Wednesday, June 29, 2011

Korban

Bakal mengorbankan sesuatu yang amat penting dalam hidup aku hanya kerana minat yang mendalam. Adakah keputusan ini betul? Kerana pengorbanan ini bakal meragut sisa masa yang agak lama untuk menggapai kejayaan yang telah lama aku idamkan sejak dari kecil. Tak mengapa, kemanisan kejayaan aku mungkin lebih lama berbanding masa pengorbanan.

Monday, June 27, 2011

Dunia Memang Tak Adil

Dari awal pagi tadi aku memang tak ada mood. Diberi khabar yang kurang gembira untuk aku. Sungguh menyentap hati. Seolah aku merasakan dunia ini tak adil untuk aku. Sampai bila?




Sampai tengahari je. Dalam pukul 11 lebih tadi,  aku diberi satu khabar berita gembira. Mulanya aku macam tak berapa nak sedar diri untuk bersyukur akan apa yang aku dapat. Seolah mahu menerima ataupun tidak. Perasaan hanya diberi separuh hati. Perlukah untuk mengucap syukur? Perlukah untuk menerima?




Mungkin aku jenis orang yang kurang kesedaran diri kot. Sila lempang aku empatplohseratus kali supaya aku boleh mengucapkan syukur atas apa yang telah dihidangkan untuk aku. Tak cukup dengan itu, sekali lagi sekitar pukul 4petang lebih aku diberi lagi khabar yang hanya mampu membuat aku tersenyum hingga hujung dunia. Alhamdulillah. Barulah kata hikmat itu terpacul di bibir manis aku. 




Sedar tak sedar, dalam Dia menolak permintaan aku yang sangat aku hajati selama ini, maka Dia telah memberikan dua khabar gembira sekaligus yang mungkin mengubah perjalanan hidup aku. Terima kasih Ya Allah. Mungkin ada hikmah kenapa permintaan aku ditolak sedangkan Kau memberi yang lain. Dua hadiah dalam satu hari. Berganda kemanisan yang Kau beri. Manis bukan? Itu semua hikmah. Apa yang diberi aku terima dengan redha dan meneruskan tanpa ragu ragu kerna ini yang terbaik Dia berikan pada aku. 

Sunday, June 26, 2011

Mati





"Kenapa orang baik selalu mati awal?





Saturday, June 25, 2011

Bingung!

Dah berapa hari aku menghadap New Post.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.




Akhirnya, aku berjaya Publish Post. 
Sekian.

Thursday, June 23, 2011

Mencari Sinar









Sebab itu sampaikanlah berita itu kepada hamba-hamba-Ku, yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka Itulah orang-orang yang telah diberi Allah petunjuk dan mereka Itulah orang-orang yang mempunyai akal.( Al-Zumar : 17 – 18)


Some of us lost, some of us found. We journey into this unknown life.




Monday, June 20, 2011

Jodoh? Again?

Salam




“Kalau kita sukakan seseorang, jgn beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya & Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah, mohonlah kpd Allah. Allah Maha Mengetahui.Dia tahu jodoh kita siapa. Dia sengaja beri kita yang salah agar kita dpt belajar sesuatu.. Kemudian Allah akan temukan kita dgn jodoh kita yg sebenar..Yakinlah pd Allah..InsyaAllah mudah dalam semua perkara :)"



Jodoh adalah sesuatu perkara yang sukar untuk ditemui.
Tapi dengan berdoa insyaAllah segalanya dipermudahkan



Ayat ni aku copy daripada status kawan aku di fb. Aku just nak share apa yang aku alami berdasarkan status ni yang ada kena mengena dengan aku.




"Kalau kita sukakan seseorang, jgn beritahu si dia. Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya & Allah takkan bagi. Tapi luahkan pada Allah, beritahulah Allah, mohonlah kpd Allah."


Aku pernah suka kan seseorang. Actually lelaki yang aku suka ni adalah budak sekolah aku. Sebaya. Dia selalu mengomen dekat fb aku. So bila dah selalu mengomen, chatting tipulah aku tak ada feeling dekat dia kan? Memandang kan dia pun bukan takat tanya khabar aku di fb je malah dekat phone dia sangat prihatin tanya pasal aku. Macam dah jatuh cinta pulak kan? Wekkkk! Tapi entah macam mana aku dengan dia dah macam senyap. Dah tak rajin nak chat macam dulu. Tapi still lah dia komen fb aku. Ada satu ketika sampai hati aku tak tahan menenggung rindu [erkkk? nak muntah aku. sebenarnya lonely je] aku mohon berdoa pada Allah menyeru nama dia dalam doa aku [masa ni aku ingat lagi aku doa waktu solat asar]. Kau tahu malam tu je dia chat dengan aku, bergurau seperti macam dulu. Dan lagi pula selepas chat dia mesej aku. Mujarab betul doa aku. Tak tahu lah ia nya kebetulan atau pun entah lah. Aku sendiri hanya tersenyum lebar bila tiba-tiba dia chat dengan aku setelah lama tak chat even memang kami tiap hari pun on9.




"Allah Maha Mengetahui.Dia tahu jodoh kita siapa. Dia sengaja beri kita yang salah agar kita dpt belajar sesuatu.. Kemudian Allah akan temukan kita dgn jodoh kita yg sebenar..Yakinlah pd Allah..InsyaAllah mudah dalam semua perkara :)"


Selepas tu aku berdoa lagi kalau betul dia jodoh aku maka dekatkanlah hati dia pada aku, satukan lah hati kami. Tapi tu lah tak lama je dia kembali dekat dengan aku adalah dalam seminggu kot macam tu. Dan sekarang dia kembali menyepi. Tiada chat, tiada mesej tapi masih lagi komen dekat fb aku. Mungkin Allah sengaja temukan aku dengan orang yang salah supaya di kemudian hari Dia akan beri aku yang lebih baik. Dan betul lah kot dia memang bukan jodoh aku. Aku rasa lah kan. Sebab aku stalk profile dia, dia macam tengah mengayat la sorang perempuan ni. Well, aku tak kisah pun kau nak ngorat siapa. Tapi just aku nak bagitahu doa itu adalah  satu amalan yang kita sendiri tak dapat jangka. Aku tersenyum sendiri je bila macam doa aku tu macam betul betul terjadi. Tersenyum syukur aku sebab rintihan doa aku Dia dengar. 


Berdoa selagi daya. Dengan doa lah ianya mendekatkan diri kita pada Allah. 



