Wednesday, May 18, 2011

Lelaki Pyscho

Salam



Aku pernah jumpa lelaki Pyscho. Pertama kali nya aku jumpa dan harap itu lah yang terakhir.
Bersyukur sebab aku telah diberikan petunjuk oleh Allah yang dia ni jenis lelaki yang memang tak boleh pakai. Lansung tak boleh memjadi pemimpim keluarga.



Lelaki Pyscho yang aku jumpa ni adalah seorang yang suka mengayat perempuan. Dia akan memberikan ayat semanis mungkin untuk para gadis supaya tangkap leleh la dengan dia. Pada mula nya kau tak kan nampak lansung keburukan dia sebab rupa paras dia yang tak hensem dan nerd menyebab kan kau fikir ah! tak kan lelaki tak hensem seperti dia nak berlaku curang kan? 
Sape kata lelaki tak hensem ni tak boleh berlaku curang? Lelaki yang kurang daya penarik fizikal ni lah yang pandai memikat hati wanita dengan kata kata manis tahu? Mereka akan menunjukkan rasa timbang rasa mereka terhadap gadis. Memikat dengan kata kata manis. Memikat dengan kebendaan. Memikat dengan cara mahu berjumpa dengan keluarga kau. Memikat dengan pelbagai cara untuk memikat hati kau sehingga kan kau fikir ah! dia lah Mr. Right yang aku cari selama ini. Biar tak hensem sebab nanti tak ada lah perempuan lain memandang nya nanti. 


Jangan sangka air yang tenang tiada buaya.






Poodah! kau fikir dia lah jodoh kau? Pergi mampus kalau kau fikir dia ini jodoh yang kau cari selama ini. Dia memang tak layak untuk kau tahu tak?!



Cara dia memikat perempuan ni simple je. Mula dia akan ayat kau. Mintak kapel dengan kau. Ayat kata nak tunang dengan kau. Sanggup nak jumpa family. Kata sudah sangat bersedia nak jumpa family kau dan bawak family dia datang rumah nak berbincang secara serius tentang hubungan kau dan dia padahal kau kenal dengan dia tak sampai pun sebulan?. Berani kan dia? Ya! dia sangat berani berjumpa dengan family aku. Sangat berani menunjukkan rumah dia pada aku. Dia memang Pyscho. Bila dia rasa dia sudah jumpa perempuan yang lebih cantik dari kau dia akan cipta satu alasan yang sangat super bodoh yang mana otak matang kau memang tak boleh terima alasan budak yang sangat tengeng minda nya. Ya! aku berani kata alasan dia memang bodoh! Kalau aku cerita memang tak kan habis. Jadi tak payah. Sebab bila aku cerita aku rasa lagi benci dengan lelaki seperti ini.



Bila dia sudah mencipta alasan bodoh ini, dia akan tinggal kan kau. Delete kau dari friend list facebook dia dan membuatkan kau tertanya tanya kenapa dia memutuskan hubungan tanpa alasan yang kukuh. Dia akan buat kan kau seperti perempuan murahan yang merayu untuk tak mahu tinggal kan dia. Seolah dia adalah lelaki idaman yang patut kau rebut kan. Cilaka! Kau memang Pyscho gila. Kau permain kan perasaan perempuan kemudian kau tinggal kan. Motif? Aku sendiri pun tak tahu kenapa kau buat begini. Kau ingat aku akan berdiam diri bila kau putus dengan aku? Tidak!


Tak kan berdiam diri sehingga tahu punca sebenar.



Aku buat fake account facebook, memandang kan kau dah delete aku, jadi dengan benci aku sudah block kau. So, aku memang tak tahu apa lagi pasal kau. Maka aku stalk kau. Intip segala wall kau. Menyamar jadi perempuan lain, dan ya perempuan yang menyamar ini lah kau layan. Kau menabur kata manis seperti kau mengayat aku dulu. Kau memang cilaka! Kau memang lelaki tak guna. Yang ada perasaan aku takat ini ialah aku benci sama kau Lelaki Pyscho. Well, biasa lah kerja dj radio kan? Mesti la ayat manis. Pada perempuan luar sana berhati lah dengan lelaki sebegini. Bukan aku seorang je dah kena malah entah berapa ramai lagi perempuan yang sudah diperbodoh kan nya. Bagaimana aku tahu bukan aku seorang? Haaa, itu lah guna nya penyiasatan. Dia putus dengan aku pun sebab aku sudah tahu dia ada berhubungan dengan perempuan lain. Kalau aku nak cerita satu persatu keburukan dia memang banyak. Aku hanya akan cerita kalau kau pernah kenal dia. Pada yang tak kenal tak payah nak tahu. Cuma kamu waspada saja jantan macam ni.



Syukur aku telah ditunjukkan perangai sebenar jantan ni. Kalau kau baca post ni aku just nak bagi tahu yang aku memang tahap benci dengan kau! Semua fake account yang stalk kau tu pun aku dah delete sebab aku memang dah tak mahu ambik tahu lagi pasal kau! Sebab pada aku kau memang jantan tak dak guna punya olang! Loser!!!

No comments:

Post a Comment