Sampai tengahari je. Dalam pukul 11 lebih tadi, aku diberi satu khabar berita gembira. Mulanya aku macam tak berapa nak sedar diri untuk bersyukur akan apa yang aku dapat. Seolah mahu menerima ataupun tidak. Perasaan hanya diberi separuh hati. Perlukah untuk mengucap syukur? Perlukah untuk menerima?
Mungkin aku jenis orang yang kurang kesedaran diri kot. Sila lempang aku empatplohseratus kali supaya aku boleh mengucapkan syukur atas apa yang telah dihidangkan untuk aku. Tak cukup dengan itu, sekali lagi sekitar pukul 4petang lebih aku diberi lagi khabar yang hanya mampu membuat aku tersenyum hingga hujung dunia. Alhamdulillah. Barulah kata hikmat itu terpacul di bibir manis aku.
Sedar tak sedar, dalam Dia menolak permintaan aku yang sangat aku hajati selama ini, maka Dia telah memberikan dua khabar gembira sekaligus yang mungkin mengubah perjalanan hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Mungkin ada hikmah kenapa permintaan aku ditolak sedangkan Kau memberi yang lain. Dua hadiah dalam satu hari. Berganda kemanisan yang Kau beri. Manis bukan? Itu semua hikmah. Apa yang diberi aku terima dengan redha dan meneruskan tanpa ragu ragu kerna ini yang terbaik Dia berikan pada aku.
No comments:
Post a Comment