Jadi, kesimpulan nya jangan sesekali lupa untuk memohon dari Allah, sesungguh nya Dia Maha Mendengar segala keluhan hati setiap hambaNya. Doa untuk dilaksanakan hanya masa yang menentukan. Kadang makan masa bertahun juga doa untuk dimakbulkan, bergantung kepada jenis doa yang kita minta la kan. 





Selamat beramal :)

Jerawat!

Salam.




Muka aku ni kalau time period memang sangat obvious pada muka. Kalau korang nampak muka aku berjerawat tu maknanya aku tengah dalam cuti bulanan. Adoyai! Sekali hadap kat muka aku ni sampai 2-3 bijik. Tapi tak lah besar mana pun kalau nak di banding kan dengan zaman remaja aku dulu. [eh! sekarang pun remaja lagi ape].


Jerawat boleh menyebabkan confident level merudum tahu?


Bagi la petua cane nak hilang kan jerawat nih. Lagi satu tolong bagi tips cane nak hilangkan parut jerawat. Tangan aku ni tak gatal pun nak picit tapi bila jerawat tu sendiri dah masak kadang dia pecah sendiri. Eh! bukan pecah sendiri sebab kadang bila aku tengah lap muka dengan towel dia boleh pecah sendiri. Tension!

Serius Aku Tak Faham!

Salam.








Semalam aku pergi tengok wayang dengan teman sepergaduhan. Lost contact dah dekat 7 tahun, sekarang dapat jumpa balik. Bila dah jumpa ni macam macam hal dalam kepala hotak aku ni nak ngajak ngedate dengan dia. Fyi, kawan aku ni perempuan yer.










Minggu lepas aku dah janji nak tengok Super 8 kan? So semalam aku pun pergi lah. Aku pergi bukan apa sebab ramai sangat update status kat fb kata Super 8 ni best. Hati aku melonjak ronta nak tengok sangat movie ni. Best ke tak kan. Tak tengok mana nak tahu best ke tak.








Kitorang pergi GSC Ipoh Parade. Tayangan start 3:50 pm. Aku sampai pukul 3 dekat GSC tuh. Bile aku nak beli mak aii seat full tuh. Yang available seat belah depan baris dua di hadapan. Mintak maaf, aku kalau nak tengok wayang jadah la nak tengok depan mendongak sakit kepala woo. Buat apa aku nak bayar tiket dengan harga yang sama tapi kepala aku tekehel tengok skrin besar. Memang tak ah. Jarang betol kalau GSC  ni fullhouse. So menguatkan lagi hati aku oh best kot cite ni sampai fullhouse. Fine! Next session untuk movie ni plak pukul 8.10pm. Jadah aku nak tunggu.






Joel Courtney yang membuat mata aku terjegil sampai habis cite. Sebab dia cute. Kalau tak, dah lama aku tido dalam panggung. Heh!



So kitorang decide nak tengok dekat Lotus Five Star je la. Kat situ tak ramai orang. Tempat pun best. Movie start pukul 7.20pm. Meh nak cite sikit pasal movie arahan J.J. Abrams dan dilakon kan oleh pelakon pelakon muda seperti  Elle Fanning, Amanda Michalka and Joel Courtney [super cute. besar nanti mesti hensem]. Cite ni  pasal sekumpulan budak remaja yang nak shooting filem zombi. Masa dorang tengah shoot filem ni dekat landasan keretapi, tetibe train ni accident dilanggar sebuah trak. Dari kemalangan ni lah bermula plot cite nih. Gerabak train ni sume hancur bekecai dan dalam gerabak train ade monster pulak yang terlepas. Lepas part ni serius aku tak faham. Motif?






Raksasa jahat yang dicari oleh pihak tentera. Motif? 




Sumpah! aku tak faham lansung cite ni tentang apa. Dan pada mereka yang kata cite ni best ce cite kat part mana yang best? Motif raksasa tu diwujudkan? Yang aku nak tergelak bila babak Joel Courtney ni nak dimakan oleh monster tu boleh pulak dilepaskan macam tu je oleh monster jahat nih? huh? Adoyai! serius aku tak faham. Orang dalam panggung pun dok membebel sebab bosan gamaknye. Menyesal aku tak tak tengok Green Lantern. Huh!



Saturday, June 18, 2011

Mak Ni Merepek Lah!

Salam.




Petang tadi, aku lepak di ruang tamu. Selalu aku lepak dalam bilik je. Aku kalau lepak kat ruang tamu tu memang sah aku dah bosan tahap orang gila. Selalunya masa aku banyak dihabiskan dalam bilik berinternet dengan tengok tv. Aku duduk di sofa yang tak bape nak empuk. Jenis kayu memang lah tak ada kusyen. Mak pun satu beli kerusi tak ada kusyen kenapa? kan dah tak sedap nak duduk tu pasal anak mak sorang ni jarang lepak kat ruang tamu. kehkeh!




Sambil tangan mak menjahit baju......

mak : " kamu dah tak nak sambung belajar dah ke?"
aku : "sambung belajar ape nye mak? "
mak : "ce kamu mintak UPSI. Mak tengok kamu ni suka sangat nak mengajar budak. Ce mintak."
aku : " UPSI tu fulltime le mak. Mana nak cari duit kalau orang masuk belajar?"
mak : "pasal duit tak payah risau la. tahu lah mak nak cari"
aku : " 4 tahun mak kalau nak belajar kat UPSI tu. sume nye fulltime mana ada partime. mak ni merepek lah"
mak : "hujung tahun ni kamu mintak!"
aku : "hurm yelah..."






Mak aku ni bukan petang ni je suruh aku masuk UPSI tapi sejak tahun 2009 lagi mak aku dah suruh apply UPSI. Lepas je aku habis diploma aku ada apply UPSI tapi tak dapat hanya dapat dekat UTHM. Aku tolak.  Aku terima kerja. Sekarang ni aku rasa macam nak sambung belajar. Tapi aku takot aku tak mampu nak ambil PJJ. Sebab aku tahu kemampuan aku sebab aku memang malas tahap dewa bab buat assingment. Masa aku belajar dulu sumpah aku tak buat pun assingment dengan usaha sendiri. Semua aku copy paste je dari member. Cuma time exam je aku pulun habis study.




