hati dorang. Perempuan ni memang sensitif sikit. Macam mana manis dan baik nya kau nak ngorat dia dulu macam tu jugak lah kau kena maintain jaga dia. Sayang dia sepenuh hati kau. Perempuan ni cuma nak perhatian kau je. Tak lebih pun. Susah sangat ke bro?

Friday, May 20, 2011

Tenang nya Hati Melihat

Salam.




Rajin la pulak aku ni kan hari ini saja aku nak post sampi dua entri. Kalau dah rajin tu raijn sangat la kan. Kalau dah malas tu bersawang blog ni. Huhu.




Ni aku nak cerita hari tu aku ada lah jumpa seorang kawan ni. Aku kan pernah cerita pasal budak laki sekolah aku dalam post yang lepas kan? Yang aku jumpa ni kategori yang aku saja melambat kan waktu nak jumpa dia. Walaupun dah banyak kali dia macam nak ajak aku keluar kan tapi aku still macam tak nak sebab aku saja nak menduga kesabaran die. Ye la setengah lelaki kan kalau di ajak berkali kali dekat perempuan tu tapi perempuan tu still tak nak so dia akan give up kan. Tapi beza dengan dia ni sebab dia lain. Walaupun aku banyak bagi alasan aku tak nak jumpa dia tapi dia still tak putus asa nak ajak aku keluar. Hehehe. Tengok betapa kental nya hati dia tunggu jawapan dari aku.




Malam rabu lepas 18/5 aku rasa macam perot aku ni nak sangat makan mcd kan. Lagipun memang masa tu aku tengah lapar. Actually patutnya keluar jumpa tu hari selasa tapi disebabkan hujan so aku malas la nak keluar aku kata kat dia kalau hujan tak berhenti jugak cancel la ek sebab aku ni jenis memang sensitif kena air hujan. Bila kena hujan aku pening kepala amat sangat. Hey! yang ni bukan alasan tau. Ini betul tak main main. So hari rabu tu elok je aku lepas habis solat isyak tetiba dia mesej, ko tak lapar ke? Kalau lapar jumpa aku kat mcd pengakalan. Peh! macam tau tau je kau kan perot aku memang lapar masa tu so aku dengan tanpa ragu ragu lagi aku pun reply lah aku lapar. Entah macam mana ada pulak hati aku nak keluar dengan mamat ni.




Actually mamat ni tak ada la hensem mana pun. Rendah dari aku. Aku bukan lah nak kutuk paras rupa ke apa tapi logik la kan kalau kau perempuan mesti lah kau nak lelaki yang tinggi, hensem, putih bla..bla....bla....
Pada aku dia memang tak hensem pun sebab aku tengok gambar dia dari facebook je. Hehe. Dia memang rendah, rendah dari aku. Kulit pun biasa la kulit lelaki kan sawo matang. Aku ni tak nak jumpa dia bukan sebab aku tak suka akan bentuk fizikal dia tapi memang masa tu aku memang tak bersedia nak jumpa dia. Sebab nya mamat ni nak ajak aku keluar bukan sebagai seorang kawan. Sebab dia sendiri ada cakap dia suka dekat aku. Dari cara dia pun aku tahu yang dia macam nak mencari jodoh la. So korang faham la kan. Aku memang masa tu tak bersedia untuk jumpa mana mana lelaki yang kalau rasa nak jumpa untuk serius dalam hubungan. Sori lah aku dah serik kot. Lagipun masa tu aku aku baru je putus dengan lelaki syco. So aku mengambil masa sikit lah untuk buka ruang hati aku ni kan. Cewah!




Untuk pengetahuan uoll, aku sedia nak jumpa dia pun sebab aku nak jumpa sebagai kawan. Aku memang tak ada anggap lain. Tapi kalau dia aku tak tahu la. Mungkin sebalik nya kan sebab dia pun ada bagitahu awal awal dulu kenapa dia nak jumpa aku kan macam yang aku bagitahu tadi. Sembang la aku dengan dia. Alhamdulillah masa tu pun tak ada hujan. Aku sembang pun macam biasa. Gelak gelak macam kawan. Dan paling penting aku tak ada la nak cover macam perempuan melayu terakhir seolah lepas jumpa tu kau fikir mesti mamat ni suka dekat aku. Tak! Sumpah! aku tak ada fikir macam  tu. Aku jumpa as a friend.




Masa dia sampai, terkejut beruk aku sebab dia pakai baju merah. Hahaha. Dah la aku pakai baju merah jugak. Muahahaha. Haish tekejut aku. Tapi serius aku kata kan fizikal dia tak de lah teruk mana pun macam aku tengok dalam gambar. Ye lah mungkin dalam gambar kau rasa macam dia ni bukan taste kau lah kan tapi bila kau pandang depan mak aiii sejuk hati kau pandang. Kau tahu dahi dia hitam weh. Ni memang kaki sembahyang ni. Ya! dia memang menjaga solat dia. Dia bukan macam setengah orang muda lain solat kat rumah je dia tak solat kat masjid. Masa dia banyak dihabis kan dekat masjid. Tegok facebook dia banyak yang berunsurkan ilmiah. Masa sebelum aku jumpa dia ni, dia selalu kejutkan aku bangun subuh. Bayangkan dia bangun 5 pagi nak bersiap pergi masjid. Kalau kita? Lebih baik tidur. Kalau tak pun subuh gajah. Dah nak habis subuh baru lah terhegeh nak solat.



Seindah hiasan adalah wanita solehah


Tapi secara jujur hati aku kata jangan pandang pada luaran saja. Entah la, bila aku pandang muka dia rasa macam sejuk je hati aku. Tenang sangat. Kalau aku publish gambar dia mesti korang akan kata apa la taste ko ni. Haish lantak kau lah. Pada aku rupa tu tak penting beb yang penting hati. Bukan senang nak cari lelaki yang boleh bimbing kau ke syurga. Yang bimbing kau ke neraka banyak la. Aku bukan lah nak kata aku dah jatuh hati pada dia ni tapi aku sangat respect dengan kehidupan dia yang lebih utamakan akhirat dari dunia. Pada aku kalau dia kata dia suka kat aku sekali pun mungkin aku rasa macam serba salah nak terima ke tak. Sebab pada aku dia terlalu baik untuk aku. Perempuan macam aku ni tak layak untuk mendapat cinta dia. Sungguh tak layak. Banyak lagi perempuan lain yang jauh lagi baik daripada aku. Aku doa kan dia akan jumpa pasangan yang boleh sama sama hidup di syurga nanti.





Mood : Insaf seketika. Ingatlah, lelaki yang baik hanya untuk perempuan yang baik.