No Boyfriend? Aku okey je! Aku boleh hidup pun tanpa boyfriend. Aku tak lah sangap sangat nak ada boyfriend ni macam budak sekolah sekarang ni tak ada bf memang kau loser!. Aku okey menjalani hidup aku macam ni. Aku boleh hidup lah tanpa lelaki. Perempuan sekarang boleh hidup berdikari. Perempuan sekarang boleh memiliki aset yang tak mampu semua lelaki miliki. Tahu?
Kadang aku bengang jugak kan kalau ada mulut yang kurang ajar tu kata aku ni spisies perempuan yang tak laku sebab tak ada bf. Hello! Untuk pengetahuan yang kurang ajar tu bukan aku tak laku! Cuma aku ni belum bersedia nak bukak hati aku pada jantan jantan kat luar sana tu. Aku bukan nak cari jantan! Aku nak cari suami! Faham! Nak cari jantan sekarang ni aku boleh dapat! [ni bukan riak] nak cari suami tu yang payah nak dapat. Lelaki sekarang dah pupus ape? Tu lah berangan sangat nak jadi doktor!
Its better to be unhappy alone than to be unhappy with someone. |
Bagus juga aku tak ada bf at least dosa aku tak lah mengumpul.
Bagus juga aku tak ada bf tak ada aku sakit hati.
Bagus aku tak ada bf tak payah nak jaga hati dia bila tengah marah.
Bagus kalau tak ada bf jimat duit topup aku.
Bagus aku tak ada bf sebab aku bebas pergi mana aku suka tak payah minta izin kau. Mak bapak aku pun tak heran aku nak keluar mana kau nak konkong aku apehal?
Bagus tak ada bf sebab aku tak payah pening kepala nak fikir hadiah apa aku nak beli tiap tahun untuk birthday kau!
Bagus aku tak ada bf sebab aku boleh berkawan dengan mana mana lelaki yang aku suka.
Sekarang ni terus terang aku cakap aku memang tak ada berkeinginan nak couple atau pun jatuh cinta ngan mana mana lelaki. Bosan maybe. Aku mahu menjalani hidup ketawa riang bersama kawan. Mereka yang buatkan aku gembira. Pasal jodoh aku biarkan masa yang menentukan. Ya! aku tahu aku sudah 25 [oppss! terbagitahu plak] dan sepatutnya aku memang patut dah kahwin. Nak buat macam mana jodoh aku lambat.
Semalam aku chat dengan kawan baik aku, dia kata kenapa tak cari. Nak putus asa? Ikut lah sunnah nabi. Apa nak dimalukan. Kalau kau tak cari jodoh macam mana jodoh nak datang dekat kau sedangkan kau sendiri yang menolak jodoh. Well, untuk kawan baik aku appreciate pendapat kau. Untuk pengetahuan kau aku bukan lah jenis perigi cari timba. Memang tak ada dalam kamus hidup aku. Sebelum ni pun aku tak pernah mengamalkan prinsip macam tu dalam hidup aku. Mngkin suatu hari nanti aku akan buat bila aku rasa aku dah jadi andartu [hahahaha] harap ni tak jadi lah kan. Aku budget pun umur aku 27 atau 28 berkahwin. Tak terlalu lewat pun. Bagi aku jodoh pertemuan tu biarlah Allah yang tentukan. Walau macam mana pun Allah temukan aku dengan pelbagai lelaki tapi penghujung nya tetap Dia akan satukan aku dengan lelaki yang sememangnya jodoh aku. Yang diciptakan khas untuk aku. Bak kata Britney I Was Born To Make You Happy. Ya! aku percaya semuanya sudah tertulis untuk aku cuma aku perlu bersabar menanti saat itu. Samaada aku perlu jadi perigi biar masa depan yang tentukan. Allah lebih mengetahui segalanya perlu ke tidak aku jadi sedemikian sifat. Pada aku mungkin tidak sebab aku memang pemalu amat [wekkkk!!!sila muntah hijau].
Doa mencari jodoh (: |
Aku rimas juga bila ada yang tanya aku bila nak kahwin. Ada pula yang melantik diri menjadi agen pencari jodoh untuk aku. Ada juga yang mahu kenal kan kawan mereka pada aku. Macam macam lah. Aku hargai apa korang buat aku tahu korang sayang dan caring sangat lah dengan aku sebab korang nak tengok aku bahagia kan? Tapi bila hati kata belum bersedia apa pun tak boleh. Jadi aku hanya mampu berdoa dan moga aku dipertemukan dengan jodoh yang aku idam kan selama ini. Harap begitu lah. Takkan lari gunung dikejar kan ? (:
No comments:
Post a Comment