Okey ke kalau aku ambil fulltime UPSI? 4 tahun aku nak menghabiskan sisa masa aku di sana. Aku kalau bab belajar fulltime aku tak kisah sangat tapi yang partime tu je yang aku tak bape nak confident dengan diri aku ni. Dari segi financial mak kata tak payah risau, yelah aku je yang bongsu so tak ada lah tanggungan sangat kan. Hurm, tapi macam berat pulak aku nak sambung fulltime ni. Malas aku nak berharap dengan mak abah lagi. Segah ouh kalau hidup kita masih ditaja oleh mak ngan abah sedangkan aku boleh untuk menampung diri aku sendiri. Adoi! mak ni buat aku serba salah je nak sambung belajar. Segan ouh nak mintak duit kalau aku belajar sana nanti. Kalau lah kan.....




Apa pun tunggu je la UPSI bukak tawaran untuk hujung tahun ni. Tengok lah kalau terbuka hati aku nak sambung belajar kat UPSI aku apply. Lagipun aku memang minat mengajar ni. Tapi bukan subjek Bahasa Melayu ye! Damn!

Friday, June 17, 2011

Live Like There's No Tomorrow






Hidup Seperti Tiadanya Esok










Nobody can go back and start a new beginning, but anyone can start today and make a new ending

Wednesday, June 15, 2011

No Boyfriend? It's Okey.

Salam




No Boyfriend? Aku okey je! Aku boleh hidup pun tanpa boyfriend. Aku tak lah sangap sangat nak ada boyfriend ni macam budak sekolah sekarang ni tak ada bf memang kau loser!. Aku okey menjalani hidup aku macam ni. Aku boleh hidup lah tanpa lelaki. Perempuan sekarang boleh hidup berdikari. Perempuan sekarang boleh memiliki aset yang tak mampu semua lelaki miliki. Tahu?




Kadang aku bengang jugak kan kalau ada mulut yang kurang ajar tu kata aku ni spisies perempuan yang tak laku sebab tak ada bf. Hello! Untuk pengetahuan yang kurang ajar tu bukan aku tak laku! Cuma aku ni belum bersedia nak bukak hati aku pada jantan jantan kat luar sana tu. Aku bukan nak cari jantan! Aku nak cari suami! Faham! Nak cari jantan sekarang ni aku boleh dapat! [ni bukan riak] nak cari suami tu yang payah nak dapat. Lelaki sekarang dah pupus ape? Tu lah berangan sangat nak jadi doktor! 



Its better to be unhappy alone than to be unhappy with someone.



Bagus juga aku tak ada bf at least dosa aku tak lah mengumpul. 
Bagus juga aku tak ada bf tak ada aku sakit hati.
Bagus aku tak ada bf tak payah nak jaga hati dia bila tengah marah. 
Bagus kalau tak ada bf jimat duit topup aku.
Bagus aku tak ada bf sebab aku bebas pergi mana aku suka tak payah minta izin kau. Mak bapak aku pun tak heran aku nak keluar mana kau nak konkong aku apehal?
Bagus tak ada bf sebab aku tak payah pening kepala nak fikir hadiah apa aku nak beli tiap tahun untuk birthday kau!
Bagus aku tak ada bf sebab aku boleh berkawan dengan mana mana lelaki yang aku suka.




Sekarang ni terus terang aku cakap aku memang tak ada berkeinginan nak couple atau pun jatuh cinta ngan mana mana lelaki. Bosan maybe. Aku mahu menjalani hidup ketawa riang bersama kawan. Mereka yang buatkan aku gembira. Pasal jodoh aku biarkan masa yang menentukan. Ya! aku tahu aku sudah 25 [oppss!  terbagitahu plak] dan sepatutnya aku memang patut dah kahwin. Nak buat macam mana jodoh aku lambat.




Semalam aku chat dengan kawan baik aku, dia kata kenapa tak cari. Nak putus asa? Ikut lah sunnah nabi. Apa nak dimalukan. Kalau kau tak cari jodoh macam mana jodoh nak datang dekat kau sedangkan kau sendiri yang menolak jodoh. Well, untuk kawan baik aku appreciate pendapat kau. Untuk pengetahuan kau aku bukan lah jenis perigi cari timba. Memang tak ada dalam kamus hidup aku. Sebelum ni pun aku tak pernah mengamalkan prinsip macam tu dalam hidup aku. Mngkin suatu hari nanti aku akan buat bila aku rasa aku dah jadi andartu [hahahaha] harap ni tak jadi lah kan. Aku budget pun umur aku 27 atau 28 berkahwin. Tak terlalu lewat pun. Bagi aku jodoh pertemuan tu biarlah Allah yang tentukan. Walau macam mana pun Allah temukan aku dengan pelbagai lelaki tapi penghujung nya tetap Dia akan satukan aku dengan lelaki yang sememangnya jodoh aku. Yang diciptakan khas untuk aku. Bak kata Britney I Was Born To Make You Happy. Ya! aku percaya semuanya sudah tertulis untuk aku cuma aku perlu bersabar menanti saat itu. Samaada aku perlu jadi perigi biar masa depan yang tentukan. Allah lebih mengetahui segalanya perlu ke tidak aku jadi sedemikian sifat. Pada aku mungkin tidak sebab aku memang pemalu amat [wekkkk!!!sila muntah hijau].



Doa mencari jodoh (:



Aku rimas juga bila ada yang tanya aku bila nak kahwin. Ada pula yang melantik diri menjadi agen pencari jodoh untuk aku. Ada juga yang mahu kenal kan kawan mereka pada aku. Macam macam lah. Aku hargai apa korang buat aku tahu korang sayang dan caring sangat lah dengan aku sebab korang nak tengok aku bahagia kan?  Tapi bila hati kata belum bersedia apa pun tak boleh. Jadi aku hanya mampu berdoa dan moga aku dipertemukan dengan jodoh yang aku idam kan selama ini. Harap begitu lah. Takkan lari gunung dikejar kan ? (:

Tuesday, June 14, 2011

Ingat Senang Nak Ajar Bahasa Malaysia?

Salam




Woooo aku tatau la macam mana dulu cikgu Bahasa Melayu mengajar. Serius aku ingat alah senang sangat la nak mengajar Bahasa Melayu. Ye lah bahasa kau sendiri kan apa susah sangat nak ajar.




Bila kau dah masuk dalam kondisi tu baru la kau tahu nak mengajar Bahasa Melayu ni bukannya mudah. Macam kau mengajar bahasa klasik tahu tak? Kau ni ibarat kamus bergerak pada budak budak. Kalau kau tak tahu habis kau kena bahan.




Woot woot. Apa kes ni nak cite pasal Bahasa Melayu? Hahaha aku sekarang sudah jadi cikgu. Erkkk? Cikgu? Ya. Cikgu Lina. Aku partime mengajar di Tuisyen Saujana Ilmu. Mengajar Bahasa Melayu okey! Hahaha subjek yang aku tak dapat A untuk SPM. Ce citer macam mane aku nak mengajar BM kalau BM aku sendiri hancur?? Well, sebelum ni aku pernah jadi cikgu ganti dekat sekolah rumah aku, mengajar matematik. Matematik tak macam BM tak perlu nak explain panjang. Itulah jawapan  nya. Tak perlu nak tanya macam mana jawapan tu dapat macam tu. Tapi kalau BM kau ada 4 jawapan A, B, C dan D dan ke empat empat jawapan tu kau kena jelaskan kenapa jawapan dia A bukan B, C atau D. Peh penat tau! dapat lagi jenis budak yang memang nak syco kau. Semua dia nak tanya. Sialll. Ptuih!~




Lagi tu dalam BM kau kena buat karangan. Haaa? Mampos aku nak check ayat satu persatu. Tatabahasa kena betul. Jangan ingat ayat sedap sikit je nak betul je semua. Serius aku memang tak layak untuk jadi cikgu Bahasa Melayu. Aku sendiri pun BM tak expert macam mana nak ajar. Kalau bagi Matematik ke boleh la jugak aku ajar ngaaaa!~~




Tak pe minggu depan aku nak bincang ngan owner tuisyen tu nak ajar Geografi pulak. Geo aku suka. Tak perlu banyak penjelasan nak di beri. Ouh! fyi BM yang aku ajar tu untuk Tahun 3,4,5 dan 6. Hahahaha loser kan aku BM level sk rendah pun aku lemah? Damn!

Monday, June 13, 2011

KL Gangster

Salam




Dah tengok KL Gangster? Well, aku dah. Aku siap marathon movie lagi tu selepas kenduri kawan aku. Plan nak karok tapi disebab kan banyka lagi movie yang aku tak tengok disebabkan aku tade bf [loser] so sementara ada kawan yang leh teman aku ni so aku marathon je lah. Hey! aku boleh je tengok movie sorang. Aku dah biasa.


Tengok Ady Putra. Mantap siot. Haha hensem dia dalam filem ni. Jatuh cinta pulak <3



Mula aku tengok KL Gangster dekat GSC, Ipoh Parade. Nak tengok kat JJ Kinta City mimpi lah kau nak dapat tiket hari sabtu. Confirm full house punya. Dah tade pilihan tengok jelah kat gsc. Aku bukan suka sangat tengok kat GSC sebab speaker ntah hape hape. Hancus! Memang pun tengah syok tengok speaker problem. Macam bangang! Aku masuk sini pun sebab kalau JJ fullhouse je kalau tak jangan harap la aku nak tengok kat sini kan.




Aku memang excited gila kot nak tengok KL Gangster ni. Aku dengar review, cakap cakap orang kata best filem ni. Ramai sangat memuji directing Syamsul Yusuf ni semakin maju. Yelah kalau nak dibandingkan directing Farid Kamil tu ade ke pecah panggung. Hadooo? Bising je lebih FK tu. Tapi kalau nak compare dari segi lakonan antara SY dengan FK mantap lagi kot FK. Ko memang tak sesuai la SY jadi Shark. Gangster KL. Asyik asyik lu sebut 'maaaaa'. Macam dah tade perkataan gangster lain kau nak sebut. SY kau tak payah berlakon la duk mengarah cukup lah. Gila glamour betoi mengarah nak belakon pun nak. Haish tak sesuai betoi kau jadi gangster.


Kau mengarah je lagi bagus la SY. Duk diam belakang kamera. Sibuk nak belakon!



Bila aku tengok cita ni aku terfikir apa yang best sangat? Banyak aksi gaduh? Itu yang korang suka? Pada aku, aku dah muak tengok aksi gaduh. Aku macam tengok cite Tamil tahu? Nak nak bila ade scene nak pukul pakai kayu besbol. Sebijik cite tamil. Haa lagi bila aku pelakon gemok india or mamak [tak pasti] jadi geng gangster pegang kawasan pasar borong selangor [tak pasti lagi] ajak gaduh dengan Aaron Aziz. Muahaha gaya cakap tesembur sembur air liur, mata tanak kalah menjegil memang macam filem tamil! Hahaha. Euwww geli aku tengok. Pelakon india tu selalu gak keluar dalam cite Gerak Khas.




Bagi aku yang terkesan untuk filem ni ialan Zizan Rajalawak la. Sebab dia memang kelakar gila. Dan aku tak puas hati kenapa watak dia di matikan. Dibunuh oleh Shark. Siallll. ptuih [trademark abg long fadil-zizan]. Memang best la Zizan ni belakon even aku ni memang tak suka pun mulanya dia ni belakon. Gangster paling penakot dalam cite ni. Apa punye gengster la ko Zizan. Hahaha.


Abang Long Dil. Sialllll. ptuihh



Selain Zizan ada jugak pelakon yang geletek perot aku. Sofi Jikan. Mula mula lakonan dia tak de la lawak mana tapi dah nak ending tu mula tunjuk taring lawak bodoh dia tu. Aku tak kenal pun sape Sofi Jikan ni. Memang tak kenal lansung. Bila aku Google banyak jugak filem yang pernah dia berlakon. Dalam Hantu Kak Limah pun ade dia berlakon. Tak perasan lak aku huhu.


Sofi Jikan. Mantap lakonan dia. Aku suka ! Boleh menang award Pembantu Lelaki 


Pada aku memang best la cite ni tapi terlalu banyak sangat gaduh aku takot akan memberikan kesan negatif je pada masyarakat melayu ni. Takot terikut pulak budaya bergaduh ni. Cukup lah kaum India yang suka begaduh bawak parang, kayu hoki takkan kita melayu pun nak ikot jugak? Serius aku rasa macam tengok cite tamil. Itu pada aku. Tapi overall memang best sebab Aaron Aziz ada. Tetap macho walaupun abang besar ada lagi sifat kekeluargaan tu. I like Aaron :)


Gua dah jatuh sama lu la AA. Will u divorce ur wife and married me? 



Ok bye!


p/s : Lepas tengok KL Gangster tengok pula Pirates pula. Marathon. Next movie Super 8 pulak. Sape nak join?

Hitam Pun Aku Sayang

Salam.





Cerita ni cerita malam semalam. Nak post semalam tapi disebabkan aku rasa M A L A S sangat aku merajin kan la diri nak post hari ni. Aku rasa macam lucu pun ada. Saje nak share kat sini. Blog aku, aku punya suka lah nak cerita ape kan? Orang tak nak baca peduli ape aku!




Aku ada banyak kucing. Tapi dalam banyak banyak kucing Black la paling manja dengan aku. Kalau aku keluar aku balik mesti dia tunggu aku depan pintu. Memang macam tu. Tapi masa aku nak keluar tak ada pulak dia ikut aku. Black pun entah hilang mana. Tapi memang setiap kali aku balik rumah mesti dia tunggu depan pintu sampai tertido. Bila aku bukan pintu dia ikut aku sampai ke bilik. Comel kan?




Semalam sedang asyik aku layan fb, black ni suka sangat cakar pintu bilik aku sambil wat suara meow meow yang menggoda. Tu makna nya dia nak masuk bilik aku la tuh. Hehehe, dah tau macam tu aku bukak la pintu. Aku hadap laptop aku tade kerusi just meja jepun tu. So duduk pun atas lantai kadang aku baring je sambil layan fb. Sedang aku asyik layan fb sibuk plak si Black ni nyendeng kat aku. Tido upe nye.


Aksi 1 : Ingat kaki aku ni bantal agaknye sedap je die tido.


Black ni memang suka tido dekat aku. Tapi dia tak suka tido atas katil aku. Tido 5 minit dia turun bawah tido atas lantai. Panas kot. Takpun tak best sebab katil aku single bed je. Nak kuak lentang pun tak dapat tuan nye pun gemok sangat mana nak muat. Hahaha. 


Aksi 2 : Keadaan tuan nya sudah mula baring ats lantai.
Tukar posisi pula  mencari peha aku sebagai bantal. Lagi empuk kot.


Sudah bagi betis nak peha pulak? Memang dasar kucing menggatal. Hahaha. Nasib la aku sayang lebih kat ko Black. Kalau tak jangan harap aku nak bagi ko masuk bilik aku. 



Aksi 3 : Tukar posisi muka menghadap tuan yang cantik jelita ni.
Auww! wa malu *blushing


Nampak kan? Hitam si manis. Aku sebelum ada je kucing kaler hitam. Tapi yang lain tu aku tak suka sebab hitam. Tapi Black lain sebab dia comel, ada belang belang putih pada badan dia. Lagipun ada yang istimewa tentang Black yang aku tak boleh bagitahu kat sini. Hehehe.



p/s : Oh! Black ni jantan. Hahahahaha


Sunday, June 12, 2011

M A L A S

Salam




Aku sangat M A L A S sekarang ni. Okey! dah tade benda nak update. Bukan tade. Ade. Tapi aku malas!
Down.



Ok bye!

Thursday, June 9, 2011

Nak Tapi Tak Sedia

Salam




Apa yang nak? Penampar nak? Tak nak? Duk diam. Ni nak tapi tak sedia ni bukan macam apa korang tengah fikir. Lambat lagi aku nak kahwin ye. Haha.




Nak yang aku maksudkan ni dari segi pemakaian aku. Aku memang nak sangat berpenampilan menutup aurat yang memang nampak sangat macam muslimah sejati. Bukan nya maksud sekarang aku tak menutup aurat kekadang aurat aku ni macam tak sempurna je. Pakai je tudung tapi baju ketat jugak. Pakai je baju kurung tapi bila angkat tangan atau tangan digerak kan nampak jugak tangan tu. Pakai je tudung tapi stoking tak pakai. Rasa macam tak guna je aku bertudung tapi masih nampak aurat tu pada pandangan orang. Orang kata kalau nak makan biar bagi habis berdosa membazir. Begitu jugak dengan aurat. Buat penat aku betudung tapi masih nampak jugak aurat aku.


Teringin mahu berpenampilan begini,
Tapi tak ada lah tudung seperti ustazah.
Cuma yang penting kalau berfesyen harus lah tudung menutup dada.
Yang penting tudung menutup dada kan? Eh! maksud aku menutup aurat lah




Aku bukan nak kata aku baik kan. Tapi ye la, mana ada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Aku sedang cuba nak merubah. Tak nak terlalu drastik. Aku takut bila berubah drastik nanti dengan senang aku boleh berubah balik. Uishhhh, simpang. Kalau boleh memang tak nak jadi semua tu. Sekarang ni aku pakai baju kurung pun dah pakai sarung tangan. Tatau la mana datang nya niat nak pakai. Adui masa aku mula mula pakai memang agak janggal jugak kan sebab aku tak pernah sangat pakai sarung tangan bila pakai baju kurung, cuma aku pakai bila pakai baju lengan pendek dan harus aku pakai sarung tangan. Ni baju kurung pun nak pakai?




Untuk stoking aku belum lagi ada niat nak pakai. Memang nak pakai. Kalau boleh biarlah sempurna kan aurat tapi tu lah aku belum sedia lagi nak pakai stoking kalau aku ke mana mana. Tengok lah aku rasa aku dah dapat jiwa nak pakai stoking aku pakai la. Tudung sekarang ni aku macam 50-50 nak labuhkan ke tak. Kejap aku labuh kejap aku singkatkan, terutama bila aku pakai shawl kan. Kalau yang jenis tudung bawal tu memang aku labuhkan. tapi kalau shawl memang nampak dada. Tu pun aku tengah cuba cari fesyen shawl yang boleh tutup sampai ke dada. Haish boleh ke aku? huhu. Aku cuba. nak berubah bukan senang. Nak kena ada jiwa juga untuk berubah.




Ada yang menegur hairan kenapa aku memakai sarung tangan berbaju kurung.
Aku senyum je :)





Harap aku dapat la berubah sikit pemakaian aku ni walaupun tak sempurna. Aku kena beli baju yagn besar besar pulak lepas ni. Untuk jimat aku kena kurus kan la badan aku so tak payah aku beli baju baru. Muahahaha. Adoi! Harap aku boleh berubah lah kan. Doakan aku.

Tuesday, June 7, 2011

Cerita Dah Tamat

Salam.





Semalam aku ada cerita kan pasal aku diaibkan. Pagi tadi pukul 8 lebih kawan aku tu reply inbox aku kata sorry. Bukan niat dia nak malukan aku ke apa. Dan dia pun dah delete gambar aku yang tak bertudung tu. Terima kasih la kawan sebab delete gambar aku yang tak sepatut nya ditunjukkan pada public. Cerita dulu tak payah nak tunjuk. Itu cerita lama. Cerita baru bukak buku baru. Semuanya dah settle. Aku pun cakap elok elok dengan dia tak ada lah macam nak gaduh ke apa. Harap dia tak la fikir bukan bukan ke apa kan.



The past is behind, learn from it. The future is ahead, prepare for it. The present is here, live it.



Ye lah aku ni bukan lah baik sangat pun kan. Aku mengaku dulu aku free hair tak pakai tudung. Tapi itu dulu la kan. Aku cuba nak merubah jadi baik tapi bukan sempurna. Pada kawan yang ada gambar aku tak bertudung tu kalau nak upload mintak izin daripada aku dulu. Benda macam ni memang aku kisah. Sebab nya kalau aku dengan kau tengok tak pe la ini semua kawan kawan kau yang kenal tak kenal pun tengok aurat aku. Mintak maaf, yang ini memang aku kesah sekarang. Minta izin aku dulu ye. Kalau aku kata tak boleh sila hormat pendirian aku.



Ok daaa!~

Betul Punye. Tak Tipu!

Salam.





Sejak akhir akhir ni aku selalu perasan yang aku ada instinct yang betul. Maksudnya bila naluri aku kata begitu dan ia nya betul. Adakah aku ada kelebihan kuasa? Muahaha. Berangan sungguh!




Contoh macam hari tu aku nak mencari rumah seseorang tanpa menggunakan map or gprs sekalipun hanya menggunakan direction mulut dari tuan punya badan melalui telefon. Tapi biasa lah dah cakap guna mulut mana nak ingat direction suma. Ni kejadian bukan aku yang drive. Aku hanya memandu mulut saja duduk di belakang. Bila dah si driver tersalah belok aku lihat ada simpang dan instinct aku mengatakan itu lah simpang yang sepatutnya kita masuk. Ah! si driver tak nak lalu. Katanya tak mungkin macam jalan mati je. Dah penat pusing pusing, patah balik ke jalan tadi dengan niat tawakal je la. Kalau bukan itu jugak simpang balik je lah. Bila dah masuk simpang tu hah amik kau dah jumpa. Kan naluri aku betul.



Ikot jalan mati lu mati!




Lagi satu naluri aku selalu banyak berfikiran negatif dari positif. Sebab aku ni seorang yang selalu mementingkan keburukan dahulu sebelum kebaikan muncul. Contoh macam ada kawan aku ni dapat kerja jadi guru di pusat pendidikan apa ntah. Baru bukak. Dahulunya lot kedai tu pusat tuisyen tapi ntah macam mana kena tutup pulak. Kawan aku ni pulak dapat jawatan guru tu. Dan kau nak tahu bila dapat je jawatan tu kena bayar RM200 untuk seminar perguruan macam mana nak ajar budak budak tu nanti. RM200 tu akan dibayar kemudian. Aku tengok dekat offer letter tu tak ada pun no pendaftaran syarikat. Kalau betul pusat pendidikan tu cawangan ipoh dan menggunakan ibu pejabat di Melaka sebagai cawangan utama mesti ada nombor pendaftaran syarikat. Ini tak ada. Dah la mintak RM200 tu pada hari yang sama dapat jawatan tu. Kan ke tak macam gelojoh je? Seminar tu pulak akan diadakan esok nya. Aku cakap tak payah! Menipu je. No telefon yang dekat Melaka tu pun tak ada. Padahal head letter tu letak alamat yang kat Melaka tu. Kau tahu apa jadi lepas tu? pusat pendidikan tu tutup terus. Mana ada orang. Mana aku tahu? Sebab kawan bapak aku rumah dia depan lot kedai pusat pendidikan tu. Lega RM200 tak melayang. Tak tahu la berapa ramai lagi yang dah bayar. Kenyang. Yang aku sedih orang yang buka pusat pendidikan tu mamak. Ketiga nya perempuan Islam. Lantak korang kalau korang menipu jawab lah kat sana!




Lagi satu naluri aku bila nak mencari cardigan aku. Memang tak ada dalam almari aku. Ni dah sah kakak aku amik. Aku tanya dia tak ambil. Ah! naluri aku kata memang dia amik. Cari dalam almari dia pun tak ada. Cari punya cari aku cari kar kereta dia pulak. Sedap je dia sangkut kat seat dia. Ceh! muda muda dah nyanyuk.


ignore your doubt trust your instinct




Macam semalam aku pergi pasar malam. Aku nak derma kat orang cacat tu. Aku tak nak derma dekat anak yatim. Entah lah naluri aku kata macam aku nak derma kat orang cacat lagi. Tapi entah macam mana aku nak derma kat anak yatim tu. And kau tahu bila aku masuk je duit kat tabung anak yatim tu orang yang jaga tu ucap terima kasih. Slang nye macam bahasa indon. Tengok rupa macam orang indon. Aku tak tahu la betul ke tak tu untuk tabung anak yatim. Kalau betul aku ikhlas kan tapi kalau tak betul aku haram kan duit aku derma tu. Aku memang dah asing kan duit nak bagi kat anak yatim dengan orang cacat tu tapi entah lah kenapa aku masuk duit tu kat tabung anak yatim. Menyesal pulak duit yang sepatutnya aku asing kan tu tak bagi kat orang cacat. Tak apa la bukan rezeki dia. Tapi aku yakin sangat la yang jaga duit anak yatim tu memang slang indon la. Haish. Seolah macam niat aku tu jadi tak ikhlas pulak nak menderma. Yang ini instinct ni aku tak pasti betul ke tak. Nanti aku tengok minggu depan orang tu ada lagi ke tak. Redha je la. Kalau duit tu bukan untuk anak yatim aku haram kan duit tu. Jawab saja kat sana.





Banyak lagi yang aku dapat rasa naluri aku semuanya betul akhirnya. Hahaha. Tapi aku dah tak ingat. Lepas ni tak payah susah susah aku tanya bomoh kan? boleh tanya naluri aku je. Hahaha. Tak ada la cuma aku rasa apa yang aku fikirkan banyak yang kena. Tepat lak tu. huhu. Ok chow. Ada hal.

Monday, June 6, 2011

Aku diaibkan. Terima Kasih la

Salam.




Mood kurang baik hari ni. Rasa macam muka aku ni panas menahan marah. Aku macam nak pergi je dekat pompuan tuh dan cakap "Kau ada masalah dengan aku ke?"








Seriously aku tak faham apa masalah kau nak upload gambar tak bertudung aku dekat facebook kau. Gambar tu dah lama okey! Gambar masa praktikal. Dah 6 tahun punya gambar baru sekarang kau nak upload. Yang aku bengang lantak kau lah nak upload gambar tu pun tapi kau ada tanya aku boleh tak upload gambar aku tak bertudung?




Wadefak! Kepala letak kat celah kangkang kot. Lain kali tanya aku dulu. Mutual friend kau ngan aku banyak. Lagipun fikir lah sikit bongok mutual friend kau tu ada yang laki, yang laki tu pulak kenal aku. Apa yang dorang fikir bila dorang tengok aku tak bertudung? Dorang bukan tahu gambar tu 6 tahun lepas? Sebab kau baru je upload gambar tu about an hour ago. Cilaka la dulu kau tak nak pulak upload. Yang kau upload semua gambar yang mengaibkan aku tak bertudung kenapa?. Padahal aku ada album tu, banyak lagi gambar lain kau boleh upload. Kenapa kau nak upload banyak sangat gambar aku yang boleh mengaibkan aku tak bertudung? Gambar aku berendam kat kolam renang pulak tu, padahal kau boleh je upload gambar lain yang ada kena mengena dengan tajuk album kau kursus di sungai petani. Apsal kau nak letak gambar aku berendam kat swimming pool? Gambar kawan kawan lain banyak je boleh kau letak. Gambar kau dalam bilik dengan baju tak ade lengan apsal kau tak letak? Malu? Kau letak gambar aku tak bertudung berendam dalam pool tak malukan aku pulak? Obvious gila dalam album tu kebanyakannya gambar aku.





Serius aku macam benci je tengok kau upload gambar macam tu. Aku rasa kau memang ada something yang tak puas hati dengan aku kan? Ikot hati aku nak je aku upload gambar memalu kan kau tu. Aku dah inbox. Aku tunggu esok. Kalau kau tak delete jugak gambar aku tu memang kau nak kena. Sumpah! aku buat kau malu lebih dari aku rasa sekarang.

Sunday, June 5, 2011

Kawan Pun Macam Adik Beradik Juga Bagai Air Dicincang Tiada Putus

Salam.




Aku ah macam tak ade masa je nak update blog ni. Semakin sibuk aku pulak aku. Baru ni aku dapat bukak en.blog kesayangan. Maaf kan i ye sayang. Sorry i tinggalkan u kejap. I busy dengan kerja. Cuti pulak i sibuk dengan kenduri kahwin. Hukhuk.




Ramai betul ye orang kahwin cuti sekolah ni? Cuti sekolah 3 minggu ni memang full jadual aku pergi kenduri. Ramai kawan aku yang dah selamat jadi bini / suami orang. Seronok la kome. Dah kahwin. Best kot? Hahaha. Erk? Macam aku tau je seronok ke tak kan? Pape pun pada yang aku tak dapat datang kenduri tu minta maaf sangat sebab bukan semua aku leh dapat pergi. Kalau aku ada kuasa terbang dah lama aku pergi semua kenduri. Maaf ye kawan.





Kadang aku hairan bila ada jugak orang yang berfikiran bila aku datang kenduri kau, kau wajib / mesti datang kenduri aku pulak. Kalau kau tak datang jangan harap aku nak datang. Buat apa aku nak datang, kenduri aku pun kau tak datang?




Amboi, kemain lagi. Bukan nya sengaja tak nak datang kenduri kau, tapi mungkin ada hal yang tak boleh di elak kan. Kalau kesihatan tak sihat masa tu tak kan nak datang jugak. Kalau ada sepupu atau sedara mara yang kahwin tak kan nak datang jugak. Memang la kau tu kawan aku tapi faham la sikit dan terima la alasan kenapa tak boleh datang. Jangan la sampai simpan dendam. Pelik aku dengan orang macam ni. Lantak kau lah kan nak fikir ape. Aku dah tak peduli.




Semalam aku pergi kenduri kawan aku di Sungkai, Perak. Kawan baik jugak. Itu memang aku kena pergi kalau tidak mengamuk kot. Hehehe. Tapi ye lah dia tu memang teman rapat aku so aku kena la bersama meraikan hari bahagia dia. Bukan saja hari bahagia dia malah hari bahagia aku jugak. Kenapa? Sebab nya masa kenduri kawan aku tu jugak aku dah berbaik dengan salah seorang kawan aku. Dulu ada la sedikit salah faham hampir 2 tahun jugak la tak contact kan. Tapi tu lah bila masing masing dah matang perkara bodoh macam tu dah lupa. Dan aku tengok dari reaksi dia tak ada lah dia membenci aku. Tak ada lah nampak sangat dia teringat kisah lama. Sumpah tak ada. Siap dia mesej aku lagi tanya datang ke tak kenduri kahwin kawan aku ni. Mana la aku nak balas sebab dia mesej tu nombor lama aku yang dah tak pakai dah. Hehehe. So kira dah tak ingat la lagi persilisihan faham dulu. Alhamdulillah masing masing dah sedar kesilapan sendiri.




So moral of the story bak kata Amir Maharajalawak aku nak tido sebab aku penat sangat dengan kenduri kahwin orang. Hahahaha. Bukan! aku just nak bagitahu hargailah kawan kita selagi kita masih bernafas. Kalau bergaduh tu minta maaf la balik. Tak kemana pun kalau kau nak sombong kan. Dia tu kawan kau jugak. Kawan susah senang. Jangan mudah lupa masa assingment kau tak siap dia lah tempat kau copy. Masa kau sakit dia la yang hantar kau pergi klinik. Ingat lah masa susah yang pernah dia tolong kau dengan itu kau memang berat hati nak tinggalkan kawan macam itu. Terima kasih kawan. Aku gembira bila kau tak membenci aku sebab aku tak nak hidup dibenci orang.

Friday, June 3, 2011

Salam.




Baru aku tahu kenapa Dato Siti Nurhaliza sampai sekarang tak nak bertudung litup dengan sempurna. Yelah pergi umrah dan haji sudah banyak kali tapi tiap kali balik Malaysia tak pernah nak menutup aurat dengan sempurna. Korang yang duk mengata dia tu sempurna sangat ke aurat korang tu?. Kalau setakat pakai tudung tapi kain terbelah nampak betis baik kau bukak je tudung kau tu. Kadang berbulu mata aku tengok perempuan spisis macam ni kepala betutup kemas siap tutup dada kau! Tapi kain terbelah nampak betis kau yang berlemak tu. Elok kau bogel je lagi bagus.




Pada aku Siti ni memang ada niat nak berubah. Maksud aku mungkin dari hati? Atau insyaallah penampilan juga. Kau tahu kenapa dia tak nak bertudung litup dengan sempurna? Sebab dia tak bersedia. Apa kau ingat senang nak merubah penampilan? Kalau hati kau tak ikhlas nak membuat perubahan baik kau jangan. Apatah lagi perubahan kau tu merubah pada yang baik. Pada aku biarlah hati dia sudah dibersihkan sesucinya dulu dan kemudian bila hati sudah bersedia kau tak payah nak paksa dia bertudung litup sempurna dia sendiri yang akan lakukan. Yang merubah nya hati bukan penampilan. Kalau takat penampilan kau bertudung labuh pakai stoking bagai tapi hati kau kotor macam loji indahwater pergi jahanam. Orang nampak kebaikan kau pada hati bukan pada tudung labuh yang kau pakai. Ingat! nak merubah biar hati dulu bukan pada pakaian. Pakaian tu akan ikut kemudian. Dengan ikhlas tanpa paksa rela. Jadi aku nasihatkan pada peminat atau pengkutuk Siti tak payah la nak obses sangat suruh dia bertudung sempurna kau pun bukan bagus sangat. Kau kutuk dia pun ada dia kisah? Bukan kau bagi dia makan pun!




Aku bukan lah nak bodek sangat Siti tu. Bukan aku dapat apa pun aku tulis entri ni pasal dia. Bukan dia kenal aku pun. Tapi aku just nak bagitahu tak payah la sangat nak tunjuk baik nak perbetulkan orang. Kau sendiri pun tak betul jangan nak betul kan orang. Kau tu dah macam ibu ketam mengajar anak nya berjalan lurus padahal kau yang jalan senget. Faham? Sebenarnya kalau seseorang itu nak merubah patut kau beri sokongan moral kat dia. Nasihat dia yang berbentuk kebaikan bukannya kutukan. Basuh hati nya sebersih bersih nya baru lah nanti dapat membentuk muslimah yang soleh solehah. Penampilan tu memang penting tapi pada aku hati tu yang penting. Nak berubah kebaikan bukan senang. Mengambil masa. Kadang makan bertahun juga. Bergantung.



“ Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya dari Allah dan kitab yang menerangkan”



Ingat kita sesama hamba muslim hendak lah menjalankan tanggungjawab kita kepada orang sebigini yang memerlukan tunjuk ajar. Aku ingat lagi petikan filem Nur Kasih The Movie di mana Adam sebagai penceramah bebas mengajar anak anak melayu yang liar yang telah menyimpang jauh dari islam. Adam cuba untuk mengembalikan dorang jalan balik. Sebagai satu langkah Adam menjemput seorang Ustaz untuk menerangkan pasal Puasa (kalau tak silap). Bila ustaz tu tengok budak budak yang liar tu tadi (mereka yang akan dengar ceramah) lansung ustaz tu cancel ceramah sebab nya ada budak budak tu duduk bercampur laki dan perempuan. Yang perempuan tak pakai tudung. Disuruhnya ustaz tu pula perempuan dipakai tudung. Disebabkan penampilan budak budak tu yang tak menutup aurat ustaz tu tak nak bagi ceramah. Macam ni tak boleh lah ustaz. Kalau dah ustaz pun tak nak merubah anak anak yang terliar ini kembali ke pangkal jalan Allah siapa lagi?






Tiada seorang manusia pun yang dapat masuk ke surga melainkan mereka menjalankan tugas sebagai seorang rasul dan pesuruh Allah.....

Thursday, June 2, 2011

Salam.




Ada 2 jenis lelaki dalam dunia ni.
1. Lelaki yang nak buat kau jadi girlfriend.
2. Lelaki yang nak buat kau jadi isteri




Lelaki yang nak buat kau jadi girlfriend
Lelaki jenis ini kebanyakanya nak body kau je. Cinta? Tak ada makna dia nak cinta kan kau sepenuh jiwa. Kau hanya girlfriend dia je bukannya bini dia pun. Selalunya lelaki begini nak one night stand dengan kau. Mula mula dia ayat kau, couple dengan kau lepas tu pegang tangan, cium pipi, comolot, kemudian tangan mula meraba seluruh badan bila dah stim haaa amik body kau tergadai. Mula mula ringan ringan lama lama berat berat. Hello lelaki ni buat kau girlfriend je kot bila bila masa je dia boleh cari lain. Yang kau bangang sangat pergi serah body kau macam confirm dia jadi suami kau kenapa?!. Nafsu kan? Siapa boleh tahan? Lantak kau! Dosa tanggung sendiri! Bila dah kena tinggal baru kau nak menyesal tak ada dara! Kesian suami kau orang lain dah rasa dulu.




Lelaki yang nak buat kau jadi isteri
Lelaki jenis macam ni aku respect sebab dia tahu menahan nafsu sebelum nikah. Ada orang macam ni? Tak banyak. Aku gerenti kalau ada pun tak banyak. Kalau yang dapat jenis macam ni kira kau beruntung. Lelaki macam ni bukannya nak body kau sangat dia nak cinta kau. Cinta kepada agamanya, tuhannya, nabinya, keluarga nya. Untuk apa? Untuk dia bawa kau bersama ke syurga. Tapi kalau lelaki yang jenis nombor 1 tapi teringin nak beristerikan wanita solehah jadah lah kan. Pandai kau rosak kan anak dara orang tapi bini nak solehah. Biasalah manusia bila hidup mahukan yang terbaik tapi diri sendiri tak nak berubah kepada kebaikan. Tak apa tuhan sendiri dah aturkan perempuan yang baik untuk lelaki yang baik. Apa kau nak risau? Jika wanita itu solehah sekalipun tapi berlaki kan macam setan kau tahu ke apa hikmahnya kau berlaki kan sebegitu. Mana tahu setelah kau kahwin dengan suami macam setan tu berubah jadi alim? Hati manusia tiada siapa yang tahu. Manusia boleh berubah.  Apa yang dirancang ada seba musabab nya. Jangan nak mengeluh. Sebab bila kau diuji kau adalah hamba yang istimewa sebab terpilih untuk diuji.




Okey! Aku malas nak tulis banyak sebab masing masing ada akal dah boleh bezakan lelaki yang macam mana korang patut cari nak buat SUAMI.